Satu minggu yang penuh dengan kesepian dan kerinduan.... Sepi kerana perbuatan yang menjadi rutin sejak sayang bergelar kekasih abg Ujang tiba2 tidak lagi menjadi rutin. Sepi kerana suara yang biasanya menyulami hari2 kehidupan sayang tidak lagi kedengaran... Sepi kerana madu dan racun tidak lagi sama2 menjadi rencah kehidupan dan saling mengubati tetapi hanya racun yang menjadi hidangan... Sepi seolah2 sayang menghadapi sebuah kematian... Sepi seperti amat mustahil untuk mengulangi kembali kegembiraan seolah-olah segalanya sudah mati dan dibawa pergi. Dan kini seperti hanya menunggu saat2 kematian sayang sendiri agar sayang dapat bersama2 dengan kegembiraan yang dah dibawa pergi tu untuk dinikmati di dunia yang lain...
Seminggu yang berlalu terus terasa sepi dan rindu..... Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri terlalu mengikut kata hatinya sendiri? Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang menghadirkan kesedihan yang berpanjangan? Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang menghadirkan rasa kelam yang berpanjangan? Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang membiarkan masalah berpanjangan sehingga kita sendiri pun penat dan pening melihatnya? Jika benarlah ada rasa sayang, mengapa manusia itu sendiri yang mempercepatkan proses perpisahan sedangkan memang sudah pasti akan ada satu masa nanti Tuhan Allah Azzawajalla sendiri yang akan memisahkan manusia dan menyebabkan manusia rasa sedih dan kelam yang berpanjangan?... Tak perlu difikir. Tak perlu diharap. Tak perlu dipinta. Memang sudah pasti Allah akan datangkan perpisahan dan kesedihan itu melalui kematian. Dan sudah pasti ketika itu nanti amat mustahil untuk kita mengembalikan kegembiraan yang pernah kita lalui.....
Kerana itulah sayang memohon keampunan dari abang. Sementara kita masih diberi peluang untuk saling memaafi dan melupakan segala yang sedih dan kelam, adalah lebih baik sayang gunakan peluang yang ada untuk sama2 bergembira. Memanglah sekali-sekala saat2 sukar itu akan terjadi, tidak kira dimana, bila dan dengan sesiapa pun - baik dengan rakan sekerja, kawan, keluarga, kekasih malah dengan diri sendiri. Dan memang tidak salah untuk membisu dan berdiam diri serta membiarkannya berpanjangan dalam sehari dua dengan niat untuk memberi pengajaran pada diri kita dan pada orang lain. Tapi, bila ianya dibiarkan berpanjangan berhari-hari, malah perasaan tu pulak terus dipupuk dan disemai, dari situlah nanti akan masuk hasutan syaitan yang akhirnya akan menyebabkan kita sendiri menyesal sampai ke akhir hayat. Mengapa kita perlu memilih sesuatu yang negatif dan bertemankan hasutan syaitan yang akhirnya akan menyebabkan kita menyesal sedangkan kita boleh memilih untuk mendapatkan kebahagiaan? Fikir2kanlah bang...
Seminggu terus berlalu.... Kesepian dan kerinduan makin sayang rasai..... Tolonglah bang.... sayang amat merindui abang. Sayang terima abg seadanya dan abg terimalah sayang seadanya... abg masih igt tak motto kita?... "Pasangan paling hodoh didunia, kan?"... Erm... Kenanglah saat2 manis kita. Selagi tuhan beri kita peluang untuk perbaiki diri, kita gunakanlah sebaiknya... Tak guna mempercepatkan proses kesedihan kerana realitinya kesedihan dan perpisahan itu tetap akan terjadi melalui kematian dan ketika itu sememangnya penyesalan sudah tidak berguna dan semua peluang telah tertutup....
"Dan seboleh-bolehnya kuingin mengikutmu. Walau ke lurah dalam, sanggup aku tenggelam. Demi kerana sayang, akan ku serah jiwa dan raga. Engkau saja yang sentiasa, bermain difikiran tiap masa dan ketika. Tak terlintas dihati ini, untuk curang kepadamu oh kekasih. Aku harap pendirian engkau juga, sama2 pertahankan kesetiaan. Walau diacuh belati tajam mengugutku, cinta aku kasih aku tetap untukmu..... hingga ke mati. Hanya itu mampu ku beri......"
Seminggu yang berlalu terus terasa sepi dan rindu.... Sepi kerana secara physicalnya memang Sal sendiri suka memerap dalam bilik selepas bergelar kekasih. Tidak mahu lagi jadi seperti dulu. Melepak dan berembun kat Damansara Uptown atau Bukit Bintang pada setiap malam minggu atau malam2 biasa bersama dengan kawan2 yang kelihatan seperti tiada komitmen pada kehidupan di hari tua. Asyik melepak - bersembang huha huha -balik rumah - penat - tido - esoknye pegi keja -balik keje - melepak lagi. Sesekali terfikir, takkan la sampai ke tua Sal nak buat macam tu. Memang seronok bila dapat merasai kebebasan seperti tu tapi hati ni tetap terasa kosong terutama bila tibanya saat2 tertentu. Bila tiba saat2 dimana Sal memerlukan seseorang yang paling hampir berada disisi - tidak kiralah hadir secara fizikal, melalui telefon, melalui sms ataupun hadir melalui internet, email, surat atau apa2 saja... Asalkan ada seseorang yang detik hatinya sentiasa hadir bersama dengan Sal, itu sudah cukup membuatkan Sal rasa ada seseorang yang hatinya sentiasa hadir dalam diri Sal - hatinya akan rasa rindu bila sayang rasa rindu, hatinya akan rasa sayang bila Sal rasa sayang, hatinya akan cuba untuk menggembirakan Sal apabila Sal bersedih atau kesepian, hatinya yang sedih atau kesepian pula akan gembira bila Sal cuba untuk menggembirakan malah hati Sal sendiri akan tahu bilakah dia memerlukan Sal untuk memenuhi tuntutan batinnya dan hatinya pun turut akan tahu bilakah dirinya diperlukan oleh tuntutan batin Sal. Sudah pasti realitinya keperluan2 seperti ini tidak mampu diperolehi dari seseorang yang bergelar "kawan" kerana akan ada satu, dua, tiga atau lebih perkara yang secara tabi`inya akan menghadkan perbuatan Sal dengan seseorang yang bergelar "kawan"... "Kawan" boleh mengutuk Sal sepuas hati sekiranya terdapat kelemahan pada diri Sal. "Kawan" boleh mentertawakan Sal sekiranya Sal terbuat silap. "Kawan" juga boleh bermanja2 "brutal" dengan Sal (bermanja2 romantic tak bolehlah sebab itu melibatkan perasaan). "Kawan" juga boleh mengatakan "i love u" pada Sal dan Sal juga boleh katakan "i love u" padanya (sudah pasti "i love u" ni untuk semua kawan dan tidaklah pulak untuk kawan2 yang terpilih dan "ada rupa" sahaja. Itu "I love u" ada "makna" namanya....). Malah "kawan" juga boleh menasihati Sal sekiranya Sal memerlukan nasihat darinya. Tetapi, adakah "kawan" mampu mempertahankan maruah Sal dari segala tohmahan kalau tidak kerana wang ringgit dan sebarang kepentingan? Adakah "kawan" mampu untuk mendukung Sal ke hulu ke hilir sekiranya Sal menjadi orang kurang upaya? Adakah "kawan" mampu untuk mencuci luka dan nanah yang ada ditubuh Sal sekiranya Sal memerlukan? Adakah "kawan" mampu untuk mencuci najis dan segala kekotoran yang ada dipunggung Sal sekiranya Sal memerlukan? Adakah "kawan" mampu untuk bersama2 dengan Sal sekiranya Sal dikelilingi oleh kekotoran dan kemiskinan? Sal selalu menilai sifat manusia dengan meletakkan diri Sal sebagai bahan eksperimen di mana-masa saja. Dan terbukti bahawa orang yang bergelar "kekasih" Sal sekarang sememangnya sifatnya itu lebih dari seorang "kawan". Tidak akan ada "kawan" yang sanggup turun beratus kilometer semata2 untuk meraikan kebahagiaan Sal tanpa mempedulikan masalah kerja dan emaknya yang sedang sakit, tidak akan ada "kawan" yang sanggup ponteng kerja semata2 nak memastikan dirinya ada bersama2 dengan Sal pada pukul 12 malam - **Jun, tidak akan akan "kawan" yang sanggup membuang kehidupan "malam"nya kerana ingin bersama2 melelapkan mata dengan Sal, tidak akan ada "kawan" yang sanggup berhabis wang ringgit turun ke Kuala Lumpur setiap bulan hanya untuk melepaskan rindu dengan Sal, tidak akan ada "kawan" yang sanggup tidur di atas pantai sambil memegang gambar dan mengenang kisah suka-duka di pantai yang sama malah tidak akan ada "kawan" yang sanggup "menjilat" kekotoran yang ada pada tubuh Sal...... Dan kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal tidak mentafsirkan dirinya sebagai "kawan" malah meletakkannya sebagai "kekasih" yang tempatnya nun jauh di lubuk hati Sal. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup driving JB-KL-KT directly berseorangan untuk bertemu dan melepaskan rindu dengannya. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup menemankannya dalam keadaan apa sekalipun. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup menyerah segala harta-bende dan berkongsi segala apa yang Sal ada dengannya. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup melupakan dulu sakit kencing berdarah mak kerana menghargai kesudiannya bertemu dgn Sal. Kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal sanggup serah sepenuhnya diri Sal sehingga tiada lagi istilah "top" dan "ego" dalam diri Sal..... Dan kerana tidak akan ada "kawan" seperti itulah Sal telah meletakkan dirinya sebagai "kekasih" yang layak memiliki diri Sal ni sepenuhnya... Dan sememangnya dia layak bergelar "kekasih". Kerana dia seorang "kekasih"lah Sal wajib bersedia mempertahankan maruahnya dari segala tohmahan dan bukan kerana wang ringgit atau sebarang kepentingan. Kerana dia seorang "kekasih"lah Sal wajib bersedia mendukungnya ke hulu ke hilir sekiranya dia menjadi orang kurang upaya. Kerana dia "kekasih"lah Sal wajib bersedia mencuci luka dan nanah yang ada ditubuhnya sekiranya dia memerlukan. Kerana dia "kekasih"lah Sal perlu bersedia berjaga ditengah2 malam untuk mendengar rintih sakitnya. Kerana dia "kekasih"lah Sal wajib bersedia mencuci najis dan segala kekotoran yang ada dipunggungnya sekiranya dia memerlukan. Kerana dia "kekasih" lah Sal wajib bersedia bersama2 dengannya sekiranya dia dikelilingi oleh kekotoran dan kemiskinan.... Dan bukannya hanya bersama dengannya di saat2 kegembiraan dan kesenangan... Kata hikmat melayu - "Kawan gembira senang dicari, kawan berduka sukar ditemui". Yes, memang benar kata2 hikmat. Kerana yang ditemui ketika berduka tu bukanlah "kawan" tetapi seseorang yang amat rapat dan bergelar "kekasih"... Erm... ntahlah. Seminggu yang berlalu penuh dengan kesepian dan kerinduan. ..:-(
Posted by Ujang_MD ::
9/10/2006 09:15:00 PM ::
0 Comments: