"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, February 16

TERMENUNG

Bila duduk keseorangan.. pasti kenangan lama menggamit fikiran. Masih ingat agenda Ujang dengan Mak.. masih segar di ingatan. Mak, Ujang benar-benar minta maaf. Ujang tidak pernah berniat untuk membuatkan hati mak risau. Kalau boleh, mahu sahaja Ujang hukum diri Ujang kerana menangis di hadapan mak secara tiba-tiba. Itulah kali pertama Ujang menangis di hadapan makcik Zainung, semenjak Ujang bergelar seorang remaja. Dan Ujang akan cuba pastikan, itu juga adalah kali terakhir.

Mak jangan risau. Memang pada hakikatnya hati Ujang sangat mudah tersentuh dan terluka, dan air mata pula sangat mudah datang untuk menemani. Namun mak yakinlah, masih tersimpan secebis kekuatan dalam diri Ujang untuk tetap berdiri di kala diri ini lemah. Biarpun adakalanya Ujang rebah, Ujang masih mampu bangun kembali berbekalkan semangat juang yang mak tiupkan ke dalam diri Ujang. Mak, mak adalah insan yang paling bernilai dalam hidup Ujang. Namun Ujang harap mak faham, Ujang tidak mahu menambahkan kerisauan di hati mak dengan menceritakan segala masalah dan kesedihan yang Ujang rasai. Biarlah Ujang laluinya sendiri.

Ujang ada kawan-kawan, dan sahabat yang Ujang percayai. Mak, kadang-kadang Ujang sendiri tidak mengerti, kenapa hati Ujang mudah benar merintih. Adakah mak selalu menangis semasa mak mengandungkan Ujang dulu? Biar apa pun sebabnya, Ujang yakin, Tuhan ada tujuan-Nya sendiri menjadikan hati Ujang begini. Mak, Ujang mohon maaf atas segalanya. Ujang berjanji, Ujang akan tetap tabah, biar apa pun ujian yang menimpa. Untung sesiapa ada ayah yang penuh dengan kasih sayang kan?? Ingin sesekali Ujang.. ahh mustahil... tersenyum Ujang kenangkan kisah lama.

Posted by Ujang_MD :: 2/16/2008 02:47:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.