"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, January 24

HANCUR HATIKU

Bagi Ujang, kawan itu ibarat lebah... Habis madu sepah di buang...

Kawan itu umpama bunga ros... Dipandang cantik dipegang,tercucuk duri harus...

Ujang terfikir lagi..kawan itu umpama ular, Mematuk..membelit..menular...

Kawan juga seperti air... Keruh atau jernih,tetap sahaja mengalir...

Ujang tafsirkan lagi, kawan itu bak bulan purnama... Dipuja dan disanjung,tapi nun jauh di sana...

Kawan juga macam makanan... kawan makan kawan!!

Ujang juga mentafsirkan juga kawan itu seperti lembu... Mengikut sahaja tak kira waktu...

Kawan tak ubah macam durian... Bau saja busuk tapi sedap dimakan...

Kawan itu macam biskut... Sekejap ada sekejap tak ada...

Masih juga Ujang menomah, kawan itu tak kisahlah macam mana... Asal dia terima Ujang seadanya...


Tapi semalam hati Ujang hancur kerana seorang kawan.. terluka sangat.. Entahlah..!! Patut Ujang nokhtah di sini!!

Posted by Ujang_MD :: 1/24/2008 08:46:00 PM :: 3 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.