Hari ni genap 8 hari abg ujang membisu. Terus membisu dan membisu. Dan seperti menjadi satu sifat, bila tiada tempat untuk luah rasa rindu Sal akan pegi ke rumah abah… Sal akan tido di sebelah abah… Sal akan peluk abah erat2…..
Ye, bila Sal berada di rumah abah, Sal dapat rasakan satu ketenangan menyelinap di dalam lubuk hati. Sal dapat rasakan seolah2 rindu tu disambut oleh abah. Terasa seperti abah mendengar rintihan rindu tu. Terasa seperti abah menepuk2 bahu dan memeluk erat tubuh Sal agar hilang rasa rindu… Oh tuhan…. Kalaulah Sal dapat ulang balik kehidupan bersama abah, sudah pasti Sal akan buat yang terbaik untuk abah… Sal takkan malukan abah.Sal takkan biarkan abah pergi jumpa Tuhan dalam keadaan abah sedang tertunggu2 Sal balik… “Bah, maafkan orang….”….. Menyesalnya Sal sampai ke mati…..
Erm.. Pagi ni Sal demam balik. Semalaman tido kat luar. Nasib baik mak tak perasan. Sal dah kunci pintu bilik sebelum kluar smlm. Mesti mak ingat Sal dah tido… Adus. Kaki kanan masih terasa berdenyut2. Ade bengkak kecik kat area buku lali. Tak tau sebab apa. Tapi malam semalam, memang terasa macam ade benda yang banyak kaki merayap kat kaki Sal. Sal ingatkan ulat gonggok…Tak jelas kelihatan kerana hari amat gelap. Sal tepis dengan kaki kiri tapi tak kena. Kemudian terasa benda tu macam melarikan diri… masa tu la Sal dpt rasakan yang bende tu memang ada banyak kaki…. Tapi tak tau ape bendenya. Sal pasti bende tu yang gigit kaki Sal hingga bengkak....
Erm… terasa sangat macam Sal kehilangan sesuatu. Rasa kosong. Empty. Empty heart. Kini baru Sal tahu bahawa sememangnya hidup Sal akan terasa kosong sekiranya takde bende tu. Hidup Sal tak akan ceria sekiranya takde bende tu. Hidup Sal macam terawang-awang dan serba tak kena sekiranya takde bende tu… Ye, “bende” tu ialah kasih sayang. Kasih sayang dari kekasih yang amat Sal cintai… arghh…. merepek lagi……
Erm, memang hakikatnya ‘nature’ abg ujang ialah dirinya itu penuh dengan kasih sayang. “Kasih sayang” bermakna “abg ujang” dan “abg ujang” bermaksud “kasih sayang”. Sememangnya “abg ujang” itu ialah seorang manusia yang penuh dengan “kasih sayang”. Dirinya begitu ikhlas untuk berkongsi kasih sayangnya dengan sesiapa saja. Kasih sayang abg ujang itu sifatnya terlalu luas..... tidak kira pada siapa dan tidak perlu dipertikai… Itulah nature “abg ujang”. Yang satu ketika dulu hidupnya sendiri kemarau dengan kasih sayang……
Dan Sal pula amat pentingkan diri. Sal cuba untuk menyekat kasih sayang abg ujang yang begitu luas. Sal cuba menyekat dan mengubah “nature” abang ujang. Sal cuba bertindak mengikut kata hati tanpa menghiraukan “sifat semulajadi” abg ujang…
Oh tuhan…. kenapa sekarang baru Sal nampak semuanya ni? Kenapa Sal tidak nampak sejak dari dulu? Kenapa Sal selalu membiarkan airmata abg Ujang menitis kerana kejahilan Sal sendiri? Kenapa Sal biarkan airmata abg Ujang menitis di ruang tamu rumah ijat pada satu subuh yang hening? Kenapa Sal begitu kejam dan bodoooooo…….
Abah tak pernah menyekat kasih sayangnya pada Sal. Apa yang Sal nak, semuanya diperolehi. Buat la ape2 pun. Sal tak pernah terfikir bahawa kadang2 apa yang Sal buat tu kadang2 akan membuatkan abah kecik hati. Sal tak pernah fikir pasal perasaan seorang abah. Dan abah pula tak pernah halang sebab abah tahu Sal ialah anak abah dan bukan anak orang lain. Abah tetap akan sayangkan Sal seperti anak2 yang lain walaupun apa yang Sal buat tu kadangkala membuatkan abah kecik hati…. Besarnya nilai kasih sayang seorang abah terhadap Sal, kan?
Begitulah abg ujang. Nilai kasih sayangnya terlalu luas. Begitu luas. Itu “nature” abg ujang. Abang ujang TAHU bagaimana dia perlu membahagikan kasih sayangnya. Yang mana untuk mak. Yang mana untuk kawan2. Dan yang mana untuk Sal. Sebenarnya Sal takde hak untuk menyekat kasih sayang abg Ujang. Sal cuba menyekat satu sifat semulajadi yang amat baik yang ada pada diri seorang manusia yang bernama abg Ujang. Ini sudah salah. Memang Sal sudah salah. Memang Sal sudah buat silap. Sal buta….
Allahuakbar…. Semalaman Sal berada disisi abah, banyak kesilapan dan kesalahan yang Sal cuba korek sampai dapat. Ye, banyak sungguh. Terlalu banyak. Sampai tak terucap dengan kata2… Kepada abg din : Sal betul2 mintak maaf bang. Kepada ijat : Sal mintak maaf dik. Kepada hana : Maafkan Sal. Kepada PutraAftus : Sal mintak maaf. Kepada semua kawan2 abg ujang : Sal betul2 mintak maaf.Terasa kerdil diri ni. Begitu besar kesalahan Sal pada kalian semua….....
Terbayang betapa jernihnya mata abg ujang tatkala memandang ke arah Sal sewaktu Sal duduk di seat belakang kereta. Renungan mata abg Ujang menceritakan segala kasih sayangnya untuk Sal yang ada dalam dirinya. Tapi Sal ego. Sal nampak semua tu. Tapi Sal sengaja buat tak nampak. Sal tengok benda lain yang akhirnya menyebabkan abg ujang dan sal jadi macam ni… How stupid I was….
Allahuakbar… Gembiranya hati Sal bila melihat abg Ujang melepaskan segala perasaannya di tepi pantai... tiada lagi marah2, tiada lagi mengamuk2 seperti dulu.... Sal bangga kerana abg Ujang berusaha untuk menjadi setabah emaknya. Tabah mengharungi liku2 kehidupan walaupun sehingga kini airmata masih lagi menjadi peneman emaknya sewaktu bermunajat ditengah malam. Cuma bezanya, tabah emak kerana ditinggalkan tetapi tabah abang ujang kerana meninggalkan.... Sudah pasti kesalahan ni perlu Sal pikul sampai mati...Sudah pasti kesilapan ini akan terus menghantui hidup Sal sampai mati. Sudah pasti Sal tidak akan lagi menjadi Sal yang dulu... Sal kini semakin lemah.... lemah kerana tiada lagi kasih sayang yang pernah Sal mimpikan. Tiada lagi kasih sayang yang pernah Sal perolehi dari abah dan bersambung pula oleh abang ujang selama 27 tahun 3 bulan 5 hari. Semua tu dah takde dah. Bangun Sal, bangun! Tapi bangun untuk ape? BANGUN dan TEBUS balik kesalahan kau tu !!! Nak tebus balik macam mane? Semuanya dah takdeeeee... tau tak? Dah takde !!!! Kenangan petik strawberry kat cameron, kenangan kat lata kinjang, kenangan kat umah ijat, kenangan main games kat genting, kenangan masuk thailand takde pass, kenangan mandi sama2 kat pantai, kenangan naik keta lembu kat melaka, kenangan konvo kat JB, kenangan bersuap, kenangan dibelai bila nak tido, kenangan merintih ketika sakit, kenangan bergaduh, kenangan neck-tie, kenangan jam tangan, kenangan air liur dan segala 1001 macam kenangan semua dah takdeeeeeeeeeeeeee. Dah takdeeee !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ya Allah, kalaulah Engkau beri kesempatan untuk aku tebus balik segala kesalahan…...
Posted by Ujang_MD ::
9/12/2006 11:10:00 AM ::
0 Comments: