Larian waktu terlalu pantas. Tidak terkejar oleh ujang. Ia ibarat pedang yang memotong kehidupan. Waktu yang terpotong hanya boleh diabadikan. Waktu yang diabadikan adalah tulisan kehidupan. Tulisan kehidupan mungkin dapat memberi makna, menjentik intuisi, memperkaya inspirasi,merakam masa lalu dengan kesyukuran, masa depan penuh harapan.. namun ujang??? Pernah tak korang rasa bersalah?? Ketika ini ujang rasa bersalah sangat... balik kerja nak menyapa mak agak malu... mungkin di sebabkan tindakan ujang semalam. Ujang malu nak minta maaf dengan mak.. malu nak mengadap mata dengan mak.. Entah lah... Mungkin kali nih silap ujang agak besar...
Tapi sampai bila??? Ujang lebih suka bertanya dan menjawab sendiri soalan yang ujang ajukan itu... Kalau di fikir uajng sebagai anak.. Ujang lah yang patut minta maaf.. kenapa uajng nak berkeras??? Ujang tahu tu semua.. tapi arghh..Tapi kalau di fikir nak malu apa??? Lagi malu kalau jadi anak derhaka kan?? Tak berkat hidup. Ujang pikir lagi.. ujang hanya duk berdua dengan mak.. kalau tak bercakap macam nih bertambah sunyi lah rumah yang dah sedia maklum sunyi sepi...Hati mendesak mahu mintak maaf tapi...Tanpa fikir panjang ujang tegur mak..Bertanya juadah apa berbuka hari nih.. Mak cakap dia tak masak apa sebab nak berbuka rumah kakak.. di ajaknya uajng sekali nanti tapi ujang menolak.. Biar uajng makan kat luar saje lah... Ujang mintak maaf dengan mak.. Mak cuma mengangguk... Ujang tahu mak masih terluka.. tapi ujang tahu hati ibu.. begitu bersih.. Oh... lega bila dah minta maaf.. Thnxx mom.. baru rasa bebas sikit.. baru rasa tenang sket.. Betul.. uajng rasa macam dah bebas dari masalah besar....
Sekarang ujang kerap habiskan masa di rumah..tersentuh ujang dengan mak.. begitu mudah mak maafkan ujang.."Ya Allah, ampunkanlah dosa Ujang, ampunkan dosa mak ujang dan rahmatilah dia dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangi Ujang ketika diri ujang masih kecil". Itulah doa Ujang sebentar tadi, semasa bersolat maghrib. Entah kenapa, tiba-tiba hati Ujang terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali Ujang membaca doa yang sama. Adakah kerana peristiwa sebentar tadi?? Entah lah.Tetapi malam tadi, Ujang tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya Ujang dapat merasakan apakah sebenarnya yang Ujang minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu yang pengasih kepada Ujang walaupun kadang2 membingitkan kerana suka membebel.
Mengapakah apabila Ujang merintih keampunan dari Allah, Ujang kaitkan ia dengan kasih sayang mak semasa Ujang kecil? Hari ini Ujang berusaha memikirkan jawapannya. Semasa berdoa tadi baru Ujang sedar, mak ujang amat pemaaf. Dia memaafkan ujang tanpa menyoal apa-apa walaupun ujang tahu hati mak masih lagi terasa. Mak ujang amat mudah memaafkan Ujang. Tidak kira apa sahaja karenah Ujang, dia memaafkan ujang seadanya. Dia menerima Ujang sebagai anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, dia mengasihi Ujang tanpa sebarang syarat. Begitu tulus hati mak..
Mak menerima Ujang atas segala yang ada pada diri ini. Ujang taat atau degil, Ujang rajin dan Ujang culas, Ujang senyum atau Ujang menjerit, mak menerima Ujang seadanya. Mak terus menyayangi dan mengasihi Ujang. Mak tidak pernah memberitahu Ujang bahawa semua kebaikan yang dia buat selama ini, mesti dibalas apabila Ujang telah dewasa. Ujang balas atau tidak, Ujang ingat atau lupa, tugas mak hanyalah membesarkan Ujang dengan penuh kasih sayang. Thnxx Mak.. Ujang sedar!!!
Maaflah terlalu emosional... Ujang nak luahkan apa yang terbuku. Apa yang pasti, hanya Mak sahaja yang mampu mengasihi Ujang tanpa syarat. Sebab itulah Ujang tidak mampu membalas kasih itu. Jika Ujang jatuh sakit, Mak sanggup berjaga malam dan berdoa agar Ujang sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran UJang menjaga Mak??Harapan ujang moga uajng dapat buat yang terbaik untuk diri mak.
Ujang, jiwa tidak sebesar Mak. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai kepadanya. Namun Mak, mampu menahan pedih dan perit membesarkan Ujang. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mak mampu membelai, mudah memaafkan, kerana mak kasih dan cinta pada ujang.. Ujang sedar Mak.!! Ya Allah, Ujang lemah, Ujang banyak dosa. Ujang suka mengeluh, Ujang kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah Ujang ya Allah. Ampunkan diri Ujang dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah Ujang, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana mak memaafkan Ujang tanpa syarat, mengasihi Ujang tanpa mengharapkan balasan. Ampunkan jua mak, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada Mak. Mak yang mengasihi ujang tanpa syarat, Kau maafkan mak dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mak, tanpa hisab dan syarat...Aminn.... Namun...Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada Ujang? Siapakah Ujang untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa Ujang sedar Ujang banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Ujang ingat kepada-Mu, dengan syarat Ujang sudah hilang penyelesaian. Ujang sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas Ujang melihat apa kebaikan yang Ujang dapat! Hinanya diri Ujang. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah. Sama-samalah kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa Ujang, ampunkan dosa Mak dan rahmatilah dia dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana dia menyayangi Ujang ketika diri Ujang masih kecil". Ameen.
Posted by Ujang_MD ::
9/27/2006 10:20:00 AM ::
1 Comments: