Pada pagi yang indah ini.. dihiasi hujan yang membasahi bumi ciptaan Ilahi, terasa sangat segar.. terfikir Ujang kepada keterikan matahari yang menyinari pagi.. haba yang menyentuh kulit terasa perit... cahaya yang membilas mata ini terasa lagi silaunya... namun, itulah kejadian ciptaan-Nya.kalau dihitung-hitung.. Ujang amat beruntung kerana masih memiliki diri yang sejati, tidak diperkotak-katik orang lain, tidak dibuli atau dipermain-mainkan... walau diri ini sentiasa memiliki masalah tersendiri malah kadangkala rumit untuk dirungkai, namun... Ujang harus bersyukur kerana ujang boleh mengharunginya... kerana sesungguhnya ada cahaya yang menerangi kegelapan hati...
Pernahkah Ujang menerangkan kepada seseorang mengenai sesuatu yang sukar untuk dia fahami? sedangkan bagi Ujang ia mudah dan bersifat terang... penat dan letih lebih banyak dirasai oleh akal yang semakin pendek ini, satu persatu cara cuba digunakan untuk menjelaskan dia apa yang Ujang ingin mereka fahami.. tetapi yang jelas, semakin jauh Ujang pergi, semakin lama Ujang cuba... semakin berselerak dan semakin pudar niat yang awal... semakin dia jauh dari Ujang... semakin dalam dia terjatuh dalam kegelapan kekeliruan...Ujang sebenarnya adalah Ujang yang memahami diri Ujang sendiri sebenarnya... tiada daya Ujang memahami yang lain dari ujang dan tiada daya juga dia memahami Ujang..Ujang hanya memahami dia pada pandangan Ujang sahaja dan begitu juga dia.. jadi apa salahnya Ujang menerima jurang antara Ujang dan dia???...
Kadangkala terfikir tentang sesuatu yang entah dari mana datangnya perkara ini.. ia datang dan datang lagi. kenapa Ujang harus terfikir sesuatu yang tidak sepatutnya Ujang fikirkan, adakah Ujang benar-benar ingin ia berlaku atau sekadar menduga bagaimana kejadian selepas apa yang Ujang fikir itu berlaku.. sukar diramal kenapa keinginan berfikir sesuatu yang tidak sepatutnya sentiasa bermain diminda...hati ini sentiasa bergelodak dengan niat-niat yang tidak nyata kebenarannya.. dan hati ini sentiasa resah membelenggu fikir sehingga alpa datang menghampiri... sejak Ujang pandai berfikir.. Ujang jarang mahu menggunakannya. Ujang lebih pandai berkomunikasi dengan nafsu dari fikiran sedangkan hati lebih rela dijajah fikiran. Tapi kenapa harus dibiar nafsu merapati hati sedang iman senipis kulit bawang... apa guna akal... untuk menjadi talibarut nafsu agaknya...hujan yang menimpa Ujang ibarat ketenangan irama... bagi yang mengabadikan timpaan hujan ke tubuh suci, setiap titisannya menceritakan setiap misteri kehidupan... fikir yang hadir dikala Ujang bersedia menerimanya ibarat titisan hujan yang menimpa. Ia datang bertubi-tubi sehingga Ujang gagal mengawalnya.. terasa diri ini gah.. sehebat badang yang merelakan tubuh dihujani... fikir bukan untuk dipaksa ia hadir.. tetapi dibiarkan dalam ruang masa yang seadanya untuk ia hadir.. dan jika ia gagal dan enggan hadir... maka biarkan masa itu berlalu kerana sesungguhnya fikir akan hadir sujud menyerah dikala Ujang jauh menyepi...
Apa pilihan Ujang? Didalam hidup dan mencari kehidupan, Ujang diberi peluang memilih.. memilih jalan yang Ujang ingin lalui.. tapi benarkah Ujang ada pilihan? benarkah Ujang diberi peluang memilih???hidup... antara pilihan yang ada selain mati.. tetapi menghidupkan cerita Ujang sendiri yang lebih penting.. adakah dengan memilih untuk melalui apa yang ditentukan atau menggerakkan perubahan... ini bukan cerita motivasi...seandainya diberi pilihan, adakah Ujang memilih yang terbaik untuk diri Ujang agar Ujang tidak menerima kepayahan atau keburukan? apa kebaikan yang wujud dalam cerita kehidupan Ujang jika Ujang sekadar menerima kebaikan.. pengalaman apa yang Ujang tempuhi jika hidup Ujang semuanya baik-baik belaka... jika difikirkan, itupun jika mau berfikir.. hidup ini jika indah selamanya... Ujang tidak pernah faham apa itu erti menghargai.Sedarkah Ujang sekarang??? Blur?????
Posted by Ujang_MD ::
10/03/2006 10:36:00 AM ::
0 Comments: