Malam demi malam bagi manusia adalah umur bagai kendi air yang terus mengucur. Menggulung usia memakan raga air habis kendi pun kering kerananya. Bila kesedihan menusuk dalam fikiran , hari yang pendek terasa lama berakhir. Sebaliknya, bila kebahagian yang ada, hari yang panjang, pendek bersamanya.
Hari demi hari silih berganti, malam demi malam saling mengikuti. Begitu seterusnya, Ujang adalah musafir yang sedang menelusuri perjalanan yang ditemani sang waktu hingga akan sampai pada titik akhir perjalanan. Waktu......akan sentiasa bergerak dan berjalan tanpa ia akan mengenal apa itu berhenti. Sanggupkah Ujang mengimbangi jalan waktu yang kiat terasa cepat, akan tetapi juga terasa lambat ia bergerak.
Siang dan malam bergulir senantiasa mengubankan yang muda, memfanakan yang tua. Jika malam telah tiba, itu pertanda hari telah tua.. lalu datang lagi hari yang muda. Apapun Ujang semakin tua..
Posted by Ujang_MD ::
1/29/2008 05:13:00 PM ::
0 Comments:
Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih ... Ujang tergolong dari yang mana yer?? Hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati. Hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....
Antara kawan dan kekasih yang mana harus Ujang pilih? Kawan pengubat kesunyian, Kekasih penyembuh kelukaan... yer ker penyembuh kelukaan?? lagi terluka adalah. Antara kawan dan kekasih yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu, kekasih tempat bermadu.
Antara kawan dan kekasih keduanya tak boleh Ujang sisih. Kawan menghulurkan bantuan, kekasih menghulurkan sokongan. Antara kawan dan kekasih keduanya Ujang harapkan. Kawan sekuntum senyuman, kekasih sepenuh perhatian
Antara kawan dan kekasih, bilakah akan Ujang temui. Kawan sejujur kata, kekasih setulus setia. Andai kawan itu kekasih Ujang. Andai kekasih itu kawan Ujang, akan Ujang hadiahkan sedalam lautan, setinggi kayangan kasih sayang yang tiada sempadan...
Posted by Ujang_MD ::
1/28/2008 08:52:00 PM ::
0 Comments:
Dua malam lalu Ujang berjanji pada diri. Ujang mahu memulainya lagi. Setelah hitungan bulan mungkin tinggalkan ayat2 suci. Padahal Ujang tahu Dia takpernah tinggalkan Ujang sendiri.
Dan malam ini Ujang ingat lagi, niat lain dalam hati yang masih terpatri. Kelak bila ijab kabul terjadi, biarkan Ujang sendiri walaupun mungkin lirik tak semerdu, tak sekhusyuk dan tak terpuji.
Dan ingin Ujang sepenggal hati disamping diri sendiri dimana kelak akan menguraikan erti. Ujang berjanji pada diri , pada Rabbi..
Posted by Ujang_MD ::
1/26/2008 04:05:00 PM ::
0 Comments:
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Sebaliknya kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .
Kawan yang baik akan mem’post’ cerita ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita. Ujang masih mencari...
Posted by Ujang_MD ::
1/25/2008 09:46:00 PM ::
0 Comments:
Sendirian Ujang merenung..... Merenung ke dalam hati Ujang sendiri.
Pergolakan dalam hati yang tiba-tiba saja mengunjungi..
Membuat Ujang rasa tak menentu.
Mahu saja Ujang berlari menyusuri pantai tiada penghujung.
Mahu saja Ujang terbang melayang bersama burung-burung.
Di langit tinggi Ujang bersembunyi.
Moga hati tak lagi begini. Ingin Ujang mengerti, ingin Ujang memahami.Ada apa di dalam hati Ujang ini....
Posted by Ujang_MD ::
1/23/2008 04:17:00 PM ::
1 Comments:
It's hard days in the past few days, so much thing to do in a limited time. Sangat berat hidup ini ketika menghadapi permasalahan yang baru, yang belum pernah dirasakan. Perjuangan untuk mencapainya sangatlah sulit penuh dengan pengorbanan.
Ujang rasakan belum menemukan siapa diri Ujang sebenarnya, kadang kala Ujang lupa siapa diri Ujang, untuk apa Ujang hidup dan apa yang Ujang inginkan. Perasaan ini muncul kala Ujang terjebak dalam masa lalu, masa yang sangat berbekas dalam diri Ujang. Sangat lucu memang ketika fikiran ini kembali ke masa lalu masuk dalam mimpi-mimpi Ujang, gembira sangat.
Kini Ujang terjebak dalam "feeling", terkadang "feeling" tersebut mengatakan dalam hati Ujang sesuatu yang tidak Ujang inginkan namun terkadang pula mengatakan apa yang Ujang inginkan. Tidak setiap "feeling" tersebut merupakan kenyataan, namun Ujang tak dapat menghindari untuk memikirkannya. Aku bukan detektif sehingga Ujang tak mampu untuk mengatasi "feeling" ini, yang dapat Ujang lakukan hanyalah menunggu, menunggu Allah membukakan tabirnya kepada Ujang.
Terkadang Ujang suka melihat-lihat sifat shioku, Ujang cari apakah ada yang sesuai dengan diri Ujang, beberapa yang memang Ujang rasakan sesuai namun sulit untuk Ujang merubahnya ke yang baik. Kini ... Ujang hanya boleh mencari peluang untuk menjadi lebih baik. Bingung .... hanya itu yang Ujang rasakan pada saat ini..
Posted by Ujang_MD ::
1/22/2008 08:57:00 PM ::
0 Comments:
Tengok gambar tu nak tergelak juga Ujang... Tapi itulah hidup orang bujang kan?? Kena berdikari sendiri untuk makan.. Kalau tak lapar saper yang susah?? Ujang sendiri juga yang susah... Beginilah nasib orang bujang.. Kesian.. Tapi dalam sebak tu rasa terhibur juga hati nih..
Aduh.. amat menyayat hati tengok kawan Ujang tengah masak.. Huwaa.. di pakainya Topi Keledar.. katanya buat "Shield" supaya matanya tak terkena percikan lada yang di tumbuknya.. Alahai.. kalau macam ni lah hidup orang bujang kan?? Hmmm... Terfikir Ujang sendirian.. Alahai... nasib badan...
Posted by Ujang_MD ::
1/21/2008 08:48:00 PM ::
10 Comments:
Semalam perasaan Ujang melayang jauh....dan semua kenangan lama bertaut kembali. Semua kenangan manis dan pahit datang kembali. Setelah lama merenung jauh, banyak yang Ujang fikirkan kembali. Kesilapan yang pernah Ujang buat, kejayaan yang pernah Ujang dapat, kekecewaan yang pernah Ujang rasai, kesedihan, kekalutan dan bermacam-macam kenangan datang menyerbu serentak.
Ujang sedar dalam pada Ujang membesar selama ini, Ujang rasa Ujang dah banyak berubah. Walaupun hati Ujang mengatakan Ujang tak pernah berubah tapi sebenarnya banyak yang Ujang dah ubah. Penampilan, gaya percakapan, pemikiran dan juga Ujang punya perangai.
Ujang mengakui Ujang ni menjadi lebih leka dan malas, lebih baik dari dulu dalam sesetengah hal, lebih jahat dari dulu dalam sesetengah hal juga, cuba untuk menjadi seorang yang baik walaupun Ujang pernah cakap orang baik selalu kalah. Berat badan merosot, rasa hasad dengki makin banyak, rasa timbang rasa makin kurang......ah, teruknya Ujang ni. I'm such a bad man.
Ujang akui dalam dua tiga tahun ni Ujang makin kurang bertimbang rasa terhadap orang lain, mungkin kerana Ujang banyak kali dikhianati. Ujang menjadi lebih rendah diri, Ujang kurang semangat, emosi yang kelam kabut....dan segala macam kekalutan hidup. Dan sekarang Ujang mengerti, bukan mudah nak melalui jalan hidup ni, macam-macam perkara yang berlaku telah mengubah Ujang.
Sikap yang tak pernah berubah yang sangat Ujang kesali adalah.....Ujang ni sangat memikirkan ke hadapan.. yang tak pernah terlintas di fikiran.. berimaginasi tentang perkara negatif... ah....bila la Ujang boleh buang sikap ni dari dalam diri Ujang. Sukar mulanya untuk Ujang tulis semua ini tapi setelah berfikir panjang, Ujang rasa orang yang kenal Ujang patut tahu siapa Ujang yang sebenarnya.
Apapun yang Ujang cari, bayangan sendiri yang Ujang temui. Ketika Ujang mencari diri sendiri, bukan diri Ujang yang Ujang dapati... oH........
Posted by Ujang_MD ::
1/20/2008 08:20:00 PM ::
1 Comments:
Ada orang bertanya Ujang , apa yang Ujang belajar dari pengalaman?? Hmm mengeluh panjang Ujang nak menjawab. Pengalaman menentukan masa kini dan kalau kita sukar memahami masa kini, bermakna kita kurang memahami pengalaman..kerana pengalaman merupakan sejarah perjalanan yang dikutip sepanjang kehidupan... Betul tak?? Tapi kenapa Ujang tak boleh pegang pada ayat Ujang berdasarkan pengalaman??
"I once was lost but now I am found...was blind, but now I see.."
Posted by Ujang_MD ::
1/19/2008 11:51:00 AM ::
0 Comments:
Tadi, sudah berlaku suatu perkara yang sejelas-jelasnya tak patut dibuat. Tapi, nampaknya diri ini masih belum kuat untuk menolak. Masih sanggup menggadaikan prinsip semata untuk sedapkan hati orang, sedapkan cara hidup mereka. Kenapa payah sangat untuk menerangkan perkara yang sebenar? Kan bagus kalau Ujang dapat larikan diri dari tempat ni, sekarang. Lari ke tempat lain. Cari tempat tinggal lain. Lari. Bosan. Penat.
Makanan tak terjaga. Pergaulan tak terjaga. Percakapan tak terjaga. Tak terdaya. Cuma, jalan penyelesaian ialah mengasingkan diri di dalam bilik. Untuk berbaik dengan mereka. Namun, sejauh mana? Kesilapan besar untuk buat keputusan tinggal bersama mereka? Silap. Risaukan sangat dengan soal bayaran sampai sanggup tinggal di sini.
Sekarang, rasa tersepit.... Tapi, perkara sudah berlaku. Cuma sekarang, walau apapun, kebenaran perlu dijelaskan. Perlu berterus-terang. Diri yang tersepit, bukannya mulut. Jangan biar hawa biarkan mulut menghalang luahan hati, luahan kebenaran.
Ya Allah, kurniakanlah Ujang kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Yang dikelilingi dengan pelbagai bentuk dugaan. Tentu ada hikmahnya semua ini. Moga Ujang ada keteguhan iman. Moga penyesalan ini tidak Ujang sisihkan tapi Ujang jadikan pedoman, penggerak.
Bagaimana ingin Ujang majukan orang lain bila Ujang mundur? Astaghfirullah
Posted by Ujang_MD ::
1/18/2008 09:28:00 PM ::
2 Comments:
Menulis itu resah yang bahagia, duka yang indah....."
"Segala yang dihasrat, tapi tak dapat, adalah nikmat, yang paling padat....."
Dah lama Ujang simpan benda ni... Tak pernah terfikir nak letak kat blog ....tapi tak tahu kenapa hari ni baru Ujang terasa nak publish kat sini.. Bagi Ujang ia sesuatu yang unik... Apa yang Ujang tulis... Mungkin dari segi penyusunan, penggunaan kata atau cara penulisan banyak kekurangannya sebab Ujang bukan penulis.. tetapi bagi Ujang ia antara perkataan - perkataan yang cukup ikhlas dan jujur kerana segala yang Ujang tulis adalah berdasarkan perasaan & apa yang betul - betul terlintas di fikiran Ujang ketika itu tanpa sebarang pembetulan.... Bukan untuk bermegah - megah tapi untuk berkongsi bersama bahawa... setiap yang lahir dengan jujur dan ikhlas adalah lebih bermakna dari keindahannya....
Tatkala Ujang selesai dengan coretan ini, seakan titis–titis embun seakan– akan mahu berlalu pergi… Berlalu meniggalkan Ujang entah ke mana… Semoga kesayuan dan kesedihan Ujang juga berlalu pergi bersama titis–titis embun itu…. Amin..
Posted by Ujang_MD ::
1/17/2008 09:08:00 PM ::
0 Comments:
Ujang pernah menemui satu cinta. Cinta yang sangat dalam. Namun cinta ini membuatkan Ujang kelam. Jua terus tenggelam. Lantas Ujang bertanya kepada diri sendiri.
Apakah bukan cinta ini yang Ujang cari?
Apakah Ujang tersalah erti?
Mengapa hari - hari Ujang terasa sangat babi.... sorry teremosional.. Ujang melihat manusia- manusia yang sangat keji.
Adakah kerana Ujang juga keji?
Mengapa hari - hari Ujang sangat anjing. Ujang melihat manusia- manusia yang hancing.
Adakah kerana Ujang juga hancing?
Ujang melihat manusia ketawa. Ujang melihat manusia bahagia. Ujang melihat manusia berduka. Ujang melihat manusia kecewa.
Hampa adalah satu perasaan yang paling bahaya. Ujang takut. Untuk tidak hampa, Ujang berhenti berharap pada semua.
Posted by Ujang_MD ::
1/16/2008 08:27:00 PM ::
0 Comments:
Ujang harus siap menghadapi hidup ini, apapun yang terjadi. Hidup di dunia ini hanya satu kali, Ujang tak boleh gagal dan sia-sia tanpa guna. Tugas Ujang adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar, perkara apapun yang terjadi Ujang serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu yang terbaik bagi diri Ujang.
Ujang harus selalu sedar sepenuhnya bahawa yang terbaik bagi Ujang. Bahkan sangat mungkin Ujang terkecoh oleh keinginan dan harapan Ujang sendiri. Pengetahuan tentang diri Ujang atau tentang apapun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segala-galanya. Sekali lagi betapapun Ujang sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati Ujang harus dipersiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan Ujang. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi Ujang.
Ujang harus rela dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, yaa… inilah kenyataan dan episod hidup yang harus Ujang jalani. Ujang harus menikmatinya, dan Ujang tak boleh larut dalam kekecewaan. Kecewa dan sakit hati tak akan merubah apapun selain menyengsarakan diri Ujang sendiri. Sedih begini, tak sedih juga tetap begini. Hati Ujang harus menerima kenyataan yang ada, namun tubuh serta fikiran Ujang harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini. Bila nasi telah menjadi bubur, maka Ujang harus mencari ayam, kacang polong, kicap, bawang goreng dan sambal agar bubur ayam special tetap dapat Ujang nikmati.
Ujang tak boleh mempersulit diri. Ujang harus yakin bahawa hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus-menerus dan tak mungkin juga malam terus-menerus, pasti setiap kesenangan ada penghujungnya begitupun masalah yang menimpa Ujang pasti ada akhirnya, Ujang harus sabar menghadapinya. Ujang tak boleh menzalimi diri Ujang sendiri, dengan fikiran buruk yang mempersulitkan dan menyengsarakan diri, fikiran Ujang harus tetap jernih, tenang dan profesional.
Ujang harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tak menyelesaikan bahkan sebaliknya hanya akan menambahkan masalah. Semua harus dengan tegar Ujang hadapi dengan baik, Ujang tak boleh menyerah, Ujang tak boleh kalah. Mesti segala sesuatu akan ada akhirnya, begitupun persoalan yang Ujang hadapi seberat apapun seperti yang dijanjikan Allah dan sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji yang tak pernah mungkin dimungkiri Allah SWT.
Posted by Ujang_MD ::
1/15/2008 08:44:00 PM ::
0 Comments:
Perjalanan waktu amat pantas Ujang rasakan..perkenalan Ujang yang belum setahun jagung membuatkan Ujang dihargai..dia membuka ruang dihati ini untuk mengenali lebih dalam lagi siapa diri ini..terima kasih atas kepercayaanmu terhadap Ujang...
Yeo... perkenalan kita, Ujang rasa bukan dirancang..tapi lahir dari hati yang tulus..entah mengapa hati ini terlalu ingin mengenalimu..perasaan ini mendapat sambutan darimu..namun Ujang kurang yakin dengan huluranmu..kerana Ujang sedar siapa Ujang..Ujang bukan kumbang idaman bunga dan Ujang tidak mempunyai apa2 untuk dibanggakan melainkan kebanggaan Ujang sendiri... namun kau tampil dan beri semangat untuk Ujang..kau ingin Ujang menjadi diri Ujang sendiri.. jangan ada sifat kepura-puraan ..Ujang sedikit sebanyak mempunyai kekuatan itu...
Temanku Yeo.. walau kita berlainan bangsa dan agama.. kau tetap bersama Ujang. Hari berlalu tanpa kita sedari..kita mula bertukar cerita...setiap suka duka kita masa lalu kita kongsi bersama..kemudian kita juga menjadi penasihat diri kita sendiri..senangnya kita memulakan hubungan ini..detik dan waktu terus berputar...perasaan ini mula memberontak hendakkan sesuatu...dan dalam tidak sedar hati ini mula menyayangi dan merinduimu..Sebagai teman sejati. Hati dan perasaan ini tidak dapat dibohongi..lalu Ujang utarakan padamu hasrat yang terpendam...
Teman, Lewat waktu berlalu..pintu hati ini diketuk lagi..setiap bait kata2mu membuat Ujang memendam lagi perasaan itu..ingin Ujang luahkan lagi tapi Ujang tak berdaya...lalu Ujang sabarkan hati ini...
Teman, Kau mula menghulur salam kasih dan rindu buat Ujang..kau tahu bertapa gembiranya Ujang, kerana perasaan Ujang kali ini dapat kau rasakan...airmata gembira mula bergenang dikelopak mata Ujang...
Teman, Ujang ingin menjadi yang terbaik buatmu...Ujang ingin menjadi penasihat agungmu..Ujang ingin berada disisimu tika dan saat ini...namun Ujang tidak punya apa2 untuk memenangi hatimu...tapi teman, Ujang tidak suka kalau ada insan lain yg menganggapmu yang bukan2 dan sering melukai hatimu...Ujang ingin kau terus gembira kerana Ujang tahu siapa engkau dan bagaimana keadaan kau sekarang...Ujang ingin membelamu namun Ujang tidak kuat untuk melakukannya... sebaliknya kau bagi Ujang nasihat, bagi Ujang kekuatan..sedangkan yang harus menerimanya adalah engkau...Ujang sering memberikan kau kesedihan...kenapa..sukar untuk Ujang luahkannya disini..tapi hanya kau yang mengerti..
Teman, Tahukan engkau, bertapa Ujang sayang padamu..seringkali Ujang ungkap perkataan ini terhadapmu.. begitu juga engkau...sayang kita meluas, begitulah katamu..teman, hari2 yang Ujang lalui ini Ujang terasa bahagia bersamamu..ingin Ujang miliki hari ini dan selamanya bersamamu...namun apalah daya Ujang..kita hanya mampu menghayalkan sesuatu itu milik kita selamanya... hanya itu yg mampu kita lakukan
Teman, Sekali lagi Ujang ingin meluahkannya disini bahawa Ujang benar2 menyayangimu, itu bukanlah satu kepura-puraan..teman, Ujang ingin terus berada disisimu biarpun jarak memisahkan kita.. walaupun kau berada jauh namun kau sentiasa dihatiku..
Teman, Aku mohon padamu..jangan kau ulangi kata2 itu...kerana selagi hayat dikandung badan Ujang tetap ingin menjadi sebahagian dari hidupmu...dan teman, terima kasih kerana memilih Ujang menjadi sesiapa saja dihatimu..Ujang sangat menghargainya..
Teman, Ujang harap kau tabah menghadapi hari2 yang berlalu...Ujang sentiasa mendoakan agar kau sentiasa mendapat tempat disisi Tuhanmu...dan ingatlah bahawa Ujang benar2 gembira diketemukan denganmu..dan rindu Ujang bukannya palsu...
Posted by Ujang_MD ::
1/14/2008 07:38:00 PM ::
0 Comments:
Tuhan… Walau kemana pun Ujang berlari Walau kemana Ujang pergi Walau Ujang terbang tinggi Namun Ujang tetap begini Mengharapkan ehsanMU Ilahi Dalam mengejar cinta ini Yang sarat dengan rindu hati
Posted by Ujang_MD ::
1/13/2008 08:34:00 PM ::
0 Comments:
Puas sudah ku tanam padi Senduduk pula tumbuh dahulu Puas sudah ku pujuk hati Merajuk rindu orang tak tahu...
Adakalanya sepi itu akan datang tanpa di undang, lalu menjemput rindu dan mencalarkan hati yang tersiksa..Andainya takdir dan waktu dapat diputarkan kembali, pasti Ujang mencari apa yang tertangguh selama ini...
Posted by Ujang_MD ::
1/12/2008 11:27:00 AM ::
0 Comments:
Kehidupan Ujang ini ibarat meniti perjalanan yang panjang. Kehidupan Ujang juga ibarat seperti membaca satu cerita yang tak pernah habis.Terlalu banyak langkah yang tersangkut dan tersasar dari landasannya. Terlalu banyak cerita yang perlu difahami. Terlalu banyak keputusan yang perlu Ujang buat. Terlalu banyak halangan dan permasalahannya. Ada perjalanan yang mudah, Ada perjalanan yang pendek, Ada perjalanan yang bermasalah, dan Ada juga perjalanan yang indah.
Ada masanya Ujang berjalan agak laju kerana mungkin jalannya lurus tanpa ada halangan. Langkah Ujang diatur dengan mudah dan teratur, tanpa perlu menoleh kebelakang. Ada ketikanya, perjalanan itu terpaksa Ujang berhenti seketika, kerana memberi ruang untuk insan lain melaluinya, mungkin kerana mereka lebih penting untuk sampai ke destinasinya. Kadangkala langkah Ujang tersangkut dan tersaduh, lalu tersungkur, mungkin kerana Ujang tidak perasan laluan itu terdapat halangan dan lubang-lubang yang tertimbus oleh daun-daun kering. Ada ketikanya, laluan Ujang terhalang, bukan kerana memberi laluan pada insan lain, bukan kerana halangan fiziakal yang nyata, tapi kerana keadaan jurang yang terlalu merbahaya untuk meneruskan langkah. Lalu Ujang berpatah balik.
Biar bagaimanapun langkah Ujang, biar bagaimanapun kepayahan laluan Ujang, setiap detik yang Ujang lalui, pasti tertinggal satu kenangan bersamanya. Bagaimanapun langkah yang Ujang pilih, laluan mana pun yang Ujang tuju, pasti Ujang temui beberapa persimpangan dan suasana yang perlu Ujang simpan bersamanya. Kekadang Ujang menemui kegembiraan, kecantikan, keunikan dan seringkali juga Ujang terpaksa berdepan dengan kesukaran, kesedihan dan kegagalan.
Namun seringkali Ujang tewas bila diuji. Seringkali tersasar bersama kesedihan kerana kepayahan. Ada masanya Ujang menyesal kerana kegagalan. Tapi tidak menyedari, Ujang akan diberikan sesuatu yang lebih indah darinya.
Moga setiap jalan yang Ujang pilih nanti, akan membawa dan meneruskan perjalanan ini dengan mudah dan berjaya hingga sampai kedestinasinya. Setiap tujuan yang diharapkan, pasti menanti satu harapan dipenghujungnya. Setiap kesedihan yang ditinggalkan akan memberikan satu pengalaman bagi diri Ujang....
Posted by Ujang_MD ::
1/11/2008 12:00:00 AM ::
1 Comments:
Dah 10 hari Ujang tinggal kat Sungai Buloh nih.. dah macam-macam Ujang lalui. Ujang sekarang nih masih tak larat nak menulis banyak-banyak.. tapi hati ni tetap memberontak nak menjengah juga blog Ujang yang dah seminggu lebih Ujang tinggalkan. Entah lah apa nak jadi dengan Ujang nih.. Maksud Ujang perihal kesihatan Ujang yang terbantut lagi..
Semasa berada di Terengganu.. hampir sebulan lebih Ujang tak mengalami demam.. tapi bila Ujang datang kat sini.. dah datang balik demam Ujang.. adakah di sebabkan oleh enviroment kat sg buloh nih?? ataupun?? Arghh Ujang pun pening.. malas nak pikir.. hampir 5 hari Ujang demam tak boleh nak bangun.. Ujang seorang.. seksa rasanya.. Ujang tak pernah demam macam nih.. malam-malam tak dapat tidur..tonsil pulak makin menjadi-jadi.. bukan sajer tak dapat nak makan.. nak cakap pun asyik keluar air liur sahaja..
Ujang dah tahan lagi.. 2 kali Ujang jumpa doctor.. di beri suntikan dan macam-macam ubat.. tapi demam ujang masih sama.. suhu masih 39+. Memang tinggi suhu.. Ujang dah tak tahan.. telefon Makcik Zainung.. last-last dua beranak menangis.. jauh.. Mak nak tolong macam mana.. Masa ni lah Ujang pikir.. kalau mak ada disisi Ujang time sakit nih.. mesti seronok.. Mak akan jaga Ujang.. mak akan suap Ujang makan.. mak akan mandikan Ujang.. tapi kat sini.. semua Ujang kena buat sendiri.. Ujang kena mandi sendiri walau tak larat. Ujang kena makan sendiri walaupun Ujang tak ada daya kudrat.. Pada siapa Ujang nak mengadu nasib Ujang ketika ini.. airmata nih dah puas Ujang titipkan..
Hanya sendu.. Mak asyik telefon Ujang bertanyakan khabar.. Ujang tahu mak risau.. tapi apa yang boleh mak buat.. terus terang Ujang cakap.. Ujang tak puas dengar suara mak.. Ujang nak mak di sisi Ujang.. Ujang nak mak usap rambut Ujang seperti selalu... tengah tengok tv pun mak gosok- gosok kepala Ujang... Ya Allah Ujang rindukan saat ini.. ohh air mata Ujang nak jatuh lagi.....
Posted by Ujang_MD ::
1/10/2008 01:21:00 PM ::
0 Comments:
Ini merupakan permulaan entry bagi tahun 2008... Ujang pun sekarangd ah ada di sungai buloh. Ini Ujang curi-curi masa menulis sikit. Ujang boring betul asyik mendengar taklimat sempena minggu orientasi yang berlangsung selama 1 minggu nih. Semester nih Ujang ambil 5 subject sahaja.. Tak banyak yang Ujang ambil.. paling mencabar subject food poisoning lah.. paling Ujang takuti.. campur dengan tak minat.
Ujang sedih sangat hari ni.. minda nih asyik duk teringat kat kampung jer..Macam manalah Makcik Zainung kat kampung yer? Ujang rindu sangat. Mak... OOOO.. Mak.. macam manalah Ujang nak hidup nih.. Ujang kadang-kadang geram dengan diri Ujang nih.. Tak pernah nak tetap pendirian. Sebab tu Ujang tak suka pulang ke rumah.. pasti bila nak pergi nanti.. Ujang buat hal..,. memang pasti punya. Jadi Ujang lebih suka tak pulang senang,.. tak sakit jiwa merindu.. Arghhh Ujang bosan duk kat sungai buloh nih.. memang bosan tahap gaban.. nak balik tak boleh.. dah tertekan sangat nih.. adusss
Posted by Ujang_MD ::
1/02/2008 02:39:00 PM ::
1 Comments: