"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, October 23

Boleh kah???

Ujang tidak pasti sama ada Ujang harus membiarkan hati ini rentan ataupun mula merawat kecederaan Ujang dari ramuan pengalaman. Ujang mungkin telah terlalu biasa dengan perkara sebegini hingga hati enggan memikiri apa yang telah terjadi. Adakah hati terlalu letih hingga luka ini tidak lagi pedih?Apa yang Ujang rasai sekarang tidak penting, kerana apa jua yang bakal datang, Ujang harus jua tempuh. Bagai tiada pilihan, Ujang semestinya kena berdepan.Teman-teman cakap Ujang ada kecenderungan untuk jatuh cinta pada orang yang salah. Adakah dia suatu kejadian yang salah? Ujang tidak rasa begitu.

Ujang telah sahut cabaran yang dilaungkan Ujang sendiri. Bukan dia yang datang tetapi Ujang yang undang. Ujang yang berjanji kepada diri bahawa jika ditakdirkan kami tidak menjadi, Ujang sanggup.Setidaknya Ujang telah buat yang terbaik untuk menyayangi dia dan menguji diri Ujang. Menguguhi dugaan dan mencabar kesusahan perhubungan. Ujang telah perjudikan kemampuan Ujang, kemahuan Ujang dan kekuatan emosi Ujang. Ujang citakan yang terbaik dan terindah untuk dia. Tetapi mungkin apa yang terbaik dari Ujang tidak cukup baik untuk dia.Ada Ujang kecewa? Mungkin ya. Mungkin Ujang sedikit kecewa. Tetapi bukan kerana Ujang ditinggalkan dan dia mengambil halatuju yang berlainan. Ujang kecewa kerana Ujang gagal.

Ujang kecewa kerana Ujang gagal mengotai janji dan membuktikan kepada diri bahawa Ujang mampu.Sampai saat ini Ujang belum lagi meratapi kekalahan ini. Belum menangis kerana dia telah tiada. Air mata Ujang masih ego. Masih sombong terkandung dalam kantung.Ada seribu macam perkara yang bergelutan dalam minda Ujang. Ada seribu macam perasaan yang merancun hati Ujang.Seringkali, bila Ujang ingin luahkannya satu persatu ke sini, untuk Ujang tatap dengan mata dan untuk Ujang baca ceriteranya, entah mengapa Ujang tidak berdaya. Semuanya tidak pula mahu menjelma.Adakah Ujang sendiri gementar dengan perasaan yang tersembunyi dalam hati?Entahlah.

Ketahanan yang Ujang ada sekarang hanyalah dengan menahan diri dari terus melawat memori. Membiarkan sikap evasif Ujang mengambil tempat dan mencuba sehabis daya untuk terus menghindar. Menghindar dari terus kalah.Tetapi, terjauh di sebalik jiwa yang pasrah, Ujang terfikir, dapatkah Ujang ulangi lagi memori yang pernah Ujang kecapi, segala kenangan yang telah pun pergi?Adakah semua yang akan Ujang alami selepas ini, bakal menjadi kenangan yang tidak dapat Ujang simpan?Kini, bila dia tiada lagi, bila bahagia hanya mimpi, dapatkah Ujang sedar semua ini. Adakah esok ia akan terus serupa? Adakah esok Ujang akan terus berduka?

Esok adalah hari raya... Yup... entah kenapa syahdu betul bila ujang dengar bait-bait lirik lagu raya aishah...Setitis Cahaya Di Aidilfitri...

Setitis Cahaya Di Aidilfitri (Aishah)

Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia

Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku

Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan 'kan ku ulang kembali

Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia

Posted by Ujang_MD :: 10/23/2006 09:43:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.