"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, October 2

Bertanya........

Ujang adalah Ujang, berdiri dengan kaki Ujang, patah bertongkat sendiri. ada kalanya hidup ini terasa seperti sebuah cerita yang belum berakhir... kadangkala ingin mengakhiri kisah hidup ini.. kadangkala mengharapkan keindahan di akhir cerita ini.. namun semuanya adalah tersedia buat Ujang dan Ujang sekadar menjalani kehidupan yang ditentukan.. Ujang ingin sekali keluar dari kepompong kehidupan ini dan keluar mencipta sesuatu.. mencipta cahaya baru dalam kehidupan ini... adakalanya berfikir. Hidup ini agak lega, cuma kekadang sempit rasanya dunia.

Berjalan di ruang yang tidak tenang, hati ini selalunya tidak pernah menghiraukan mereka disekeliling.. hanya tertumpu kepada ruang-ruang yang sepi, yang memberikan suatu kelainan pada setiap yang sama. Ruang ini sentiasa tiada ketenangan.. ketenangan yang sekurang-kurangnya meredakan ketenangan hati. Hari yang berlalu semalam tidak mungkin dicapai kembali dan tidak mungkin dibaiki lagi. Ujang sentiasa melakukan kesalahan dan ia sentiasa meninggalkan sesalan hari ini, dan andainya Ujang mampu kembali... mudakah lagi Ujang? atau jiwa Ujang sentiasa muda.. tidak mahu mencapai apa yang disifatkan matang. Setiap kali Ujang berdiri, adakah Ujang berfikir untuk berdiri? setiap kali Ujang berkata, adakah Ujang berfikir untuk berkata? setiap kali Ujang melakukan, adakah Ujang sekadar melakukannya.. niat kadangkala tidak sama dengan perbuatan.. adakah Ujang pernah menghitung berapa sesalan sehari? setiap hari? dan adakah Ujang sesal selepas esok? Oh tidak!!!!

Berlindung dibawah pohon bertahan di landa ribut... pohon mana yang Ujang pilih? adakah pohon yang layak melindungi Ujang atau Ujang berharap ia mampu... membuat pilihan hari ini bererti Ujang memilih sehingga esok. Pernahkan korang melihat pohon yang bertahan walau apa pun yang berlaku? pernahkan korang melihat pohon yang sehebat itu? manusia hanya mampu mempertahankan apa yang disifatkan miliknya.. Ujang sentiasa berusaha bertahan.. tapi berapa ramai yang bertahan hari ini dan masih bertahan esok? apakah esok, ribut yang melanda sama seperti hari ini atau kurang atau lebih teruk dari hari ini.. Ujang buta... menganggar sesuatu yang belum pasti... Ujang celik.. jika sedar bahawa Ujang adalah seorang insan...

Esok dan hari ini berbeza atau sama? Ujang adakala sedar bahawa ujang semakin lama berdiri di suatu tempat.. akhirnya Ujang berfikir untuk duduk. namun adakah Ujang duduk kerana letih berdiri atau kerana Ujang ingin duduk? terpaksa atau keinginan, keduanya adalah kehendak dan adakah Ujang selesa berdiri dan duduk ditempat yang sama? adakah setiap hari Ujang duduk dan berdiri di tempat yang sama? dan esok adakah Ujang tetap berada ditempat yang sama.. berubah demi sesuatu adalah perlu, namun berubah demi kebaikan adalah kemestian.. Ujang tidak melihat dengan mata pada kebaikan didepan Ujang tetapi Ujang melihat dengan hati kebaikan yang hilang dari pandangan Ujang... perlukah Ujang sentiasa kehilangan.. peluang yang ada adalah untuk dihargai dan direbut, dan bukan lah dibiarkan ia hilang sehingga hari ini tetap sama seperti semalam..Ujang tahu itu semua tapi kenapa ujang buat juga???

Dunia ini umpama 'pentas' yg luas.. Ceritanya 'berbagai-bagai'.. Kita adalah 'pelakon2 nya'.. Ujang.. adalah 'hero' dlm 'cerita' Ujang.. Korang pulak, 'hero/heroin' dlm cerita korang.. Cerita Ujang 'tidak' akan ada yang 'sama'.. denagn citer korang...kalau ada pun hanya 'hampir sama'.. Dalam cerita Ujang, akan ada 'watak2' yang 'mewarnai' cerita Ujang.. Samada warna yang 'indah' atau warna yang 'suram'.. Adakala Ujang 'di atas'.. Adakala Ujang 'di bawah'.. Itu semua 'dugaan' dari Allah.. Juga petunjuk dariNya.. Dia nak uji Ujang, macam mana Ujang 'tangani' sesuatu 'situation' yang 'muncul' dalam cerita Ujang.. Dia dah beri 'pedoman' dan Dia nak tengok macam mana Ujang 'gunakan' pedoman yang diberikan untuk meningkatkan 'Iman' dan 'Taqwa' Ujang kepadaNya..Ujang tahu itu semua tapi kenapa uajng masih tak sedar?? Itulah kehidupan..

Ujang sering keliru diantara petunjuk dan dugaan.. Kan!? Sebenarnya, hampir setiap masa Allah beri petunjuk kepada Ujang.. Dengan bermacam2 cara.. Cuma Ujang jer yang tak sedar.. Atau tak ambik berat! Beza antara orang yang mendapat 'hidayah' dengan orang yang tak mendapat hidayah ada berkait rapat dengan petunjuk Allah.. Orang yang mendapat hidayah adalah orang yang menerima petunjuk Allah dan mengamalkannya ke dalam kehidupan seharian.. Dan sebaliknya, orang yang dikatakan tak mendapat hidayah pulak sebenarnya adalah orang yang mengabaikan petunjuk Allah..So.. Mcm mana Ujang nak tau samada yang Ujang sedang hadapi itu petunjuk atau dugaan!? Korang pernah dgr tak ungkapan nih? "Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu adalah kelemahan kita sendiri.." Ujang setuju dengan ungkapan tu tapi yer la.. 'Bottom line' nyer, kita kena lah tau membezakan antara yang baik dan yang buruk dulu! Betul tak? Always 'check' yourself Ujang....!

Muhasabah diri.. Mana ada org suka perkara yang tak baik jadi kat diri sendiri ujang oii! Fitrah manusia!Dalam Islam, pandai membezakan antara baik dan buruk tu dipanggil 'Mumayyiz'.. Mumayyiz ni sebenarnya adalah stage orang2 yang dalam proses untuk mencapai 'akil baligh'.. Maknanya, sepatutnya Ujang dah kena pandai membezakan antara baik dan buruk sebelum akil baligh lagi la kan!? hmm.. Mungkin untuk pengetahuan secara 'general' dulu.. Dan 'mendalami'nya kemudian sehinggalah Ujang matang.. Ujang bersyukur dengan 'didikan' yang telah Ujang terima.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang mendidik Ujang..So Ujang beringat lah!!!.. "I respect each and everyone of you!

Posted by Ujang_MD :: 10/02/2006 10:22:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.