"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, April 23

MEMENDAM RASA

Meminati seseorang tapi kelu untuk melafazkan sebuah perasaan? Hmm, pernah korang alami apa yang Ujang alami? Pasti pernah…kekadang bila difikirkan kembali, ianya melibatkan perasaan tapi kalau di simpan, sampai bila? Dan bagaimana jika kita kehilangannya kepada orang lain sebelum sempat kita sampaikan apa yang kita rasa? Biar kita luahkan tapi ditolak dari tidak meluahkan dan kita kehilangan, get what I mean? Ishkk..bukan senang nak melafazkan rasa hati ni..tapi Ujang banyak luahkan sebenarnya!
Dengan sms, dengan email, dengan telefon malah secara realitinya, rasa rindu .. rasa sayang .. rasa cinta senantiasa ada di bibir Ujang untuk semua. Sesekali rasa sunyi datang dalam diri. Entahlah…ader jugak rasa serik untuk mencintai dan dicintai. Bintang selalu beringat pada Ujang : jangan terlalu percaya pada CINTA kerana lebih banyak duka dari suka! Mungkin..tapi Ujang juga percaya ada lebih banyak suka dalam duka. Hari ini Ujang masih seorang diri, melihat sekeliling, mensyukuri apa yang ada, satu ketika nanti mungkin datang cinta dan waktu itu jika Ujang telah bersedia, apa salahnya? Mungkin cinta itu akan jadi lebih bermakna. Itu doa Ujang…
Seandainya kesedihan ini ada sungainya, ingin Ujang ikut setiap alurnya agar dapat Ujang sampai ke muara..... telah pun tertulis bila mana Ujang bersendirian, pastinya akan ada kesepian, bilamana Ujang kesepian, dan disitu akan ada ketenangan, dan pada setiap ketenangan, selalu akan datang kebahagian. Di saat wujudnya kebahagian itu, UJANG mahu adanya dia (Makcik Zainung)
Izinkan Ujang bercerita .... akan rasa sedih dan juga pedih yang bertandang di jiwa. Wajah Ujang bertopengkan senyuman yang tak pernah Ujang tanggalkan selama ini, rasanya bagai sudah sebati di dalam acuan hidup Ujang ini. Yang Ujang tahu senyuman dan gelak tawa yang Ujang lukiskan adalah hadiah untuk insan-insan yang bersama-sama dengan Ujang. Senyum tawa ini juga jadi pengubat jiwa...sekurang-kurangnya untuk Ujang yang sering disinggahi rasa kecewa.
Keimanan ini teruji dari Ilahi. Kerana tebalnya ketetapan ini, Ujang gagahkan diri melalui setiap cabaran Dia...yang Ujang rindu untuk berjumpa. Namun, terlalu banyak duga, terlalu banyak ujiNya. Yang Ujang pinta biarlah Ujang terus mampu bertahan dengan setiap cubaan. Ujang sedar Ujang antara insan yang terpilih melalui jalan ini dan pada masa yang sama juga hati ini bimbang bukan kepalang andai jatuh di jalan usang. Tapi Ujang percaya yang Dia lebih mengetahui siapa Ujang sebenarnya.
Cerita ini masih panjang. Yang Ujang mulakan hanyalah pengenalan. Detik ini akan Ujang suarakan sebuah cerita, sebuah cereka, tentang manusia yang juga bertopeng seperti Ujang namun topeng mereka topeng bahaya yang boleh menghancurkan sebuah jiwa, yang boleh membawa manusia jauh menyimpang ke dasar sengsara. Masanya tiba untuk Ujang bercerita ....


Ujang ada terbaca satu cerpen.. betul-betul membuatkan Ujang sedar apa itu hubungan.. Hubungan yang tanpa batasan.. baru sekarang Ujang amat menghargai apa itu perhubungan.. terima kasih Z.. kerana warkah di dalam blog mu membuatkan Ujang teringat akan kesilapan Ujang.....


“Dah lama ke Hakim?”

“Hampir 2 tahun, Is”

“Aku….aku tak tahu nak cakap apa,”

“Tak payah la kau cakap apa-apa, aku ceritakan pada kau pun sebab kau kawan baik aku. Aku tak minta simpati cuma aku harap kau mengerti apa yang sedang aku lalui.”

Biarkanlah saja diriku
Sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisu
Sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian
Mungkinkan bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terubat kini

“Ah, lagu ni sama ngan jalan hidup aku.”

“Jangan emosional sangat Hakim. Life must go on, kau jangan lak nak tension-tensionkan diri kau tu, tapi cuma satu aku nak cakap, kau masih belum terlambat lagi kalau kau nak berubah. Kau kena sedar Hakim, apa yang sedang kau lalui ini bukan jalan yang sebenarnya. Tenangkan diri, fikir bebaik. Kalau kau nak bantuan, aku sentiasa kat sini. Aku kenal kau sejak dari kecik. Ok?”

“Aku pun tak tahu mana pergi ketegasan aku, hilang agaknya! Aku tahu apa yang aku buat ni salah tapi salahkah aku?”

“Ishk, kau ni Hakim. Aku…”

“Kau tak payah cakap apa-apa Is. Cukup kalau kau faham.”

ISKANDAR. Dialah satu-satunya sahabat aku, sejak kecil aku dengan dia. Sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan tempat kerja. Tak aku sangka, kami tak pernah berpisah jauh. Kalau aku pandang balik zaman kanak-kanak kat kampung, terlalu indah nak aku gambarkan dengan perkataan. Cepat benar masa berlalu, tak terasa waktu berjalan. Tapi hidup aku berubah sekarang. Suci dalam debu. Indah hanya di luar namun sebaliknya? Semuanya kerana seorang perempuan, seorang ratu di hati aku, satu ketika dulu.
“Tak ada apa lagi yang nak aku ceritakan pada kau, Is. Cukuplah dengan apa yang aku tanggung selama ini, mungkin silap aku, percaya sangat pada dia.”

“Hakim, yang berlaku biarkanlah. Kau pun dah dewasa, jangan cepat melatah dengan ujian. Banyak-banyakkan bersabar, aku akan sentiasa sokong kau, kalau kau ada masalah, jumpa aku ok?” Iskandar menabur janji.

“Kau dah banyak bantu aku. Kali ini, biar selesaikan sendiri masalah aku. Aku yang cari nahas sebenarnya. Hehehhe” aku mula ketawa.

Iskandar senyum lebar.

Di pantai itu, kami duduk sampai senja, tanpa bicara. Aku diam, dia pun diam. Mungkin otaknya sedang berfikir tentang apa yang aku dedahkan padanya tadi, sebuah cerita mustahil, yang sukar diterima akal tapi dia terpaksa menerimanya. Hehehe, aku ketawa lagi tapi kali ini di dalam hati.

Tenang rasa hati aku bila berehat di balkoni. Bintang-bintang dan bulan kat langit banyak menemani aku, sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dah puas aku bercakap dengan bulan dan bintang, tapi tak pernah ada suara dari mereka! Tiba tiba aku dengar bulan bersuara:

Kata Bulan : Sinarku penuh keindahan alam tapi hanya seketika menemani malam.

Kata Bintang : Kerdipanku hilang bila siang, yang tinggal hanya anganmu seorang!

Kata Aku : Di mana nak aku cari dia yang datang dengan sinar bulan dan kerdipan bintang?

Telefon bimbitku berbunyi. Aku terkejut. Jam di tangan tepat 12 tengah malam.

“Rina” hatiku bersuara.

“Assalammualaikum, Hakim.” Suara gadis itu merentap hatiku.

“Waalaikumussalam.” Hatiku sayu, sayu, sayu, bayangan kenangan terus melintas di ruang ingatan. Aku tak minta kenangan itu datang sekarang. Dah banyak yang aku buang, kenapa kenangan itu datang lagi?

“Selamat Hari Lahir, Hakim.”

“A aaa…terima kasih. Rina, terima kasih. Mmm….”

“Hakim apa khabar?” Rina memotong kataku, mungkin dia sedar aku gugup barangkali.

“Alhamdulillah. Rina macam mana? Kat mana sekarang ni?”

“Baik. Rina di Kuala Lumpur.”

“Dah tiga tahun kan! Tiga tahun lalu di hari lahir Hakim…Rina hadiahkan Hakim dengan ucapan perpisahan…hari ini…”

“Cukuplah Hakim. Rina salah. Hari ini Rina hubungi Hakim bukan lagi untuk menyakitkan hati tapi Rina nak suarakan rindu Rina, sayang Rina yang Rina simpan.”

“Rindu dan sayang dah hilang Rina. Tapi tak apalah…Hakim tak nak lagi merasai rasa sedih, dah cukup penderitaan yang Hakim lalui.”

“Rina tahu. Iskandar ceritakan semua pada Rina.”

“Is?”

“Hakim, terimalah apa yang berlaku selama ini sebagai ketentuan takdir.”

“Rina, nasib baik Rina telefon Hakim sekarang setelah Hakim dah buang semua kepahitan dalam hidup Hakim. Mmm…terima kasih. Hadiah hari jadi tak ada ke? “

“Hehehe….nanti Rina kirim kay….” Aku tersentuh bila mendengar tawanya.

“Tak der lah, gurau je…mmm dengarnya dah dapat baby?”

“……………………………….”

Malam itu hampir dua jam aku bergayut di telefon. Husband Rina out-station. Mmm…so Rina ni kira curang ke? Hehehe…ntahlah! Rina dah ada dua orang baby, setahun sorang, aktif betul budak ni, tiga tahun dulu aku berpisah ngan Rina disebabkan family Rina tak kasi kitaorang kawan. Manalah pipit dapat terbang dengan enggang. Terlalu banyak cerita aku dengan dia. Nampaknya sebaik-sebaik lelaki macam aku ni kecewa jugak dengan percintaan. Waktu putus tu, jangan cakap la macam mana tensionnya! Tapi sekarang aku dah ok. Adilkah hubungan yang putus itu? Hisshhh, waktu tu penat aku fikir, berkurung dalam bilik sehari-harian. Nasib baik mak ada. Kata mak, setiap kejadian diaturNya. Janganlah di fikir sangat.

Tapi, Rina dah kahwin, suaminya ahli perniagaan, dah hidup senang dengan anak-anak, dan aku? Aku berjaya jugak! Event production aku dah berjaya, aku ada syarikat sendiri, perpisahan sebenarnya membawa aku kepada kejayaan, kata orang kejayaan setiap lelaki ada wanita di belakangnya. Wanita? Mmm…nanti aku fikirkan siapa wanita di belakang aku.

Malam itu aku tidur nyenyak setelah dua jam bergayut! Yang aku tension, kenapa Iskandar tak wish aku pun? Malam, temankan aku tidur…..sejuk!
“Selamat Hari Lahir, Encik Hakim.” Bergema suara staff aku sebaik saja aku melangkah masuk opis pagi tu.

Kaki aku macam terpijak gam yang paling kuat dalam dunia. Melekat. Tak pernah aku diraikan macam ni. Dalam ramai-ramai tu aku tengok Iskandar tersengih macam kerang busuk.

“Terima kasih.” Akhirnya aku bersuara dan melangkah ke arah kek 2 tingkat, (fuiyyoo..dua tingkat tu!)

Pagi itu meninggalkan satu lagi kenangan istimewa untuk aku. Dari bilik, aku dapat lihat 10 orang staff aku bertungkus lumus dengan kerja masing-masing. Aku sendiri tak menyangka dalam usia 25 tahun aku dah memiliki sebuah syarikat sendiri. Wajah Rina di dalam frame gambar aku pandang dalam-dalam.

“Encik Hakim, ada bungkusan” intercom dari Sherry, setiausaha aku melarikan aku dari lamunan.

“Mmm…bawa masuk ke bilik I.”

Besar. Itu saja dapat aku gambarkan bungkusan yang aku terima.

“Besarnya teddy bear!” Sherry bersuara girang bila bungkusan itu aku buka.

“Eh, siapa pulak hadiahkan saya teddy bear ni?” aku bersuara bingung lantas mencari-cari catatan pengirimnya.

“Saya suka teddy bear ni, Encik Hakim. Kalau …..”

“Kalau apa? Kalau saya tak nak, kasi awak?” aku potong ayat Sherry.

“Hehehe….errr….tak per lah Encik Hakim, saya keluar buat kerja dulu…”

“Ha, elok la tu.”


Assalammualaikum

Hakim, Selamat Hari Lahir. Dari hati yang ikhlas ini, ingin Rina suarakan bahawa Rina masih sayangkan Hakim seperti dulu, biarpun sudah berkeluarga, rasa kasih ini tak pernah hilang dari hati Rina. Hari demi hari Rina simpulkan kenangan kita di sudut hati. Bersama hadiah ini, Rina sertakan 1095 kuntuman bunga yang Rina hasilkan sejak tarikh perpisahan kita sebagai tanda ingatan. Rina percaya kepedihan Hakim selama ini telah berbayar dengan kebahagiaan. Semoga Allah sahaja dapat membalas keikhlasan Hakim menyayangi Rina selama ini. SALAM SAYANG.
Rina
Senja itu aku di tepi pantai, ombak menemani setiap air jernih yang gugur dari kepolak mata aku. Dah jemu agaknya ombak-ombak ini menyaksikan seorang lelaki yang kecewa, aku banyak menipu diri aku. Senyum ketawa di luaran sedangkan aku merana di dalam jiwa. Ahhh, biarkan. Sekurang-kurangnya aku dapat bahagiakan hati orang lain. Sedih? Biarlah aku kongsi seorang…errr..dengan Iskandar pun! Hehehhehe…..

“Sedih je! Jangan dikenang benda yang berlaku.”

Aku pusing ke belakang, mamat mana ntah. Aku tenung matanya, sumpah…aku tak kenal pun.

“Saya, Amir. Selalu saya kat sini, menikmati pemandangan senja di tepi pantai, banyak kali juga lihat Encik…..”

“Err, nama saya Hakim.” Spontan aku meneruskan kenyataannya yang tak habis tu!

“Aha..Encik Hakim. Selalu saya lihat Encik Hakim kat sini. Macam ada sesuatu yang dikongsi dengan alam.”

Aku ketawa kecil. Puitis giler mamat ni bercakap. Aku memang selalu kat sini, kongsi cerita dengan laut, dengan langit, dengan burung, errr…puitis lagi aku….

“Mmm…saja je tengok laut, rasa tenang.”

Angin lembut menyapu wajah aku. Perbualan kami terhenti seketika. Nun di tengah laut, ada sebuah kapal pesiaran berlabuh. Alangkah indah kalau aku dengan Rina…aarrghhh…perempuan tu lagi!

“Alam ini memang indah, beruntung kita ditempatkan di sini biarpun untuk seketika. Sekurang-kurangnya kita dapat merasai betapa agungnya Pencipta kita.” Amir bersuara lagi.

Dan kami terus mengenali antara sesama.

Amir, 27 tahun, mamat hensem, bekerja dengan syarikat ayahnya, Tan Sri Kamaruzaman, siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Kamaruzaman, pemurah dan berjaya dalam kehidupan! Mmm..kekok juga aku mulanya nak terus kenal dengan Amir ni, maklumlah..anak orang kaya! Tapi dia berjaya membuang jauh kerisauan aku. Senja itu aku dan dia bagaikan sudah lama kenal. Dan senja itu menyaksikan yang aku telah membongkar cerita pedih aku. Hishh…aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh kongsi cerita dengan Amir sedangkan aku baru saja kenal dengannya. Amir pula ada cerita pilunya sendiri. Dan aku terkejut dengan pendedahannya. Ku sangkakan seorang anak yang berada dan dikenali akan hidup dengan penuh kebahagiaan, sangkaan aku silap. Amir sunyi dalam dunia kemewahannya, sunyi tanpa kasih sayang. Wajah mak dan ayah yang meninggal dalam kemalangan setahun lalu datang menerpa di depan mata aku. Dan aku juga sunyi kini tapi tinggalan kasih sayang mereka masih bersamaku.
Hari-hari aku segar kembali sejak mengenali Amir. Rasa macam bercinta! Hehehe…benar! Itu yang aku rasa. Sejak mengenali Amir, hidup aku dah terisi. Hiking, shopping, lunch, dinner, rock climbing, clubbing dan memacam lagi aktiviti aku ngan Amir. Staff aku kat pejabat pun rasa lain dengan aku, kata dorang aku dah banyak berubah. Ntahlah….semangat dah lain rasanya. Sehari tak dengar suara Amir, boleh pitam. Tambahan pulak Amir banyak memberi peluang perniagaan kepada syarikat aku, senang di buatnya! Tapi aku tak menggunakan Amir, dia beri jalan so pepandai aku la buat jalan! Hehehehe…..

“Hakim, nak pegi Cameron Highlands tak hujung minggu ni?”

“Huh? Cameron Highlands?” sku sedikit tersentak.

“Eh, apasal macam terkejut je?”

“Err..tak ada apa, ok jugak. Dah lama tak melancong, boleh la rehatkan diri sikit!”

Aku teringatkan Rina lagi. Kami pernah sama-sama ke sana dulu. Cepat sangat masa berlalu. Segala keindahan dah hilang di depan mata aku sendiri. Dan kali ini aku akan ke sana lagi, mengimbau satu kenangan yang tertinggal di sudut hati.


Sejuk. Macam tu jugak dah sejuk cinta aku. Kali ini aku nak bercuti, tak nak lagi memikirkan perkara-perkara tension!

Malam itu aku dan Amir makan steamboat, wow! Kegemaran aku ni, dah lama tak makan, dalam sejuk-sejuk tetiba dapat makan makanan panas-panas, nikmatnya fuhhh, tak dapat nak dibayangkan! Aku dan Amir rancak berbual-bual, sepertimana rancaknya kami makan! Aku gembira sebenarnya. Amir banyak mempengaruhi perubahan aku, tak ada lagi perkataan sedih dalam hidup aku dan aku lihat Amir sendiri pun dah banyak berubah! Dulu sewaktu awal kenal dengan Amir, dia tak macam ni, baguslah…suara hati aku.

Kitaorang lepak kat taman malam tu, ikutkan hati aku nak je balik ke bilik hotel sebab dah tak tahan sejuk, tapi Amir nak berehat kat taman dulu. Aku ikut aja.

“Hakim, Amir nka cakap sikit…”

“Cakap la Mir…memang dari tadi kau cakap tak henti-henti.” Aku buat lawak!

Amir senyum tapi macam kelat. Lawak aku tak jadi agaknya.

Suasan malam tu sunyi kembali. Yang aku dengar hanya bunyi unggas malam. Aku ternanti nanti butir-butir suara Amir tapi masih belum ada. Aku peluk diri aku sendiri.

“Hisshhh, mamat ni, tadik nak cakap apa ntah!” hati aku memberontak.
“Hakim tahukan Amir dahagakan kasih sayang? Sejak kenal dengan Hakim, hidup Amir banyak berubah. Kasih yang Amir cari seperti dah jumpa. Mak dan ayah sibuk dengan urusan masing-masing. Amir cuma nak Hakim tahu, kehadiran Hakim membawa sesuatu dalam hidup Amir.”

Aku semakin gelisah dengan apa yang Amir suarakan tapi kontrol je la kan, orang tengah suarakan perasaan, ada peluh yang mengalir di dalam baju sejuk aku.

“Untuk pengetahuan Hakim, Amir bukan seperti lelaki lain.”

“Huh? Bukan lelaki? Apa yang Amir cakap ni?” terkeluar akhirnya suara aku.

Amir senyum tapi kali ini tak kelat lagi.

“Amir dah bersedia dengan apa juga jawpan Hakim. Amir tak pernah mempunyai perasaan pada perempuan. Sebaliknya Amir meminati lelaki tapi Hakim jangan salah faham! Amir bercakap atas dasar perasaan bukannya nafsu. Amir dah terlalu jauh jujur dalam persahabatan kita, oleh itu Amir nak Hakim tahu yang Amir seorang lelaki ***.”

“Mmm…..” aku cuba bersuara. Pening, pusing, hitam semua ada dalam kepala.

“Amir mula menyedari semua ini sejak di bangku sekolah. Hingga sekarang tak siapa yang tahu tentang diri Amir kecuali Hakim. Amir dedahkan semua ini bukannya untuk memalukan diri Amir sendiri tapi Amir nak melalui persahabatan kita dengan seikhlas mungkin. Amir harap Hakim boleh terima Amir seadanya.”

SUNYI. SEPI.

“Biar siapa pun Amir, Hakim akan tetap menerima Amir seadanya. Dah terlalu jauh kita mengenali hati budi masing-masing sedangkan persahabatan yang ikhlas susah nak cari sekarang ni, Amir. Tentang status Amir, lupakan saja. Hakim tak ada masalah dengan semua tu cuma pandai-pandailah Amir melalui ujian ini.”

Amir senyum, kali ini lebih tenang. Aku? Apa yang nak aku katakan?

Malam itu kami banyak berbual. Amir menceritakan liku-liku hidupnya sebagai lelaki ***. Dia terperangkap dengan perasaannya sendiri, dah macam-macam pendekatan dia cuba untuk berubah tapi dia tetap dirinya.

Dan aku semakin menyelami perasaan Amir. Dia menang sebenarnya dalam ujian kehidupan tapi kemenangan dari sudut yang jauh berbeza. Masyarakat memandang serong dengan kehidupan orang seperti Amir. Tapi bagi aku Amir insan istimewa, makhluk Allah yang dilahirkan untuk melalui satu tamparan ujian yang terlalu besar iaitu perasaan! Dia tetap dirinya tanpa cela tapi berperang dengan rasa sangsi, dilemma, mencari jawapan dalam persoalan yang bermain di fikiran. Bagi dirinya, dia adalah ‘SESUATU’ yang perlu dihuraikan.
Sejak hari itu hubungan aku dengan Amir semakin rapat. Kadang-kadang aku juga bagai mempunyai perasaan pada Amir…hehehe, bingung aku dibuatnya. Dia yang semakin aku kenal penuh dengan keistimewaan. Dan bayangan wajah Rina semakin pudar hinggakan aku terpaksa mengambil masa untuk mengingati bagaimana rupa wajah gadis yang pernah mencuri hati aku dahulu! Benar. Apakah aku kembali bercinta? Tapi bukan dengan dara sebaliknya teruna…aku biarkan diri aku dengan jawapan yang tak pasti. Aku sayang Amir, sayang seorang teman tapi kadang-kadang aku rasa lebih dari itu. Aku mungkin betul dan mungkin juga tidak. Yang aku tahu sekarang ini aku ada Amir!

Dah seminggu aku cuba menghubungi Amir, telefon bimbitnya hanya ada pesanan suara. Di rumah sering tiada jawapan. Mana perginya tukang gaji Amir? Macam-macam perkara terlintas di fikiran aku. Yang buruknya, aku cuba buang jauh-jauh.

Petang itu, aku ke rumah Amir. Dan surat bersampul biru menjawab segala pertanyaan aku. Ibu Amir menyerahkan sebuah kotak kepadaku bersama surat itu.

Assalammualaikum.

Hakim, maafkan Amir dengan apa yang Amir sembunyikan. Sewaktu surat ini di tangan Hakim, Amir sudah jauh melangkah ke alam yang sudah pasti tempat kita. Kenangan bersama Hakim terpaksa Amir tinggalkan untuk meneruskan perjalanan ke sini. Simpanlah semuanya agar diri Amir terus hidup di hati Hakim. Janganlah Hakim merasakan satu penyiksaan atas apa yang telah berlaku ini kerana sudah tersurat janjiNya Yang Maha Esa, setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Amir tinggalkan Hakim dengan rasa rindu yang tak pernah padam. Kehadiran Hakim benar-benar mengubah kesengsaran penyakit Amir. Untuk pengetahuan Hakim, Amir menghidap kanser darah. Amir telah berusaha untuk mengubati penyakit ini tapi kata doctor ianya sudah terlambat kerana berada di tahap kritikal. Jika mampu, Amir mahu selama-lamanya dengan Hakim. Dah banyak kegembiraan yang Hakim berikan untuk Amir. Tapi kehendak Allah tak siapa dapat menghalang. Yang pergi tetap pergi, cuma satu harapan Amir agar Hakim akan senantiasa mengingati diri Amir. Doakanlah kesejahteraan Amir di sini. Di sini, di ruang hospital ini tak ada lagi rasa gembira, Amir tahu bila-bila masa saja Amir akan dijemputNya. Hanya yang punya tenaga, jari-jari ini menulis sepatah kata buat kenangan terakhir. Ketahuilah, kasih sayang yang Hakim berikan selama ini adalah kekuatan untuk Amir menempuhi hari-hari terakhir dalam hidup Amir, terima kasih. Amir mahu kesempatan ini terisi sepenuhnya. Seperkara lagi, tolong sampaikan pada emak dan ayah yang Amir terlalu menyayangi mereka. Amir tak salahkan mak ayah di atas ruang masa mereka yang terbatas cuma Amir harap adik-adik Amir akan mendapat kasih sayang yang lebih sempurna selepas ini. Hakim, Amir ingin sangat Hakim duduk di sisi Amir di waktu ini, bercerita tentang kenangan kita. Amir nak lihat wajah Hakim sepuas-puasnya. Biarlah…bimbang juga kenangan terakhir ini akan menghantui Hakim. Salam Sayang dari Amir, maafkan segala keterlanjuran selama ini, izinkan Amir pergi dengan penuh ketenangan. Assalammualaikum.

Muhammad Amir Shaifuddin 14 May 2003

“Bersama dengan surat itu, Amir berikan aku sebuah kotak berisi 103 kuntum bunga mawar putih yang kata emaknya dia buat sendiri. Sehari sekuntum, hari dia menulis surat itu genap 103 hari kitaorang kenal. Jam tangan yang aku pakai ni pun milik Amir. Hadiah darinya untuk aku. Ini yang tinggal, Is. Harapnya Amir akan terus dalam kehidupan aku. Malam itu dia mengalami sesak nafas dan koma, kata emaknya lagi dia meninggal pada Subuh keesokannya.”

“Hakim, banyakkan sabar.” Iskandar memeluk bahu aku.

“Sejak kematian Amir, hidup aku kembali kosong, lebih pedih dari kehilangan Rina dulu. Amir banyak tinggalkan kenangan untuk aku. Aku tercari-cari seorang lagi ‘Amir’ dalam hidup aku. Dua tahun dia pergi dua tahun juga hidup aku sunyi, Is.”

“Tapi Hakim….kalau Amir ada sekalipun, kau kena ingat dia lelaki. Lelaki bukan untuk lelaki. Kau jangan tersalah simpang.”

“Aku tahu itu, Is. Aku masih tahu halal haram agama kita. Yang aku maksudkan aku sayangkan perhubungan kami. Dia ikhlas, dirinya penuh sopan, sayang, kasih dan segala yang aku inginkan. Tak mungkin lagi aku jumpa orang seperti Amir. Aku tahu apa yang kau fikirkan sekarang, seperti biasa hubungan sebegini akan di salah anggap, mungkin pada kau kami hanya menurut nafsu, termakan pujuk rayu syaitan tapi kau salah, Is! Kasih kami, sayang kami jauh dari itu semua, ini hakikat, soal perasaan, bukan mainan.”

“Errr….kau jangan salah anggap pada aku, Hakim. Aku tak maksudkan macam tu…”

“Tak apa, Is. Aku faham. Lelaki mana pun yang mempunyai perasaan pada lelaki lain akan disalahtafsir kerana itu bukan ketetapan kan? Dan aku tak pernah salahkan kau. Dulu Amir datang menceritakan identitinya pada aku kemudiannya aku terperangkap dalam identitinya dan hari ini aku ceritakan pada kau….”

“Eh…apa maksud kau, Hakim? Mmm…..satu hari nanti aku pun akan berperasaan macam kau? Hhhehehe, kau jangan nak buat lawak!” Iskandar cepat mencelah.

“Kita ni manusia biasa, Is. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Jangan sesekali memandang hina pada manusia lain jika melihat mereka terkeluar dari landasan sebenar kehidupan sebaliknya kita yang bertanggungjawab sama sama menggalas masalah mereka, kita semua makhluk Dia, selagi kita di dunia, selagi itulah kita akan terus diuji. Ingat tu….”

“Aku tahu….dulu aku pernah kenal dengan sorang mamat *** waktu aku chatting dulu, dia pun baik, tak macam chatters *** yang lain.” suara Iskandar.

“Apasal ko chatting kat channel ***?” sampuk aku.

“Aku….aku……..” Iskandar kantoi.


Cuba jangan pikir ke arah negative..

Posted by Ujang_MD :: 4/23/2007 09:18:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.