"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, June 3

PERSOALAN

Langit yang luas tampak cerah. Gumpalan awan putih begitu lembut membiaskan cahayanya. Dedaun pokok yang redup menghijau di sekeliling, menyejukkan mata memandang. Jua berbagai spesis bungaan indah ditanam di persekitaran. Aduhai…damainya perasaan. Indah sungguh suasana petang di Taman ketika itu.Di suatu sudut yang lain, bunyi bising teriakan kanak-kanak yang begitu riang bermain begitu kuat kedengaran. Di hari minggu sebeginilah peluang untuk ibubapa yang sibuk bekerja membawa anak-anak keluar bersantai sambil bermain di taman atau di mana sahaja.
Tentu saja kembang bercampur girang hati kanak-kanak itu memiliki ibubapa yang memahami kehendak mereka.Setelah penat berlarian anak di sekeliling taman itu, kaki terus melangkah mencari tempat yang sesuai untuk menikmati kedamaian. Sesekali bila berkelapangan di petang minggu, Ujang suka beriadah di situ.Tiba di suatu sudut sambil ingin melabuhkan duduk, mata terpandang ke arah beberapa pasangan remaja melayu. Si gadisnya begitu sopan mengenakan pakaian bertudung. Begitu ralit mereka memadu kasih di tepian tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Ada juga yang masih mencari lokasi di sebalik rimbunan pokok-pokok yang menghiasi taman itu tanpa kisahkah pandangan pengunjung lain. Mesra sungguh lagaknya mereka. Tiada lagi rasa segan silu. Oh sungguh memalukan!Tanpa mempedulikan pasangan-pasangan remaja itu, kaki terus melangkah lagi mencari suatu sudut lain yang lebih tenang.
Namun di hati terdetik jua “ kenapa perlu di cari tempat yang sebegitu sunyi untuk berkasih-kasihan kerana itu boleh mengundang berbagai perkara yang tidak baik atau mungkin mereka sengaja menempah nahas?” Barangkali jua si rama-rama yang riang berterbangan turut berbisik perkara yang sama. Sesungguhnya banyak lagi tempat yang lebih sesuai untuk melepaskan rasa hati yang merindu!
Senja kian merangkak ke tabir malam. Namun masih ada lagi insan-insan yang belum mahu berganjak dari situ. Sambil langkah menapak perlahan menuju ke jalan pulang, pelbagai persoalan muncul di benak fikiran.Ah...biarkan saja.

Posted by Ujang_MD :: 6/03/2007 09:28:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.