"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, June 5

SYUKUR

Di senja yang damai, pantai yang selalu menjadi peneman ujang sekali lagi dikunjungi. Langkah terus diatur meredahi pepasir nan memutih. Sesekali terpijak cengkerang hidupan laut yang berserakan di tepian. Angin nakal pula tidak jemu-jemu menyentap pakaian yang dikenakan rapi. Ah..ada saja ekor mata yang memandang. Aduh..malu! Apa punya mata kan??? Kalau tak melihat.
Pohon nyiur terus meliuk lintuk dihembus bayu. Nyata, pantai Seberang Takir tetap indah. Segalanya kelihatan sama seperti dikunjungan yang dulu. Laut yang membiru saujana mata memandang. Sekumpulan camar ghairah berterbangan di dada laut yang luas terbentang. Terpana seketika merenung kebesaran alam ciptaanNya.
Nun, sayup kelihatan beberapa bot nelayan di tengah samudera yang membiru seakan tiada berpenghujungnya. Terdetik di benak ini, betapa bertuahnya Ujang kerana tidak perlu meredah lautan luas yang penuh badai gelora untuk mencari rezeki menampung keperluan hidup.
Lihat nelayan-nelayan itu, betapa perit mengharung lautan bergadai nyawa. Namun hasil yang diraih tidak seberapa. Berbagai ancaman terpaksa dilalui semata-mata untuk mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta.

Renung dalam diri. Betapa beruntungnya Ujang yang dapat duduk di kerusi empuk, membelek fail sambil memandang skrin komputer dengan hanya jemari yang menari lembut mengalun rentak walau adakalanya minda terdera dan hati begitu tertekan. Pun begitu, Ujang jauh lebih bertuah.Bersyukur.

Posted by Ujang_MD :: 6/05/2007 12:32:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.