"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, June 6

PENAWAR

Sudah ketetapan alam. Senja itu datang dan pergi, lantas menjengah pula malam yang penuh kegelapan serta seribu satu rahsia yang tersembunyi didadanya. Atau mungkin jua malam yang kelam itu akan indah bercahaya dengan hadirnya seri bulan yang menyinari.
Begitulah jua dengan kehidupan. Suka dan duka sering silih berganti. Tidak akan selalunya Ujang hidup dalam kebahagiaan. Badai gelora yang menghempas, Ujang relakan jua walaupun dengan hati yang pasrah. Berkat kesabaran dan kekuatan, Ujang akan berjaya melawan arus. Segalanya dapat Ujang jadikan sebagai suatu pengajaran yang maha hebat untuk terus meniti hidup dengan lebih matang.
Dan perasaan itu sama ada sengsara atau bahagia, sesungguhnya ia adalah anugerah yang menjadikan kehidupan Ujang lebih berwarna-warni. Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan. Ya, benar sekali, pahit itu adalah suatu penawar yang mujarab.
Sungguh! Kadang diri Ujang begitu alpa dengan kebesaranNya. Jua, sering terlupa bahawa Dia selalu bersama walau dalam apapun dugaan yang menimpa. Sesungguhnya dia sentiasa memberi segala yang terbaik buat Ujang. Begitulah.
"Adus.....Ujang merepek lagi!".
Tapi hanya sekadar mengingati diri sendiri sebenarnya.

Posted by Ujang_MD :: 6/06/2007 01:27:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.