"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, November 19

Segalanya....

Sekuntum bunga itu kadang2 kelayuan.. hilang kelembutan.. hilang warnanya.. tapi mata2 yang memandang tetap mengatakan bunga itu masih teguh ditangkainya..tak siapa yang memahami ada tikanya bunga itu keletihan.. lemah dan tak berdaya.. tiada serinya.. tak sapa melihat tangkainya sudah tidak cukup kuat untuk memegang kelopaknya sendiri..dan kekuatannya hanya datang dengan rahmatNya.. kekuatan hanya datang bila bunga itu bertafakur mengenangkan dirinya, untuk apa dia diciptakan.. tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. dan balasan yang akan ditimpa bila kelopaknya mula gugur bertaburan di bumi dan menjadi makan ulat2 tanah yang tidak kelihatan… Ouchh bercakap pasal bunga pulak ujang.. tapi ada benarnya bukan???

Tuhan.. bukan Ujang tidak bersyukur dengan takdir yang telah Engkau tentukan..bukan.. sepenuh syukur Ujang hanya untukMu ya Allah.. tak dapat nak Ujang bandingkan dan tak dapat nak Ujang balas setiap rahmat yang telah Engkau kurniakan.. dan takutnya Ujang pada azabMu memenuhi ruang dada ini.. kalau bukan kerana takut dan gentar pada azab dan amaranMu.. sudah lama Ujang menjerit pada dunia ini.. sudah lama Ujang protes pada setiap yang tidak memenuhi citarasa Ujang.. biarpun cita rasa dan keinginan Ujang bukan tinggi melangit.. Tuhan, Ujang pohon keampunan atas setiap kekurangan dan kesilapan yang telah dan akan Ujang lakukan.. Ujang mohon ampun atas setiap dosa yang telah tercipta kerana kebodohan, keangkuhan dan kelemahan diri Ujang ini..

Tuhan.. bimbinglah diri ini.. berikan pada Ujang taufiq dan hidayahMu.. kurniakan Ujang kekuatan agar dapat Ujang laksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah Engkau tentukan.. kewajipan sebab Ujang diciptakan.. ya Allah tiada daya upaya Ujang melainkan dengan kehendak dan izinMu.. ya Allah lindungi Ujang dari azabMu.. lindungi Ujang dari kemurkaanMu.. ya Allah dekatkan hati Ujang kepadaMu.. agar dapat Ujang sentiasa mengingatiMu dalam susah dan senang Ujang.. dalam sibuk dan lapang.. dalam siang dan malam ..Tuhan suburkan kasih dalam hati ini selamanya untukMu.. agar rindu Ujang untuk bertemu denganMu tidak pernah padam dalam takut dan pengharapan.. Tuhanku.. ya Allah.. ya Allah.. ya Allah..

Boring betul hari ini.. tak tahu nak buat apa kat rumah.. uajng call sal nak tanya pasal nak jumpa dia on 30november nih pun dia seakan acuh tak acuh jer. Bukan apa.. ujang nak confirm ticket flight.. makin lambat di beli.. makin mahal harganya.. tu pun dah naik rm20.. semalam ujang tengok baru rm150.. hari nih dah rm170.. adoi!! Yahoo.. sal setuju nak jumpa ujang...akhirnya.... Arghh boring betul... mak pulak tak ada buat keropok sehari suntuk.. dalam komputer banyak pic2 kakak n anak sedara.. hmm jadi mangsa ujang lah nih hehe time boring2.. maka terhasilah!!! waakakkakaa

Posted by Ujang_MD :: 11/19/2006 09:40:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.