Begitulah hidup kita seharian ini, kadang kala watak yang kita tidak suka itulah yang mewarnai hidup kita, watak yang memberikan kita kepahitan hidup agar kita lebih menghargai kemanisan hidup itu. Watak-watak ini akan sentiasa berlegar disekeliling samada kita mahu atau tidak dan watak ini akan lebih mematangkan kita dalam menghadapi hidup. Tapi janganlah kita terlalu terpengaruh dengan watak-watak ini sehingga kita sendiri terperangkap dengan dengan kehadiran watak-watak ini. Yup.. ujang try nasihat diri Ujang sendiri.. mudah-mudahan...
Sambil tersenyum sendiri, Ujang menghabiskan masa-masa lapang hanya di rumah.. entah tak tahu hala-tuju ke mana.. . Mujur Mak ada.. boleh jugak di ajak bersembang. Malunya Ujang pada mak dan kakak. Perghh konon berlagak pandai lah ujang nih last2 ujang gak yang terkena.. Huwaa... malu siot..Macam nih.. jiran ujang.. suaminya mati... so ujang pi lah ziarah ngan mak hari jumaat lepas.. Yang ujang musykil si isteri nih kucup dahi suaminya yang telah siap di mandikan.. Persoalan ujang Tak ke batal wuduk si jenazah tuh??? Kita sedia maklum kan.. suami isteri kalau bersentuh time ada wuduk .. sekaligus sama sekali terbatal wuduk kedua-duanya kan??? so??? Bila part macam nih?? terbatal jugak lah kan??? So berlaku lah perdebatan ujang dengan makcik zainung. Jeng jeng jeng!!! Waa.. malunya nak citer!!
Ujang: Mok... orang nok tanya nih.. mok ingat dok mase kite pi nawat Pok Su Embong ari tuh.. Mok tengok dok bini dia cium dahi .. .. tapi mase tuh mayat siap doh mandi.. dok batal ke wuduk jenazah tuh mok wei??
Makcik Zainung: Dok batal.. bakpe mung tanye.. dok kang hok tu pong mung dok tau??
Ujang: Bakpe dok batalnya.. laki bini.. kalau sentuh mase ada wuduk soheh batal wuduk die... mok nih...
Makcik Zainung: Mung tanye aku sangat bakpe kalau mung tau doh??? Kalau aku kabo kang mung kata aku nawok...dok kabo kang kata aku malas layang ke mung.. ikut pandai mung ahh dik..orang kabo tak boh dengor...
Ujang: Doh benda betul.. tu ikut mazhab imam Shafie lagi tuh.... Fuh... terer ujang!!( Bangga cuma seketika...tiba2.. kuarlah kata2 hikmah dari mulut makcik zainung... uwaa... malu siut.. habis.. hilang semua kebanggaan itu... yang ada itu kemaluan wakakakaka)
Makcik Zainung: Mung Dik hok.. baru setahun jagung wak pandai.. nih nok kabo ke mung nih... Memang ah... suami-isteri akan terbatal wuduk bila bersentuhan..Tapi bile suami mati.. isteri boleh cium suami dia dan wuduk jenazah suami dia tak terbatal dan hanya isteri yang terbatal wuduk jika isteri mase tuh berwuduk. Mung nok tahu bekpe??
Ujang: Ho... bakpe?? Semacam dah ujang nih.. Makcik Zainung: Dengor molek nih nok kabo.. buka lubang telinga besor2. Nok tahu bakper jenazah suami dok terbatal dan hanya wuduk isteri jer terbatal (sekiranya isteri berwuduk). Sebabnya ialah.. Jenazah tuh dok ambik wuduknya sendiri, sebaliknya wuduk dia di ambil oleh orang yang masih hidup... so mung faham dok??? Ujang: Berfikir... eh.. gituh?? Malunya.... Makcik Zainung: (Takkan korang tak tahu ngan mulut makcik zainung korang nih..) Lain kali jangan wak ikut sedap mulut je cakap.. kang doh kene tuh.. baru setahun jagung ada hati nok lawang aku.. pergh... Ujang: Cam nak menitis air mata.,. huhuhu.. thnxx mom.. uwaaaa... Ada sedikit kecerian.. Mak lah tempat ujang mengharapkan kasih dan sayang.. Semalam rindu pada sal makin menjadi-jadi lagi... Entah hati ujang rasa lembut sangat mahu called Sal..Alhamdulillah.. Sal angkat... hampir 2 minggu lebih Ujang tak dengar suara sal.. terubat segalanya.. Sal dari percakapannya ujang dengar cool n steady jer.. macam tak der apa yang berlaku.. Semalam rasa heppy sangat.. mungkin dapat dengar suara sal kut.. ohh itu dah cukup.. Banyak yang sal tanya ujang.. kesihatan ujang... itu lah ini lah... rasa macam permulaan perhubungan pulak.. yup.. mana mungkin ujang dapat lupakan terus sal.. mungkin mengambil masa.. akan ujang cuba usahakan,,,, Terima kasih Sal.. picked up my pone!!
Aik... kadang2 Terasa pahit pula. Inilah yang dinamakan kehidupan, ada kala manis ada kala pahit. Sentiasa penuh dengan cabaran dan ujian. Meneruskan kehidupan Ujang?? Itu dah pasti.... Berbekalkan mutiara-mutiara yang berharga. Mutiara yang bernama pengalaman. Apakah arah tujuan? Ujang serahkan semua ini kepada Tuhan. Matlamat hidup Ujang untuk mengumpul ibadah dan amalan, serta bersiap sedia untuk menghadap Tuhan. Ujang akhiri dengan sesuatu surah yang bermakna di dalam hidup Ujang. Surah Al- Baqarah ayat 214:[214] Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).Setiap ujian itu ada ganjarannya. Kesabaran dan keredhaan pada setiap berlakunya sesuatu itulah yang akan membentuk keimanan seorang muslim. Dunia adalah medan perjuangan bagi orang ?orang mukmin, dan ganjaran bagi mereka yang redha pada Qada?dan Qadar?adalah syurga, sesuatu tempat yang kekal selama ?lamanya.
Posted by Ujang_MD ::
9/21/2006 10:31:00 AM ::
2 Comments: