"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, August 16

BI2006 - WEEK 3 ASSIGNMENT!!

"BI2006 - Week 3 Assignment "
Can a man love two women at the same time?
And vice versa;
Can a woman love two men at same time?"

Apa yang ingin diperbincangkan kali ini berkaitan dengan hati manusia. Bukan 1 malah 2 hati yang perlu diberi pertimbangan agar kedua2nya mendapat keadilan yang sewajarnya.

Jika didefinasikan ke dalam bahasa Malaysia, "Love" membawa maksud “sayang” atau “cinta”. Kedua2 definasi ini digunakan didalam situasi yang berbeza. Contohnya, kita tidak pernah mendengar seorang anak bercinta dengan ibunya, nauzubillah. Tetapi kita biasa mendengar seorang anak menyayangi ibunya. Manakala, jika cinta itu hadir, ia perlu hadir secara total dan jika cinta itu tiada, itu bermakna cinta itu memang tidak wujud langsung. Bak kata orang Ingggeris, "there is a thin line between love and hate.." dan tiada perasaan yang boleh menggantikan cinta yang telah pergi itu…

Jika di definasikan love itu sebagai “sayang”, tidak salah jika seseorang manusia itu mempunyai sifat sayang yang luas dan tiada hadnya. Malah “sayang” itu sendiri merupakan salah satu satu daripada 99 sifat Tuhan yang terkandung di dalam Asma-ul-Husna iaitu sifat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa besarnya nilai “sayang” itu yang mana ianya amat2 diperlukan oleh setiap makhluk dimuka bumi ini. Malah setiap agama juga menganjurkan penganutnya supaya sentiasa berkasih-sayang kerana dari situlah nanti akan wujudnya keharmonian bermasyarakat.

Kita sebagai manusia juga tidak seharusnya membataskan perasaan “sayang” itu hanya kepada manusia seagama, malah ia perlu disebarkan kepada setiap bangsa dan keturunan, tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, orang kurang upaya, termasuklah juga haiwan, tumbuhan serta semua makhluk dimuka bumi ini. Cuma kita perlu berwaspada pada hieraki “sayang” itu sendiri kerana sayang pada ibubapa perlu diberi keutamaan sebelum “sayang” itu disebarkan pula kepada makhluk2 Allah yang lain. Ini adalah kerana keredhaan Allah terhadap “sayang” yang kita sebarkan pada setiap makhluk tuhan bergantung pada keredhaan Allah terhadap “sayang” yang kita curahkan kepada ibu bapa kita.

Seterusnya barulah kita boleh sebarkan kasih sayang itu kepada kekasih (suami/isteri), dan dibawahnya pula terdapat adik beradik, saudara mara, rakan2, jiran tetangga dan sebagainya. Jika dikecilkan skop kepada hubungan diantara dua pasangan manusia pula, di dalam Islam itu sendiri menggariskan perlunya ada sifat al-mawaddah warrahmah, iaitu satu sifat “berkasih-sayang” dan “sayang-menyayangi” antara dua pasangan suami isteri. Ini adalah untuk memelihara kerukunan dan keharmonian rumahtangga.

Sebenarnya, “sayang” itu lebih luas ertinya jika dibandingkan dengan “cinta”. Jika 2 pasangan manusia pada awalnya dikatakan sebagai ber”cinta”, selepas berkahwin, perasaan cinta itu sepatutnya dikukuhkan lagi dengan nilai-nilai kasih sayang agar ia terus kekal hingga ke akhir hayat. Sama ada kita sedari atau tidak, apabila manusia itu sudah tua, perasaan cinta itu sebenarnya hanya dapat di teruskan secara total dengan adanya perasaan sayang. Hakikatnya, orang tua masih boleh bercinta tetapi ianya lebih kukuh dengan perasaan saling menyayangi dan memerlukan antara satu sama lain.

Jika love itu didefinasikan sebagai cinta, ia membawa maksud yang berbeza. CINTA yang haqiqi sememangnya perlu diperuntukkan untuk Allah swt serta nabi Muhammad saw dan ianya melibatkan penyerahan diri sepenuhnya dan sifat penyerahan diri itu sendiri terlalu kompleks dan abstrak kerana ia melibatkan tingkatan iman. Manakala cinta sesama manusia membawa maksud satu hubungan yang terlalu istimewa dan melibatkan penyerahan hati, emosi, perasaan, fizikal dan batin kepada satu manusia lain yang sangat2 rapat dengannya. Berbanding dengan sayang, cinta ini sifatnya lebih kompleks dan halus sifatnya kerana ia melibatkan satu proses “penyerahan diri kepada satu pihak yang amat2 kita rapat dengannya.


Ya, memang boleh lelaki atau wanita itu memiliki dua cinta. Tapi soalan seterusnya, adakah akan berlaku keadilan? Jika ditanya adakah satu kesalahan besar sekiranya seorang lelaki mahupun seorang perempuan meletakkan dua cinta dalam hatinya pada satu2 masa, jawapan yang paling mudah ialah cuba kita teliti balik frasa ini :- “Buaya darat”, “lelaki playboy” dan “cinta tiga segi”.Ketiga-tiga frasa ini adalah antara contoh keadaan yang berpunca daripada berlakunya 2 cinta dalam satu hati pada satu2 masa. Dan cuba kita fikirkan, adakah gelaran “lelaki playboy” dan “buaya darat” itu merupakan satu gelaran yang baik? Apakah ekspression pertama kita bila dikatakan seorang lelaki itu lelaki playboy? Adakah nanti orang akan mendekati dan merebut cintanya? Sudah pasti tidak, bukan? Begitu juga dengan cinta tiga segi. Semua manusia cuba mengelakkan cinta tiga segi kerana ianya sangat menyakitkan dan memeritkan. Adakah sesiapa diantara kita secara ikhlasnya suka pada cinta tiga segi? Adakah seorang wanita sanggup berkongsi cinta suaminya dengan seorang wanita yang lain? Mungkin tiada bukan?...

Memang terdapat lelaki yang tidak kisah meletakkan 2 cinta dalam hatinya pada satu2 masa. Ini kerana sifat lelaki itu sendiri yang sememangnya “memberi” berbanding perempuan yang sifatnya “menerima”; maka terdapat lelaki yang tidak berapa kisah sekiranya ia “memberi” kepada lebih daripada satu penerima. Malah ia akan bertukar pula menjadi satu keuntungan dan keseronokkan baginya. Bila berlaku kes seperti ini, si lelaki perlulah bertindak rasional, bijak, sensitif serta menghormati hati dan perasaan pasangannya. Tiada wanita yang sanggup berkongsi cinta pasangannya dengan wanita yang lain. Jika adapun lelaki yang meletakkan 2,3 atau 4 hati dalam hatinya pada satu2 masa, biasanya mesti akan ada hati yang akan diabaikan dan dibiarkan terluka. Inilah hakikat yang berlaku pada janda2 serta madu2 dalam masyarakat kita. Pergilah ke mana2. Sifat benci, meluat, menyampah atau setidak2nya sifat redha (sampai ke tahap tak kisah dan lantak kau lah) mesti akan ada dalam hati serta jiwa setiap wanita2 janda dan madu ini…

Dan amat jarang pula kita mendengar satu wanita meletakkan 2 hati dalam hatinya pada satu2 masa. Jika adapun, hubungan seperti ini biasanya tidak disifatkan sebagai cinta yg melibatkan perasaan, tetapi lebih kepada cinta yang melibatkan nafsu, kepada rupa,kekayaan dan pangkat. Dan sememangnya situasi meletakkan 2 cinta dalam satu hati pada satu2 masa inilah akan lahirnya perkataan CURANG..

Tapi, soalannya sekarang, adakah boleh lelaki atau wanita itu boleh memiliki dua cinta orang. Jawapannya BOLEH. Cuma samada ianya adil atau tidak atau melibatkan nafsu yang lebih mementingkan rupa, kekayaan, pangkat, atau seks semata-mata, itu adalah isu lain yang sering dikelirukan dengan cinta nan suci.. Kalau ianya sudah dikelirukan dengan nafsu seks atau pangkat, itu bukan namanya cinta pada manusia lagi. Itu sudah cinta lain. Dalam hal ini kita perlu bertanya, adakah ianya cinta atau lebih pada nafsu. “Love or lust” kata Inggerisnya. Kalau lebih pada nafsu, baik lelaki atau perempuan, maka ketidakadilan akan berlaku.. dan sudah semestinya “cinta” yang di sangkakan cinta sebenar, tidak boleh dan tidak adil bagi pihak mana-mana pun.

Oleh itu, fikir-fikirkan lah apabila anda rasa anda sedang bercinta.. Adakah anda bercinta pada orang atau nafsu anda yang meluap lebih pada benda lain. Kalau cinta nan suci, apa salah nya. Memang boleh. Tapi suci kah dia? Hehehe.... berfikir sejenak...
Bolehkah cinta kepada dua perkara berada dalam satu hati???Pssttt!!!


Posted by Ujang_MD :: 8/16/2006 11:30:00 AM :: 5 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.