[Untuk reflection (cerminan) diri Sal. Inilah segalanya. No further conflict sekiranya ia diselami dengan sifat fitrah manusia. No further "bebelan" macam mak Limah dah. No further question dah. Segalanya ada disini. Terima seadanya. Taknak terima pun takpe. Setiap manusia ada hak untuk menerima dan menolak. Maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung. Maaf banyak2] Part I : Panas baran Erm….. pada mulanya sayang taknak ambik port mengenai hal-hal yang dah lepas. Tapi bila masuk hari yang ke-5 benda yang sama masih tergantung, sayang rasa sayang patut menulis sesuatu di sini. Situasi abang yang terus menyepikan diri sebenarnya seolah2 cuba membina tembok pemisah agar sebarang perbincangan tak boleh dilakukan.. Sedangkan perbincangan tu penting untuk meleraikan semua masalah atas mukabumi ni. Sayang rasa abg perlu sentiasa bukak ruang untuk berbincang dan buang sikap baran abg yang selalu menyebabkan apa yang kita bincangkan berakhir dengan tangisan dan bukannya penyelesaian. Abang pun boleh lihat sendiri kan. Kerana baran abglah satu peristiwa memalukan telah berlaku di parking lot PWTC hanya kerana syg cancel plan nak tengok motorshow. Kerana baran abanglah sayang berlari2 mencari abang atas puncak Cameron macam dalam drama hindustan. Kerana baran abanglah acapkali kita bergaduh sblm tidur dan akhirnya sayang sendiri yang terpaksa menangis-nangis meminta ampun atas kesalahan yang sayang sendiri tak pasti. Kerana baran abglah habis satu rumah abang mengamuk satu ketika dulu. Kerana baran abglah bertahun lamanya abg tak bertegur dengan mak sehingga menambahkan beban mak. Kerana baran abglah sehingga sekarang keluarga abang malas nak ambik endah pasal abang walaupun ketika abg terlantar sakit kat hospital. Kerana baran abglah mak hanya buat tak endah dan cakap “pegi je la hospital” bila abg mengadu sakit pada dia. Masing2 dah tak kuasa nak melayan. Tapi kadang2 mak tetap gosok bila abg sakit, kan? Walaupun berpuluh kali dan bertahun lamanya abg buat silap kerana sikap baran tu, mak tetap maafkan abang dan cuba untuk seronokkan abang, kan. Tapi sayang? Abg langsung tak mahu maafkan sayang walaupun baru 2-3 kali sayang buat silap. Kesilapan tu pun mungkin sayang buat kerana sikap marah yang ada pada sayang. Sayang pun macam abang juga. Mesti ada rasa marah dan terbuat salah juga. Dan kerana takutkan sikap baran inilah abg pernah bersumpah dan berjanji depan sayang dalam kereta sewaktu balik dari Thailand bahawa abang nak buang terus sikap buruk tu kerana abg tahu sikap tu hanya akan memburukkan hubungan kita. Abg dah lupa ke pada janji dan sumpah abang pada tuhan untuk buang sikap baran tu? Sayang masih ingat lagi tau. Sampai bila2 sayang takkan lupa.. itu janji abang. Dan kalau abg sedari, kerana baranlah abang ambik keputusan untuk terus menyepi. Abang tak endah perasaan rindu sayang yang membuak2 ni. Abang biarkan sikap baran abang menguasai keadaan sedangkan perasaan rindu tu terus mencengkam. Sayang takut bang. Sayang takut perasaan rindu ni akan memakan diri sayang kesan dari tindakan kejam abang yang membiarkan rindu itu tidak terubat… Tolonglah bang. Tolonglah. Harapan sayang, kata2 sayang yang seterusnya ini tidak akan dipandang dari sudut yang negative… Nilailah secara matang dan bertimbangrasa. Part II : Jarang berfikir tentang kesan jangka panjang tindakan kita Erm… terkedu sayang bila abang buat keputusan untuk membisu seharian dan mungkin juga membisu sampai berminggu lamanya. Bermacam2 perasaan dan tanggapan yang dirasai oleh abg terhadap sayang hingga menyebabkan abg menyepi dari sayang…. Takpela… mungkin abg sedang tenangkan diri… Sayang cuba pujuk diri agar kurangkan rasa rindu pada abg supaya demam ni tak kembali menjadi teruk….
Abg. Sebenarnya, apa yang sayang katakan melalui sms2 tu semuanya berasas. Semuanya bersebab. Bukan sesuka hati sayang meluahkan kata2 yang menyebabkan abg terpana atau sebak. Dan tidak semudah itu untuk abg memberi alasan bahawa kadang2 abg alpa dan terbawa bergurau bende2 yang tak sepatutnya dibuat bahan gurauan. Kalau sekali terjadi, mungkin boleh dikatakan “ter” atau alpa… Kalau terjadi berulangkali dalam jarak yang singkat, adakah itu masih lagi “ter” atau alpa? Atau abang sendiri xde sifat sensitif dalam diri?… Erm… ntah la….
Sayang sebenarnya hanya nak menegur kesalahan abg. Alhamdulillah abg sudi mendengar dan mengakui kesalahan abg. Walaupun sayang kecik hati dengan kesalahan yang abg lakukan, tapi sayang pujuk hati ni agar terima kesalahan abg dengan harapan abg tak buat lagi kesalahan tu…. Alhamdulillah abg akui kesalahan abg dan abg akui bahawa abg juga manusia biasa yang selalu terbuat silap. Tapi apa yang sedihnya, selepas abg mengakui bahawa itu kesilapan abg, tiba2 abang ambil keputusan untuk terus membisu dan menyepikan diri daripada sayang. Lepas tu dgn tak semena-mena abg katakan bahawa diri abang terasa seperti keseorangan, terasa kosong tidak berteman, sepi dan abg terfikir benda2 yang lain yang jauh tersasar malah melibatkan ikatan hubungan kita pulak. Cuak sayang dibuatnya. Abg, abg sendiri yang ambil keputusan untuk menyepi, sudah pasti abang akan rasa keseorangan tidak berteman. Sayang tersinggung sebab seolah2 syg ni tak berguna dgn membiarkan abg keseorangan. Sedangkan abg sendiri yang menjauhkan diri dari sayang. Sayang try hampiri abang tapi lgsg takde response. Sedih dan sebak hati sayang bila abang buat macam ni... Dan sayang rasa kalau terjadi kat sesiapa pun, takkan siapa pun yang akan faham termasuk darah daging abang sendiri. Abg sedar akan kesalahan abg. Abg akui kelemahan abg. Itu adalah baik dah sayang amat hargai. Tapi bila abg ambik keputusan untuk membisu dan tidak perbaiki keadaan supaya kembali normal, dimana agaknya situasi ni akan berakhir? Takkan ade penyelesaian. Malah kalau dibiarkan ianya berlalu, sayang pasti ia akan terus menghantui terutamanya bila nyawa kita tiba dihujung kerongkong satu hari nanti. Masa tu nanti, segala penyesalan dah tiada berguna. Masa tu nanti baru kita tahu bahawa kita telah banyak melukakan hati orang. Masa tu nanti baru kita rasa yang kita nak jumpa dgn semua orang dan mintak maaf. Tp, percayalah. Bila saat tu dah tiba, kita tak boleh buat apa2 dah kecuali menyesali diri sendiri dan akhirnya menyebabkan kita sendiri tak redha dgn kematian kita... nauzubillah...
Part III : Menghadkan peluang (Limitation) Dan sekarang abang terus menjauhkan diri dari sayang. Abg lgsg tak beri peluang yang seterusnya pada sayang sama seperti mak bagi peluang pada abg. Peluang yang tak pernah ada had. Peluang yang tak pernah ade limit. Abg minta sayang supaya terima abg seadanya kerana diri abg sememangnya dah macam tu. Dan abg terus akan buat silap sampai bila2. Adakah itu keputusan yang tepat, bang? Apa guna bercouple kalau fungsinya bukan untuk menasihati sesama kita dan menyedarkan kita tentang kesalahan kita? Adakah kita nak jadi seperti makhluk lain selain dari manusia yang sememangnya takde akal dan tak pandai nak nasihat-menasihati?
Pagi Rabu. Hampir 10 kali sayang call, lgsg tak angkat. Naik lenguh jari ni. Budak2 kat tempat kerja ni pun dah usha pelik bila tgk muka sayang nampak macam confuse dan risau. Niat dihati, sayang nak gerak abg supaya bangun dari tidur. Mane tahu kot2 abg terlajak tidur. Sayang risau abg tak pergi kerja kerana dah dua hari abg terpaksa ponteng kerana layan karenah sayang, so sayang harap abg tak terlajak tidur dan ponteng kerja lagi. Tapi abg berdiam dan terus berdiam dan terus buat sayang terpinga2 dan risau….. Part IV : Tidak sensitif Erm… nampaknya abg masih tak clear dgn apa yang berlaku tempohari. Baiklah. Mari kita buat post-mortem. Cuba abang kenang balik, tak sampai 1 hari abg di JB, dengan siapa abg lebih “bermanja-manja” dan mesra? Hanya beberapa minit selepas abg tiba di JB, dengan siapakah abg bergurau senda sambil bersuap makan dengan begitu manja sekali? Adakah dgn sayang? Tidak, bukan? Kenapa gurau senda abang tidak hanya pada kata2 tapi berlanjutan pada perbuatan? Kan manis kalau bergurau dengan kata2 sahaja. Nak bergurau dengan perbuatan, boleh. Tapi pilih2lah. Nak bertumbuk ke, nak bersinggung siku ke, takpe. Silakan. Tapi perlukah suap-menyuap dijadikan bahan gurau senda? .... ok la….sayang terima itu sebagai satu gurauan… mungkin abg alpa dan tak sengaja walaupun kita baru saja bersua muka. Takpe lah. Tak perlu sayang nak ambil hati….
Kemudian, malam pertama di JB, bibir siapakah yang hinggap di pipi abang sebelum abg tidur? Kenapa abg terus biarkan benda ni berlaku tanpa menolak? Sayang sendiri pun tak sempat nak cium pipi abang tapi orang lain dulu yang cium dan wish good nite. Memang dia hanya kawan tapi perbuatan dia memang tak patut tambahan pulak dia dah tau abg dan sayang ialah couple. Bahagian tubuh yang seharusnya untuk orang yang tersayang dengan mudah diberi pada orang lain atas alasan bergurau dengan kawan2. Erm, sayang faham abg suka berkawan. Tapi adakah dengan alasan “berkawan” itu bermakna semua orang boleh mencium abg? Dengan hobi abg yang suka berkawan tu (tak salah pun kalau nak berkawan), adakah itu bermakna sesiapa pun boleh cium abg sesuka hati? Tidak, bukan? Erm…tapi takpe, kalo bertekak macam mane sekalipun, kalo sayang luah macam mane sekalipun, sayang tetap akan dimarah dan ditengking sehingga akhirnya sayang sendiri kena mintak maaf kerana menegur salah abang…. Ok takpe… sayang tak kisah. Sayang faham abg memang panas baran.
Dan sebelum tu, kita berjalan bertiga di Danga Bay, abg sibuk marahkan orang yang asyik tengok kawan sayang. Alahai, dah benda pelik, mesti la org nak tgk. Kenapa pula abg perlu nak marah2 sedangkan tuan punya diri pun tak kisah mane. Kalau abg tgk orang yang macam tu kat KL, sure abg pun akan toleh 2-3 kali sebab abg suka tgk diorang kan?... So sama jugak macam orang2 yang tgk member sayang tu. Diorang suka tengok. Perlu ke abg ambik berat pasal member sayang hingga sanggup terkumat-kamit marahkan orang2 yang tenung2 dia? Kekasih dia sendiri pun tak ambik kisah bang….
Kemudian sayang pilih tempat yang paling romantik untuk kita bertiga dinner. Duduk atas pantai tepi laut. Sambil disinari cahaya lilin. Kemudian ada accoustica band yang memainkan lagu2 cinta sambil memetik gitar. Memang romantik sgt. Kalau abg sedar, semua kat situ bercouple. Cuma kita je yg datang bertiga. Kalau bukan pakwe-makwe pun, mungkin suami isteri yang muda-muda yang bawak sekali anak2 kecil diorang. Ye, tempat yg sayang pilih tu benar2 romantik dan tak seharusnya orang yang berdating kat situ dtg selain daripada couple. Tapi sayang tak kisah. Dtg bertiga pun takpe sebab nak share joyfull together. But, abg sendiri bole tgk kan. Abg langsung tak hampir dgn sayang. Duduk pun jauh2… bila dah dipanggil supaya duduk dekat2, baru abg datang dekat syg. Sedangkan suasana cukup romantik ketika tu. Tapi, takpelah. Sekurang2nya sayang dah bagitau apa yang abang tak perasan dan abg dah perbetulkan keadaan. Sayang tak kecik hati sebab kita masih lagi dalam proses belajar untuk tunjukkan kasih syg supaya pasangan kita rasa dihargai. Kemudian ntah macam mane, kedengaran pulak band tu main lagu Dealova – lagu tema kita sewaktu di Cameron dan sayang buat satu video clip khas untuk kita berdua dengan lagu ni. Tapi, sayang tersentak bila abg tujukan lagu ni buat member sayang sambil tergelak2 manja. Tidakkah abg sedar ini lagu kita? Member sayang sendiri tu pun ada lagu dia sendiri yang mengingatkan dia pada kekasih dia. Kenapa lagu yang mengingatkan sayang pada abg ni abg tujukan pada orang lain pulak? Bila sayang tegur, abg tak betul kan keadaan. Malah abg terus mengatakan bahawa “ok la.. lagu ni untuk semua (termasuk sayang la maknenya tu)” tanpa sebarang rasa bersalah. Erm… mengapa abg tujukan lagu tu untuk semua? Sayang begitu menghargai lagu tu kerana lagu itu yg membuatkan sayang teringat pada abg. Tapi, kerana nak jaga hati orang lain, abg tujukan pulak lagu tu untuk semua... Kenapa abg bersungguh2 nak jaga hati orang lain sedangkan sayang sendiri kecik hati? Tapi takpe… mungkin abg teralpa dan tak sedar kerana terlalu happy dapat berkenalan dengan orang yang happening macam member sayang tu. Takpe…. Biarkan saje bende ni berlalu…. Tak pyh difikirkanlah..
Part V : Tidak merasai apa yang orang lain rasa kecuali bila terkena pada diri sendiri Abg jugak ada mengatakan yang abg rasa malu bila sayang tegur abg di depan kawan sayang tu. Erm… bg sayang, abg tak perlu nak ada rasa malu atau rasa marah atau rasa ape2 sekalipun. Sayang tegur pun sambil tersengih2, kan? Bukannya marah menyinga sampai tak nampak orang sekeliling. Nak tau sebab ape sayang cakap abg tak perlu rasa malu atau rasa marah? Sebabnya, abg pun selalu suruh sayang buang apa2 perasaan marah, jeles atau apa2 sahaja sekiranya ade orang lain yang sentuh abg – baik cium, raba, bermanja dan sebagainya yang kadangkala sayang sendiri pun malu segan nak tengok. Alasan abg ialah diorang hanya kawan dan tak perlulah sayang nak ambik hati. Anggap je macam bergurau sesama kawan. Jadi, dalam kes member sayang ni, abg xperlu la nak ambik hati dan rasa malu jugak. Abang anggap je sebagai gurauan depan kawan2. Bukannya orang lain pun. Lagipun sayang tegur sambil Dan cuba abg lihat lagi, kite bertemu singkat saja, tapi abg tak habis2 memuji member sayang. Dialah yang baik. Dialah yang cantik. Dialah yang berdagu lekuk dan amat bertuah sesiapa yang memiliki dia. Sehinggakan abg compare diri dia dengan diri sayang. Abg harap sayang akan menjadi sebaik dia. Abg compare orang yang abgsenyum2, kan? Ok lah… Sayang taknak pikir dah pasal malam tu. Apa2 pun benda dah lepas…
Part VI : Membandingkan apa yang kita ada dengan orang lain sayang dan org yang bergelar kekasih dgn orang lain. Padehal orang tu, bila kena “hotak mung” dengan abg 1 kali pun dah merungut. Sayang yang kena sumpah seranah setan, bodoh, bangang, mampus la ko dan macam2 lagi pun tak pernah merungut. Sayang tak cukup baik lagi ke bang? Sebak rasanya hati sayang ni…. Terasa macam apa yang sayang buat selama ni masih belum cukup baik…. Rasa kecil sangat diri ni… sayang tahu sayang takde rupa. Mungkin sebab itu abang anggap orang lain lebih baik padehal abg baru sehari mengenali dia. Maklumlah, orang yang cantik.… Abg terus memuji2 member sayang dan siap offer minum time driving. Share minuman lagi. Tapi sayang? Abg terus lupa dan diam.. tahu2 je, bila sayang nak mintak minuman sebab dahaga, malangnya dah habis. Mcm mane abg boleh offer member sayang padehal abg lupakan sayang? Salah dayang jugak ke?.... Erm.. takpelah.. sayang cuba pujuk hati. Mungkin member sayang tgh driving dan mungkin dia tgh penat. Sbb tu abg offer dia dan terlupa sayang..takpelah, sayang tak ambik kisah dan cuba lupakan…. Tapi, sehingga ke saat akhir ditangga bas ketika nak balik ke KT pun abg masih lagi memuja member sayang. Bermacam2 kata manis abg berikan pada dia. Alasan abg, abg puja dia hanya dgn niat untuk menyakat member sayang tu dan abg rasa happy bila tgk dia malu… isk… Sampai dah nak balik ke KT pun, abg masih lagi nak bergurau senda dengan orang lain dan terus membiarkan sayang termanggu2?? …. Tapi takpe, walaupun kecik hati… sayang biarkan je. Sayang taknak marah2. Cuma sayang hantar sms untuk katakan bahawa sayang amat berasa kecik hati dengan sikap abg yang lgsg tak ambik peluang singkat kita bertemu tu untuk bermesra sepuasnya dgn sayang. Erm… abg, apa yang abg buat kat member sayang tu bukan setakat untuk menyakat dan jaga hati dia sebagai seorang kawan je bang. Kata2 dan perbuatan macam tu la yang boleh membuatkan orang jadik cair …. Dan itulah yang member sayang akui selepas dia berjumpa dan berkenalan dgn abang…. Dia terasa begitu dihargai dan terasa macam dia kekasih abg….. Dan sehingga kini sayang masih lagi kecik hati dengan member sayang tu walaupun dia berkali2 dah mintak maaf.. Tak tau lah kenape sayang rasa camni…..
Part VII : Kebaikan yang melampau-lampau sehingga menghambakan diri Erm…. Mengenai peristiwa di vendor machine. Memang tak salah kalau abg nak tolong orang. Malah menolong orang tu pun satu perbuatan yang mulia. Sayang bangga dengan sikap abg tu. Sayang salute sangat. Tapi kenapa abg tak tolong “makcik tua mcm orang gile” yang kita jumpa kat stesen bas tempohari? Sedangkan dia dah datang dekat menghampiri sayang untuk mintak tolong. Erm, mungkin abang tak perasan kot. Takpe lah. Tapi kenapa pulak abg cepat sungguh nak menolong orang yang “ade rupa” yang langsung tak mintak pertolongan dari kita? Sayang tak kisah kalau dia datang menghampiri kita dan mintak tolong. Tapi abg pulak dengan tak semena2 meluru pegi tolong dia. Bukan tu saje, malah abg sanggup selongkar tong sampah semata2 nak cari bende yang boleh digunakan untuk tolong orang tu. Perlu ke nak selongkar tong sampah hanya untuk tolong orang yang langsung tak pernah berbakti atau berkorban ape2 untuk abg tu? Atau at least, kalau dia mintak tolong dari kita, sayang tak kisah kalau abg nak tolong. Ini tidak. Dah la tak mintak tolong ape2, tetiba abg pulak meluru dan sanggup buat bende kotor untuk tolong orang…. Kalau abg nak jugak guna vendor machine tu, sayang sanggup jalan berpuluh kilometer lagi untuk cari vendor machine tu daripada menunggu abg buat bende kotor dan tolong orang yang tak mintak tolong dari kita pun…. Buat baik berpada2 bang, jangan sampai kita jadi “hamba” kepada orang….. kalau jadi hamba pada Tuhan, sembahyang lima waktu sehari semalam, sayang boleh je terima. Sebab memang kita ni hamba kepada tuhan. Kalau abg jadi hamba pada makcik Zainung pun takpe. Sebab itu mak abg. Dia yang melahir dan membesarkan abg. Memang besar sangat pahalanya bang. Tapi takde la pulak sampai abg perlu sembah dan sujud pada makcik zainung sebab dia jugak manusia biasa. Kalau nak jadi hamba kepada sayang pun sayang hargai sgt2. Sebabnya, sayang pun menjadi hamba kepada abg dengan menyerah segala jiwa, raga, maruah, hati, perasaan, tubuh badan dan seluruh hidup sayang pada abang. Tapi tak perlulah menjadi hamba pada sayang lebih daripada mak abang. Sebabnya, mak abang ialah orang yang bersusah payah melahirkan dan menjaga abang sejak dari kecil. Sayang hanya orang luar yang datang setelah abg dewasa dan hanya bertanggungjawab untuk menyerahkan tubuh badan dan mencurahkan kasih sayang sepenuh jiwa raga. Kalau nak jadi hamba kepada orang lain pun, takpe. Tapi jangan la pulak melebihi daripada apa yang abang lakukan pada kekasih abang. Itulah maksud sayang.. Bukan melarang buat sesuatu yang baik. Tapi setiap satunya ada peringkat. Sebab tu sayang selalu suruh abang solat. Biar abg nampak perbezaan perbuatan dan tanggungjawab abang pada satu-satu keadaan. Herrmmrm…
Part VIII : Sifat "touching" - sifat yang menyentuh hati Erm… Abg masih ingat apa yang kita buat semasa pertama kali kita berhoneymoon di KT? Mungkin abg dah lupa. Tapi banyak bende yang abang lakukan yang membuatkan sayang rasa “touching” dan yakin bahawa abg mencintai sayang bukan kerana rupa kerana hakikatnya sayang memang tak de rupa. Erm… abg cuci sandal sayang yang kotor dengan tangan abang yang bersih. Abg lipat semua baju sayang supaya kemas. Abg sentiasa cium pipi sayang untuk tunjukkan abg sayang pada sayang. Abg pun selalu suruh sayang cium pipi abg. Kalau sayang tak cium….abg akan merajuk dan sayang akan pujuk dengan bagi ciuman kat seluruh dahi dan pipi abang…. Indah sangat, kan? Kemudian kita sama2 tuju lagu yang indah sebagai tanda kenangan supaya kita sentiasa ingat antara satu sama lain bila kita dgr lagu tu kat corong radio…. Indah sangat rasenya…. Bende2 “touching” macam ni la yang mengeratkan lagi hubungan kita, susah senang sama2… sedih pun sama2…gembira pun sama2… Bukan setakat bergantung pada hubungan kelamin je, kan?
Dan cuba abang lihat balik apa yang berlaku sejak akhir2 ni. Perbuatan “touching” yang mengeratkan hubungan kita tu abg dah makin jarang buat. Tapi abg buat bende2 tu sebagai bahan gurauan dan abg buat jugak benda yang “touching” tu untuk orang2 yang lain. Memang benar bahawa niat tu tak sama bila abg buat pada sayang, tapi bende2 touching macam tu boleh mencairkan orang lain dan membuatkan hati orang yang kita cintai terluka. Ini kerana perbuatan “touching” tu la yang amat istimewa yang akan membuatkan kita rasa rindu dan terkenang2 serta menjadi tali pengikat kasih sayang kita. Tapi yang malangnya, ia turut dilakukan untuk orang lain… Sudah pasti ia bukan lagi menjadi sesuatu yang “touching” dan istimewa lagi, kan?…..
Part IX : Salah sangka dan tidak mengerti Sebenarnya, abg selalu tersalah anggap. Lain yang sayang maksudkan, lain yang abg fikirkan. Abg sukar sekali untuk dibawa berbincang. Benda yang simple pun abg boleh marah sampai tahap yang ekstrem. Bila abg dalam kesusahan pulak, sayang offer pertolongan. Tapi abg cakap abg taknak susahkan sayang dan abg akan suruh orang lain buat. Abg cakap, biar orang lain susah asalkan sayang tak susah. Erm… niat abg tu baik. Tapi abg tak sedar. Apa makne susah senang sama2 bila tak dipraktikkan?. Kalau abg sedari, perbuatan sanggup susah senang sama2 inilah yang menyebabkan hubungan kita akan menjadi lebih erat. Bukannya bila abg suruh sayang buat itu dan ini tu bermakna abg membebankan sayang. Tidak. Tidak sama sekali. Tapi, itulah tali pengikat kasih sayang kita hinggakan satu hari nanti, katakan bila kita bergaduh, Kita takkan sanggup nak marah, maki atau tinggalkan kekasih kita kerana dia dah banyak bersusah payah utk kita. Abg nampak tak skrg mengapa abg tak sanggup dan tak bole terima kesalahan ijat walaupun dah 2-3 orang menyatakan benda yang sama? Ye, memang ijat ade baiknya. Banyak kebaikan dia tu. Tapi kenapa kesalahan dia pun abg masih tak mampu nak terima?....Erm… semuanya kerana abg dan sayang dah byk mintak pertolongan dia. Kerana pertolongan dia tu lah yang menyebabkan kita terikat dengan dia dan abg tetap menganggap semuanya yang baik2 sahaja dari dia walaupun ade sikit2 perbuatan dia tu sebenarnya mempunyai matlamat yang tertentu…. Dan kerana itulah sayang offer abg kalau abg perlukan pertolongan. Bende2 inilah yang akan mengikat kita dan membuatkan kita menjadi lebih rapat dan menyayangi antara satu sama lain sebenarnya tapi abg masih tak mengerti... Part X : Sukar meluahkan, sukar berbincang, suka memendam Tentang abg din, kenapa abg boleh kata yang abg faham sgt dengan sikap sayang pada masa tu? Abg kata, kalau A kata sayang, maka A lah sampai bila2. Kalau B kata sayang, maka B lah sampai bila2. Abg, pada masa tu kita baru je kenal, macam mane abg boleh kata macam tu pula? Sudah pasti pada masa tu kita tak kenal lagi antara satu sama lain lagi. Dan sudah pasti pada masa tu abg tak mungkin boleh buat kesimpulan bahawa sayang ni macam mane orangnya. Dan sudah pasti kalau abg sayangkan sayang dan abg Din, abg akan beritahu kisah sebenar supaya keadaan menjadi jernih dan sayang tak tuduh abg din melakukan kesalahan yang rupa2nya ijat yang buat. Kenapa abg tak berterus terang? Kerana orang yang bersalah tu ialah “ijat” ke? Memang nmpk bende ni kecil tapi first impression tu penting bang. Kalau abg la, kali pertama nak jumpa seseorang dan abg tak kenal pun dia. Tiba2 dia maki dan carutkan abg. Mesti automatically abg akan beri tanggapan yang tak baik pada orang tu, kan? Sama jugak macam sayang. Kalau sayang tahu yang sayang boleh “masuk” dengan abg din, sure sayang takkan buat airmata abg din menitis kerana cakap yang bukan2 pada dia. Dah pasti kami akan jadi kawan yag paling rapat dan sayang akan terus respect abg Din. Abg pun akan senang hati, kan? Pasti takde gaduh2 dan sebagainya. Tapi kenapa abg tak berusaha nak jernihkan keadaan. Abg biarkan ianya berlarutan. Cuba abg tgk sekarang, bila sayang sendiri dapat tau kisah sebenar, serta merta sayang rasa bersalah dan malu sangat pada abg Din. Kenapa boleh jadik macam ni hanya selepas hampir 7 bulan perkara ni berlaku? Sebabnya hanya 1… kerana abg sukar untuk meluah, sukar untuk berbincang, sukar berterus terang dan takmahu menjernihkan keadaan. Sama jugak macam ke JB tempohari. Sayang tak tahu bagaimana proses tender yang abg ambik. Sayang tak tahu masa tu mak tengah sakit kuat. Abg tak bagitau secara detail. Abg hanya bagitau sekilas sahaja padehal bende2 macam ni sangat penting. Abg ada tulis dlm blog padehal masa tu sayang dah takde masa nak online kerana busy diJB. Abg hanya bagitau ttg tender tu bila abg sudah sampai diJB. Malah sayang hanya dpt tahu yang mak tgh sakit semasa on the way balik ke KL dengan abang! Memang abg ade cakap pasal tender sblm ni. Tapi abg hanya cakap seolah-olah bende tu takde ape2. Hanya perkara biasa. Sumpah demi Allah sayang takkan benarkan abg turun JB kalau abg berterus terang dan bgtau keadaan sebenar proses tender dan keadaan kesihatan mak. Sayang terasa macam sayang ni terlalu jahat. Pentingkan diri sendiri. Patutlah abg cakap sayang ni tak boleh nak bertolak ansur. Lgsg tak boleh nak bertolak ansur hinggakan kalau A kata sayang, maka A lah jawabnya sampai bila2. Lihatlah sekarang. Abang nampak tak ape sebenarnya berlaku? Semuanya berpunca kerana kurang perbincangan dan abg sukar nak luahkan apa sebenarnya yang berlaku. Bila berbincang pun, abang cepat sgt baran dan akhirnya menjadikan benda ni tergantung tiada penyelesaian. Akhirnya, kesalahan jatuh pada diri sayang jugak dan abg akan kata kalau A lah kata sayang, A lah sampai bila2. Kalau benarlah macam tu, kenapa sayang boleh rasa malu dan bersalah sgt dengan abg din? Kenapa sayang boleh rasa bersalah dan malu sangat dengan makcik zainung? ... Tak semena2 sayang rasa malu sangat bang. Rasa amat bersalah dan rasa nak mintak maaf pada makcik zainung, abg, dan abg din. Abg nilaikanlah. Sikap abg yang suka membiarkan sesuatu benda tergantung dan berhimpun menjadi satu masalah yang besarlah yang menyebabkan sayang bersalah pada abg din, mak dan diri abg sendiri. Abg biarkan semuanya berlalu tanpa menyedari bahwa bende yang berlalu tu sebanarnya takkan selesai tetapi akan terhimpun di satu tempat sebelum ianya meletop dan meledak hinggakan abang akan merasakan hubungan kita ni langsung takde ape2 makne dan faedah seperti yang sedang berlaku sekarang ni..….. Sebak sangat rasanya..... Part XI : Tidak meletakkan privilleges sepenuhnya pada tempat yang sepatutnya Erm… Mungkin sayang terkasar sewaktu hantar sms pada abg tempohari. Sayang benar2 mintak maaf. Tapi kerana reasons yang sayang sebutkan di atas inilah yang menyebabkan sayang rase seolah2 sayang ni sama macam kawan2 abg yang lain juga. Mungkin orang lain tak dpt sex dan hati abang. Itu je. Nak cium? Kawan2 pun bole cium abg jugak. Siap wish good nite sambil cium pipi. Nak kata sayang dapat pegang tubuh abg? Kawan2 pun dapat pegang tubuh abg jugak sambil urut2 dan meraba2. Nak kata abg puja sayang? Kawan2 pun abg bole puja jugak hinggakan abg bandingkan sayang dengan mereka yang lebih baik dari sayang. Nak kata abang sentiasa ingat sayang bila berada dalam saat2 romantik? Kawan2 pun bole dapat lagu2 romantik dari abg untuk mereka sentiasa igtkan abang bila saat2 romantik. Nak kata abg sanggup buat benda2 kotor untuk sayang? Org yang tak dikenali pun abg sanggup buat benda kotor untuk mereka. Nak kata abg sanggup turun ke mana2 semata2 nak sambut birthday sayang? Kawan2 pun abg sanggup buat semata2 nak sambut birthday diorang. Abg masih igt tak bagaimana kita bertekak pasal sambutan birthday kawan abg dulu? Tapi akhirnya abg mengalah dalam keadaan marah2. Takpelah, at least abg dah sedar dimane had dan limit untuk melayan kawan2 atau kekasih. Kita bukan orang mewah bang. Tak termampu kita nak melayan semua. Sebab tu kita perlu pilih seseorang dan beri segalanya pada orang tu. Semua orang pun buat bende yang sama. Kita perlu ada level dan had ketika tunaikan kewajipan kita dalam melayan seseorang. Bagaimana kita perlu layan kawan, bagaimana kita perlu layan kekasih dan bagaimana kita perlu layan ibu kita. Dan kerana itu lah sayang mintak abg sampaikan wang pada mak abg tentang “barang” yang sayang mintak tolong beli tu. Bukan niat untuk menghina, tapi untuk menghargai titik peluh dia. Setiap keringat emak tu perlu dihargai. Ini bukan perkara main2 kerana syurga terletak dibawah tapak kaki dia. Wang ringgit tu boleh buatkan dia tersenyum dan rasa dihargai tau…. Percayalah. … Part XII : Kesannya Erm… mungkin abang tak sengaja dan alpa. Tapi kenapa ia tetap berlaku berulangkali walaupun kadangkala sayang dah tegur? Malah abg terus marah sayang bila sayang tegur abang. Tapi bila kita dah berjauhan, baru abg mintak maaf dan mengakui kesalahan abg. Takpe lah…. Sejuk jugak hati sayang bila abg dah mintak maaf. Tapi tiba2 abg ambik keputusan untuk membisu pulak. Bukan sehari tapi dah masuk 4-5 hari. Malah abang terus berkata2 seolah2 abang menyesal tentang hubungan kita…. sayang yang dah sejuk hati mendengar pengakuan abg tetiba rasa terpinga2. Tak faham apa yang abang cuba nak sayang faham. Sesapa yang ada di tempat sayang pun tak kan faham bang. Mak abang yang sedarah dan melahirkan abang pun takkan faham dengan abang. Sebab tu abang asyik kena marah dengan mak. Apa yang sayang nampak satu je. Abang tak cuba untuk luahkan sesuatu secara beransur2. Abg selalu ambil tindakan yang drastik dan ekstrem. Sebab tu abg selalu bertekak dengan orang2 yang paling hampir dgn abg. Sebab tu abg selalu bergaduh dengan orang2 yang paling menyayangi abang… Part XIII : Terima yang baik seadanya dan perbaiki yang buruk sebolehnya Abang…. sayang terima abang seadanya. Sayang takkan mintak abg jadik seperti orang lain. Abg lah yang terbaik buat sayang. Baik abg sayang terima. Buruk abg pun sayang terima dan kita sama2 perbaiki supaya yang buruk tu jadik baik. Itulah yang sayang harapkan dari abang jugak…terimalah sayang seadanya. Tegur sayang kalau sayang buat salah. Tegur dan bukannya marah2. Dan sayang berharap takde yang terbaik selain dari sayang walaupun abang pernah mintak sayang untuk jadik baik macam orang lain…..
Abang, terimalah sayang seadanya. Yang baik abg terimalah. Yang buruk abg tegurlah dengan berhemah. Abg tak boleh berdiam dan berharap sayang akan faham dengan sendiri. Sama macam abg, sayang tak boleh berdiam dan harap abg akan berubah dengan sendiri kerana sampai bila2 pun kita berdua takkan sedar kalau tak ditegur… Tentang hal ini, tuhan dah ingatkan kita dalam surah Al-Asr. Tuhan sendiri yang suruh setiap manusia tu sentiasa ingat mengingati dan nasihat menasihati sebab manusia tu memang sifatnya selalu alpa….
Part XIV : Cinta & sayang sampai mati Erm…. Seperti yang sayang nyatakan seawal perkenalan kita, cinta sayang untuk abg sehingga mati. Tak pernah luntur atau rasa kurang walaupun macam2 dugaan yang menimpa. Langsung sayang tak pernah terlintas untuk menyepi dan rase seolah2 macam menyesal dengan perhubungan ni. Tak pernah sayang ambik keputusan untuk berjauhan dari abang. Sebab inilah cinta sayang. Suka, duka, gembira, sepi, sedih, happy, baik dan buruk, semuanya terkandung dalam cinta ni. Inilah cinta sayang sampai mati….
Ketahuilah… terlalu banyak yang telah kita lalui dan orang lain takkan tahu apa yang telah berlaku. Hingga pada saat2 yang tak terkawal dengan peristiwa gambar “my darling” dan peristiwa di pantai merang tu pun…..semuanya telah kita lalui. Macam2 telah sayang alami selama bercouple dengan abang. Macam2 pengalaman yang tak terduga dan tak disangka kita dah lalui sama2. Semua pengalaman tu lah yang mengajar sayang erti kematangan dalam bercinta. Orang lain pun akan rasa sebak dan terharu bila mengenangkan kisah cinta kita bang…. sayang boleh buktikannya…… Part XV : Terima kasih dan happy birthday
Sayang… terima kasih kerana sudi menggantikan abah untuk convo sayang. Tak terbalas pengorbanan dan jasa abang…. Sampai mati sayang akan semat dalam sudut hati. Tapi sayang harap abg tak gunakan pengorbanan abg ni untuk menghalalkan layanan abg yang sangat “touching” kepada orang lain dan membiarkan orang lain bermanja2 dengan abang lebih dari kekasih abg sendiri, kecualilah darah daging abang sendiri….. harap2nya begitulah….
Terima kasih sayang…. Million thanx from the bottom of my heart…. Love u… forever and HAPPY BIRTHDAY TO YOU, MY GREATEST LOVE…. May God Bless Us..
Kehangatan mentari kurasakan, Tak sehangat api perbalahan, Ku ketuk pintu hati, Senyap dan sunyi, Tiada jawapan yang ku perolehi…
Dinginnya malam itu bagai salju, Tidak sedingin perasaanmu, Kau sengaja membina dinding pemisah, Di antara kita tak lagi bersemuka,
Kekasihku, Ku rasakan perlu, Menitip surat buat tatapanmu, Sekali ini aku rela merendah diri beralah, Agar perhubungan terjalin semula…
Kekasihku, Tak mungkin ku tahu, Apa tersirat di hati kecilmu, Andainya aku yang bersalah, Maafkan saja, Kemaafan dendam yang terindah..
Kehangatan mentari dingin salju, Bertukar ganti hari ke hari, Aku masih di sini sabar menanti, Terbuka kembali hatimu yang terkunci...
Kekasihku, Ku rasakan perlu, Menitip surat buat tatapanmu, Sekali ini aku rela merendah diri beralah, Agar perhubungan terjalin semula…
Kekasihku, Tak mungkin ku tahu, Apa tersirat di hati kecilmu, Andainya aku yang bersalah, Maafkan saja, Kemaafan, Kemaafan dendam yang terindah..
Posted by Ujang_MD ::
9/08/2006 09:21:00 AM ::
0 Comments: