"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, September 9

Terseksa

Bahagia rasanya bila melihat abang sedang bergembira dengan mak. Baguslah. Semoga abg gunakan masa yang tersisa ni untuk melayan mak baik2. Semoga tuhan panjangkan usia makcik zainun. Dan semoga abang tabah dan bersedia sekiranya tuhan menjemput mak secara tiba-tiba. Sayang taknak abang jadi macam sayang. Rasa bingung dan terkapai-kapai bila tuhan jemput abah sayang secara tiba2 setahun setengah yang lalu. Terasa kehilangan yang maha dahsyat bila tuhan menjemput secara tiba-tiba orang yang paling rapat dan paling memahami sayang. Rasa menyesal yang amat sangat kerana tidak melayan orang yang paling rapat dengan sayang sebaik2nya...Tapi, sayang bernasib baik. Setelah setahun sayang terkapai2 dan dicengkam rasa rindu yang amat sangat, setelah setahun sayang hidup seperti dalam mimpi sehingga terpaksa tangguh pengajian, akhirnya Tuhan kurniakan abang sebagai pengganti abah... Terasa syukur sangat2.... Tapi ntahlah. Terasa seolah2 tuhan nak ambik balik anugerah tu. Tak sanggup rasanya nak terkapai2 dalam menghadapi kehidupan dan tak sanggup rasanya untuk menanggung rindu yang mencengkam diri buat kali yang kedua. Terseksa sangat rasanya... Mintak sangat2 agar dijauhkan......

Terima kasih kerana sudi memakai t-shirt yang sayang hadiahkan tu. Sebak dan sejuk rasa hati bila melihat gambar abang menyarungkan t-shirt tu pada tubuh abang. Walaupun abang terus menyepi dan membiarkan sayang dicengkam rindu yang amat sangat, namun bila melihatkan gambar2 abang tu hati sayang seakan berbunga dengan 1001 harapan. Harapan sayang hanya satu…. semoga hati abang akan terbuka untuk berkongsi suka-duka kehidupan dengan sayang. Semoga sayang dapat mendengar suara dan gelak tawa abg yang amat sayang rindui tak lama lagi…. Ya Allah, beratnya rasa rindu yang aku tanggung sekarang ni…..

Abang, t-shirt tu sayang tempah kat Batu Pahat. Memang sengaja sayang buat lakaran atas t-shirt tu separuh2 kerana secara simboliknya, lakaran tu akan bercantum dan menjadi satu semasa kita celebrate birthday di pulau nanti. Sebab tu sayang suruh abg ambik jugak hadiah tu walaupun pada mulanya abg menolak dgn alasan nak celebrate bersama2 kat pulau nanti… Tujuan sayang hanya satu, biar sayang sentiasa ada dengan abang tak kira semasa abang sambut birthday kat rumah ataupun semasa abg sambut birthday kat pulau nanti. Sayang taknak abang rasa sunyi dan keseorangan…..

Abang, sayang rindukan abang. Sudah 4-5 malam tidur sayang tak ditemani dengan suara abang. Sudah 4-5 malam tidur sayang tak ditemani dengan good nite wish dari abang. Sudah 4-5 malam sayang takde lawan nak gaduh…. Terasa sunyi sangat bang….

Abang, tiap-tiap malam sayang tidur dengan pelukan baju dan seluar abang. Tiap-tiap malam sayang letakkan handset di telinga dengan harapan hari-hari yang sayang lalui berakhir dengan sms good nite daripada abang. Tiap-tiap malam sayang bermimpi dengan mimpi2 yang menyebabkan sayang menangis di dalam tidur….. dan akhirnya sayang terjaga dari tidur dan menangis betul2… Sayang macam orang bingung bang… Sayang rindu sangat dengan abang…

Sekilas sayang terasa abang seperti seekor merpati putih di tengah halaman yang menghijau. Amat manja sehingga makan pun ditelapak tangan. Tapi, bila sayang nak pegang, merpati tu terus terbang menjauhkan dirinya dari sayang… Abang, sayang rindukan abang. Abang janganlah jadi seperti merpati tu…. Merpati tu burung. Dia takde perasaan. Abg jgn la jadi macam merpati tu bang…. Abang jangan la berdiam diri dan terus menjauhkan diri dari sayang… sayang rindu sangat ni bang….

Abang… sayang harap, abang tak buang rindu yang ada dalam hati tu jauh2. Sayang harap, abang tak buang kenangan kita jauh2. Sayang harap, abang tak buang susah-senang kita jauh2. Sayang harap, abang tak buang suka-duka kita jauh2. Sayang harap, abang tak buang gelak-tawa kita jauh2. Dan sayang harap, abang tak buang sayang jauh2 sebab bila tiba waktunya nanti, Tuhan sendiri yang akan bawak sayang jauh2...

Abang, hidup ni penuh dengan rencah kehidupan. Bila berlaku peristiwa duka, sayang rasa sayang semakin hampir dengan diri abang. Bila berlaku kisah duka, sayang rasa sayang semakin banyak belajar tentang diri abang. Abang…. Maafkan sayang kalau sayang ada buat silap… Sayang rindu abang!!!.....



Posted by Ujang_MD :: 9/09/2006 04:40:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.