"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, October 5

Meniti Kehidupan.....

Sakit hati betul semalam.. Kat tempat kerja langsung tak ada connection internet.. Ingat kan server down sekejap jer.. berlarutan sampai Ujang nak balik.. Hmmm memang boring giler... Mujur ada Sal.. hmm dialah yang duk bersms ngan ujang ehehe...." Yang.. suka tak kad raya tuh?? cantik tak?? besar tak?? suka tak bunyi lagu tuh?? ehehhee.. for u k.. selamat ari raya ehhee.....". Eh.. balik rumah cubalah nak online .. ces.. still same.... server is down huhu... sabar je lah.. so terus lelapkan mata ada gak faedah kan kan???

Kadang kala Ujang terasa seolah-olah dunia ini terlalu perlahan buat Ujang.. benarkah? adakah ia suatu permainan yang mengganggu hati dan akal yang ligat berfikir... Ujang melalui perjalanan kehidupan dalam pelbagai resepi pengalaman yang mana ramai mengatakan ia akan mematangkan fikiran. Berapa ramai yang matang dan berapa ramai pula yang kecundang.. adakah wujud formula dalam membina kematangan melalui pengalaman..hati manusia terlalu lemah.. akal yang kerdil tidak mampu mendidik hati agar patuh pada-NYA.. benarkah Ujang ini cuai dalam tanggungjawab.. atau adakah Ujang tidak terdidik untuk patuh.. atau ada makhluk ghaib yang memesongkan hati kepada kelalaian.. kenapa semuanya disandar untuk mencipta kelalaian...??? atau patutkah hati bertindak pada naluri ciptaan-NYA...

Ujang tiada jawapan pada apa yang Ujang tidak faham tentang halnya.. jawapan sebenar ada pada setiap insan yang melalui kehidupan... akal dikurnia untuk berfikir.. hati untuk memilih.. dan naluri untuk membenar atau menidakkan keputusan... dan akhirnya diri Ujang yang akan memberi jawapan.. andai dibenarkan diri Ujang memiliki segalanya.. rasa puas dan seronok.. kerana Ujang tidak perlu memilih lagi.. tidak perlu menghiraukan apa-apa... namun.. sesungguhnya.. apabila Ujang sedar, Ujang telah melukai hati yang lain..antara dua kecantikan.. bolehkan memiliki keduanya.. adakah dibenarkan memiliki keduanya...jika Ujang ingin memiliki keduanya, maka akan menjadi tidak cantik lagi kerana keduanya tidak pernah membenarkan diri mereka untuk bersama... bagi Ujang ia indah... tapi bagi mereka...?

Ujang adalah kerdil, berdiri dengan kaki yang lemah.bertatih dari kecil.. bertongkat bila tua..perlukah Ujang memiliki segalanya jika yang tinggal adalah pahit?kenapa perlu semuanya jika setiap saat dibelenggu perasaan bersalah?kenapa tidak memilih agar yang ditinggal adalah kenangan...kenapa tidak memilih agar yang tinggal adalah bahagia...

Jika Ujang tahu bahwa pada saat ini Ujang sedang bercengkrama dengan api, yang Ujang juga tahu bahwa api itu begitu panasnya dan dapat membakar hangus tubuh Ujang, maka Ujang juga harus mempersiapkan diri jika pada suatu saat api tersebut akan membakar tubuh Ujang,... entah itu hanya jari, tangan, atau seluruh anggota tubuh Ujang....Berwasapadalah!! Dalam hidup Ujang setiap hari belajar dan belajar,.. Jadikanlah semua cubaan dan derita dalam hidup sebagai suatu pembelajaran dengan mengambil hikmahnya...Percayalah bahawa semua itu akan dapat menjadikan Ujang lebih kuat, lebih tegar dan lebih dewasa.... Suatu saat Ujang akan bersyukur pada tuhan atas semua pembelajaran ini... ini adalah pelajaran hidup yang sangat berharga...


Ketika Tuhan menguji Ujang dengan berbagai macam peristiwa, Ujang harus berusaha untuk lulus dalam ujian itu, kerana jika Ujang tidak berusaha, maka Ujang akan dapat terjatuh lagi kedalam lubang yang sama, ... Jangan pernah lari dari permasalahan, kerana kehujung dunia manapun Ujang pergi, masalah itu akan tetap ada,... Ingatlah bahawa masalah itu ada untuk Ujang hadapi...Hmm beringat pada diri sendiri... lagi baik kan kan??

Posted by Ujang_MD :: 10/05/2006 10:30:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.