Arghhh tak sabar rasanya nak pulang kekampung esok. Rindu sangat pada Makcik Zainung.Dah lama Ujang tak makan nasi Cik Nung.. ikan singgang cicah dengan belacan pheww.. best giler.. Flight esok jam 8pm... doakan Ujang selamat sampai ke Terengganu yer..
Malam ini.. tergerak lagi jari-jemari untuk menulis sedikit warkah untuk Kak Mayang. Bila tadi membaca sms yang di hantar terasa sayu sangat.. entah lah.. mungkin Ujang terlalu berperasaan.
Untuk akak.. ingatlah.Kenangan satu perjalanan yang tertinggal dalam ingatan. Tidak dapat di lepaskan oleh masa. Berbekas di minda, tertanam di jiwa. Kenangan sering menjadikan seseorang itu tidak kenal masa depannya. Kenangan boleh menerbangkan perasaan. Kenangan membuat seseorang itu sukar menentukan tujuannya.
Setiap orang akan membawa sebahagian dari kenangan sebagai semangat. Dan dijadikan juga kenangan sebagai dendam. Ada yang menyimpan rapi di hati, di jaga dan di baja agar ianya tetap segar. Ada juga yang biarkan kenangan itu berlalu bersama detik masa, berterbangan dan bertaburan. Namun ada yang menutup setiap ruang kenangan dengan rapi, agar detik kenangan itu tertanam dan bernesan tanpa nama.
Disebalik kenangan, bukan kesilapan masa yang datang. Mungkin sesuatu yang berlalu amat bernilai untuk di kenang, amat sayang untuk dibuang, dan amat pedih untuk di simpan. Ingat itu akak...
Adakalanya Ujang tahu akak terlupa untuk menoleh setelah apa yang akak lalui. Namun dengan tidak sengaja, akak cuba mencari nostalgia yang telah lama akak tinggalkan. Mungkin kerana terlalu rindu saat itu, atau akak di ingati semula memori itu dengan bertemu keadaan yang baru..
Ujang tahu akak bukan ingin mencari nostalgia lampau yang telah akak kuburkan bertahun-tahun lamanya. Cuma detik ini, tiba-tiba, datang menerjah di kotak minda akak kan??..Di saat akak sering menyatakan, damaikan hati ini..hilangkan resah di dada ini..
Ujang juga tahu akak, bukan mudah untuk meringkaskan sesuatu kenyataan yang panjang lebar yang telah tersimpan bertahun-tahun lamanya. Janji yang melibatkan ungkapan dan restu dari kedua pihak..Berjanji itu satu akad yang perlu di laksanakan..kadang-kadang bila kita banyak berjanji maka akan kerap pula memungkiri. Kenangan lalu akan sentiasa menghantui. Ia datang menagih janji yang tidak pernah dilunaskan. Ia datang bagai mimpi. Datang dalam perasaan dan selamanya ia boleh jadi satu beban emosi... Ingat kak...Setiap pilihan dan keputusan itu ada harganya..
Ujang juga tahu akak sering cuba melarikan diri apabila perasaan dan emosi terganggu..boleh akak berhenti seketika daripada terus berlari dan terkejar-kejar..?? Pengalaman lalu memang satu petunjuk terbaik yang boleh mendewasakan. Tapi tak boleh selamanya menggalas beban kenangan kerana akan membuat akak selalu menoleh ke belakang, lantas memperlahankan langkah ke hadapan....
Akak orang yang luka hatinya, perlu didorong bukan didesak atau dipaksa. Maka nak jatuh cinta bukan senang, kadangkala sekali seumur hidup. Semakin banyak di pelajari, semakin banyak tidak mengerti...Hakikatnya akak sering mahu sesuatu yang sempurna, namun akak jarang untuk berkorban..kadangkala perkara terbaik di dunia tidak boleh di lihat atau dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dengan hati..
"Walau Ujang masih tidak nampak jelas, namun cahayanya sudah cukup menyimbah dipermukaan bumi kak."
" Andai Ujang dapat tunaikan janji..tentu terbangnya setinggi awan"
Posted by Ujang_MD ::
10/10/2007 11:45:00 PM ::
0 Comments: