"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, April 22

MENGGAMIT RINDU..

Hidup dalam kepuraan memang menyakitkan bukan?? Terdetik dalam hati ini.. adakah diri Ujang ini juga berpura2??? Ujang cuba selami hati sendiri namun resah gelisah tetap berbelah bahagi.. Ujang seakan terasa sendu.. namun rintihan jiwa yang Ujang terima. Ujang betul2 keliru dengan percaturan hidup.. Adakah Ujang masih di awan-awangan?? Adakah Ujang masih dalam khayalan.??? Terdetik juga di hati Ujang.. bila makcik zainung bergurau senda.. tetapi dalam senda guraunya terselit seribu kata.. Ujang fahami apa yang makcik Zainung katakan.. tapi Ujang seakan buat tidak mengerti.. Ujang tahu.. Ujang sudah besar.. Ujang tahu.. Ujang dah boleh hidup sendiri.. tetapi Ujang tak boleh andai makcik Zainung tiada di sisi..
Benar... sampai bila Ujang mahu terus begini?? Tapi terus terang ujang cakapkan.. Ujang tak boleh berjauhan dengan makcik Zainung.. kalau seminggu cuma tak apa.. tapi kalau berbulan lamanya.. boleh buat ujang tak keruan.. Entah lah.. terus terang Ujang cakapkan.. bila Ujang tak makan nasi yang makcik Zainung masak.. terasa lain.. kalau makan nasi yang makcik zainung masak.. kenyang sangat Ujang rasakan.. Bila Ujang berjauhan nanti.. pasti Ujang rindu semuanya itu nanti...

Arghh.. Ujang tak nak pikir perkara yang Ujang tahu bakal terjadi.. Biarlah masa yang tentukan.. Ujang pasrah apa yang telah berlaku.. Ujang tahu.. kerjaya juga penting untuk masa depan.. di sini Ujang perlukan pengorbanan... Tak apalah.. ujang cuba sejukkan hati ini.. andai diri ini di gamit rasa rindu.. pasti Ujang bertandang. Andai diri ini terasa ingin di belai manja.. pasti Ujang datang menemui makcik Zainung.. Oh.. masa andai dapat Ujang putarkan waktumu........

Posted by Ujang_MD :: 4/22/2007 12:02:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.