Tahukah korang semua sesebuah tulisan itu mempunyai perasaan? Ia bukan yang digambarkan makna setiap baris kata. Ia adalah jiwa yang dirasai hasil gaya cara ia dipersembahkan. Pemilihan perkataan dan bentuk alunan ayat mampu menceritakan bagaimana seseorang penulis itu rasa.Walaupun mungkin karangan yang digarap membina watak, kisah dan nadi kegembiraan, namun seseorang pembaca yang cekap dan tajam pemahamannya boleh menghidu ekor jiwa di sebalik dan di antara satu persatu ayat dan kata. Ia mungkin berunsur kepiluan mahupun ketidaksampaian sesuatu.Kan Kan???
Ujang masih tatih memahami erti semua itu. Ujang masih belajar lagi, tentang apa yang orang lain tulis, akan apa yang orang lain mungkin rasa, pada seperkara yang orang lain tidak jangka. Adakah korang juga sama? Suka sangat Ujang bermain dengan teka-teki kan?? hehheehe. Ujang nak tanya korang......Mampukah kita hidup mengikut telahan agama, aturcara tatasusila, tertib dan selaras peraturan kemanusiaan seratus peratus sehari dan sepanjang hidup kita? Jika jawabnya tidak, mengapa manusia cepat menghukum?Refleksi apakah itu? Adakah mereka takut dengan diri mereka sendiri??? Haaa.. jawab.. kalau boleh sesiapa yang baca tolong kasi pandangan kat Post Comment atau kat Tag bOard.... Ujang hanya ada satu jawapan.. iaitu.......Mungkin.
Kini ujang rasa hari demi hari berlalu begitu pantas tanpa sedikit pun memperdulikan Ujang, semakin hari fikiran Ujang semakin pantas mengingati saat2 Ujang dulu. Ujang terkenang wajah makcik Zainung.. entah walau duduk dekat dengannya rindu tuh masa ada .. huhu kenapa ek???, saat2 macam ni terasa Ujang semakin melepaskan sesuatu yang Ujang tak pasti ngan kehidupan Ujang. Saat ini Ujang merindui semua orang yang Ujang sayang, apakah Ujang masih berdaya menempuh titian ini. Rasanya semakin hari semakin hampir Ujang dengan saat kehancuran Ujang sendiri. Ujang bagaikan tak berdaya nak terus meniti dititian usang yang hanya menunggu masa roboh.
Kadang-kadang ujang rasa hidup ini adalah suatu percubaan. Segala-galanya adalah percubaan. Untuk perkara yang telah Ujang mahir dan ingat pada hati, Ujang tidak sedarinya suatu percubaan. Namun untuk perkara yang payah, yang memikiri minda untuk bekerja, Ujang akan rasainya sebagai suatu signal untuk mencuba. Ujang, dalam semua perkara yang payah itu, sudah penat mencuba. Ujang bagaikan tuas yang mengimbangi jiwa yang tidak ada kesaksamaannya. Dunia yang Ujang pikul di bahu ini memberatkan dan memperlahankan Ujang.
Ujang pernah hidup dalam ketakutan. Masih Ujang begitu. Takut untuk semuanya yang ada. Juga takut untuk mencuba. Acapkali tidak cukup berani untuk terus mencuba.Ingin sekali Ujang hilang dalam kelam malam, melayang tanpa haluan tapi bebas dari bebanan mencuba. Ujang rasa mahu tersedar sajer dari tidur, cuba sengkangkan kelopak mata Ujang. Ujang cuba pulang ke sarang lena, juga Ujang cuba untuk pejamkan mata Ujang. Cuba pula untuk melupakan semua yang telah berlaku.Seandainya Ujang mampu hidup tanpa pernah untuk mencuba. Baguskan. Mungkin untuk itu, Ujang harus tidak putus mencuba.
Posted by Ujang_MD ::
11/08/2006 09:13:00 AM ::
1 Comments: