"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, February 14

PERTANYAAN

Hidup Ujang ini boleh di ketegorikan seperti layang-layang. Tunggu masa untuk terlepas dari talinya.. Ujang berfikir lagi.. kenapa Ujang letakkan diri Ujang di situ?? Adakah kerana terlalu kecewa dengan arus kehidupan?? Atau itu hanya sekadar angan-angan??

Bila Ujang sebut pasal angan-angan... terlintas di fikiran Ujang lagi... Sungguh indah jika hidup di alam ini. Bebas.. fikirkan apa sahaja.. pasti ujang dapat gapainya.. Tapi angan-angan dapat menyelimuti perasaan?? Dapat membawa pada perubahan??

Perubahan!!! Banyakkah perubahan yang Ujang buat untuk diri Ujang?? Terus terang Ujang cakapkan.. Ujang hanya petah membicarakan daripada melaksanakan. Betulkah tindakan Ujang?? Patutkah Ujang di persalahkan keatas diri Ujang sendiri. Ujang sedari.. tiada siapa yang akan dapat mengubah diri selain tuan empunya badan sendiri.. Ujang ketahuinya.. tapi kenapa Ujang tak pernah buat?? Mungkin Ujang sudah tidak berperasaan??

Perasaan... bodoh jika Ujang cakap Ujang tak ada perasaan.. Apa yang Ujang garapkan di sini buka satu keluhan yang datang dari sebuah perasaan??? Atau Ujang cuba bermati-matian menafikan apa yang dah termaktub di fikiran?? Ah.. malas nak fikir.. pening kepala Ujang makin menjadi-jadi.. makan ubat pun dah tak jadi..harap cepat sembuhlah penyakit Ujang nih..

Posted by Ujang_MD :: 2/14/2008 11:50:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.