Hidup kadang2 terlalu mudah untuk di fikirkan, tapi hidup kadang terlalu sukar bezakan antara realiti dan fantasi.. mungkin selama ni Ujang terperangkap dalam dunia fantasi khayalan Ujang semata, terasa dengan apa yang berlaku bagaikan mimpi yang menyakitkan.Mampukah untuk Ujang teruskan, setelah apa yang berlaku. Segala kekusutan bertambah kusut. Korang letih tapi tahukah korang, Ujang lagi letih. Hanya mata yang terpejam akan membuat hidup tenang tanpa bermain dengan perasaan lagi. Esok bila bangun pagi, rutin itu akan Ujang terus kan. Ujang hidup kini bagaikan hilang tujuan. But when you think easy, life so simple what!!!! so who care... I felt dying when I think it about u... sweet misery......
Semalam Ujang tak dapat menahan sebak lagi. Apa lagi yang ada, dan setiap benda tu Ujang dah tak mampu.. haruskah Ujang pergi begitu saja?? Ujang pernah melakukannya dulu, satu ketika dulu ketika Ujang mahu lari masalah yang membebankan tapi kesan itu datang pada masa sekarang. Ujang dapat rasakan betapa Ujang telah menghancurkan harapan orang yang pernah mencintai Ujang.. bagaimana penangan cinta yang begitu menyakitkan diri Ujang dan dia.. ketahuilah bahawa Ujang menyintai dia sepenuh hati Ujang tapi bila sampai masa itu Ujang terpaksa. Bukan kerana cinta yang pernah Ujang bina dulu tapi Ujang gagal memberi yang terbaik pada dia.
Hari Ujang terus, menjadikan Ujang begitu terus menebus segala yang Ujang hilang. Ujang dah tak sanggup. Biarlah apa Ujang alami ini takkan berulang lagi.. Ujang dah serik.. biarlah Ujang jalani hidup Ujang seadanya.. biarlah Ujang bunuh saja rindu dalam jiwa Ujang.. akan Ujang bunuh rasa sayang Ujang.. akan Ujang bunuh segala cinta yang datang pada Ujang.. Ujang takkan biarkan dia kembang lagi seperti dulu. Ujang dah tak mahu kerana cinta Ujang menghancurkan sesiapa lagi.. Ujang tak rela.
Takkan Ujang benarkan cinta itu datang dalam jiwa Ujang.. cukup lah apa yang Ujang alami sekarang.. maafkan Ujang.. Ujang tak dapat menerima dia kembali walaupun Ujang tetap setia menanti cinta yang dulu dan Ujang berharap sudah tiada cinta itu lagi. Ujang begitu percaya, cinta Ujang pada dia adalah yang terindah buat Ujang, hinggakan Ujang berjaya lupakan setiap detik silam Ujang dulu dan ujang gantikan setiap detik itu bersama dia.. dan Ujang akui dia adalah anugerah terindah yang pernah Ujang miliki dan dia yang terbaik dan Ujang percaya ini adalah yang terakhir.
Tapi keindahan yang Ujang harapkan hanyalah sementara dan semalam Ujang terima apa yang dia katakan. Terima kasih di atas sms semalam...akan Ujang tanam dan semat dalam-dalam...
Abg tak pernah fikir ayat2 yang keluar dari mulut abg membuatkan saya cukup terseksa dan sedih???
Abg tak pernah fikir yang saya menangis bila dapat report miscall dari abg setiap kali abg dial number2 hp yang sengaja saya off kan.??
Abg tak pernah fikir saya terpaksa berpura-pura gembira pada malam dan pagi raya semata-mata nak lupakan rindu pada seseorang yang sepatutnya saya dengar suaranya pada masa itu??
Abg tak pernah terfikir betapa luluhnya hati saya bila abg buang terus nama saya dari blog??
Abg tak pernah terfikir betapa saya akan jadi gila setiap kali abg jadi gila.??
Abg tanya pada Abg Din apa yang berlaku pada pagi selepas abg balik ke KT. Saya rasa lost. Hilang arah.
Abg tak pernah fikir betapa hinanya saya bila abg suruh saya berambus dan abg mintak tolong pulak pada orang lain. Seolah-olah saya nie haiwan yang tak der tanggungjawab???
Abg tak pernah fikir bagaimana risaunya saya bila abg hilang kat KL. Segala macam penyangak, pengepau ada kat Bukit Bintang??
Abg suruh saya fikir masalah yang abg timbul sendiri?? Abg sendiri yang pilih supaya kena pau. Abg sendiri yang buat saya tak nak tengok awak time nak pulangkan baju.
Abg buat saya macam patung. Abg lari. Kemudian abg suruh saya jumpa abg selepas abg suruh saya berambus. Abg sendiri tak fikir kesan perbuatan abg pada saya.Saya langsung tak boleh buat apa2. Semua kata putus abg buat sorang2 tanpa fikirkan perasaan saya.
Abg buat saya macam hampas yang tak de nilai. Macam patung yang langsung tak ada perasaan.
Abg buat saya risau, panik, sedih, terhina, terseksa dalam satu masa. Abg sedaya upaya hancurkan hati saya. Abg langsung tak hirau hak saya pertahankan diri.
Abg selalu meleret-leret. Perlu ker nak lari2 menyorok?? Kemudian suruh saya ambik balik lepas suruh saya berambus. Abg buat saya macam orang bodoh yang langsung tak ada perasaan.
Pernah ker saya hina abg?? Cuba cakap ke lubuk mana saya tak sanjung dan junjung abg?? Abg tak pernah fikir ke yang abg salah faham dengan apa yang saya cakapkan kat Time Square.?? Kalau saya malu dengan abg, tak perlu saya jemput abg datang konvo master saya.
Abg langsung tak terfikir salah abg yang ambil rezeki melimpah ruah, kemudian tak habis dan buang bersepah-sepah. Alasan abg sebab abg bayar. Kemudian cakap pulak menengking2 dan hempas kunci kereta atas meja. Abg fikir orang keliling tak ada mata dan telinga ke? Abg main2kan maruah saya.Abg buat style macam kat rumah,macam kat kampung. Saya pun orang kampung jugak tapi tak der lah makan sampai membazir dan cakap menengking2. Saya tahu setakat mana nak jaga maruah abg dan maruah saya. Saya bukannya makan dengan budak umur 5 tahun. Saya makan dengan orang yang berumur 26tahun.
Dan Ujang berjanji pada diri Ujang ketika ini takkan benarkan air mata dia mengalir lagi kerana Ujang. Cukuplah... jangan sedih lagi. Ujang takkan dapat maafkan diri Ujang jika kamu menangis lagi.. akan campakkan diri Ujang jauh2 dari dunia kamu semua. Biarlah ia berlalu dengan tenang.. Kadang2 ada baiknya Ujang tak perlu kenal dan hadir dalam hidup kamu semua hanya menyusahkan dan menyakitkan hati kamu semua. Maafkan Ujang kerana kewujudan Ujang tak dapat memberikan kamu semua bahagia.
Dan hari ini Ujang melutut memohon ampun pada dia yang Ujang cintai, andai kehadiran Ujang ini menyakitkan. Bukan mahu sesuatu tapi kerana dah tertulis yang dia ditemukan orang yang salah untuk disakitkan dan terima kasih kerana memainkan peranan yang begitu baik dalam persembahan hidup Ujang. Semoga dia bertemu orang yang betul untuk memainkan peranan dalam hidup dia.. Yup.. dalam blognya ujang dapat rasakan dengan kehadiran insan baru di sampingnya.. mudahan kalian bahagia. Dan Doa Ujang sentiasa bersama dia. Ujang berharap sangat pada diri uajng terutamanya agar ini kali terkahir entry buat dirinya.. ujang tak mahu ingat lagi semua ini.. Akhir sekali. TERIMA KASIH
Posted by Ujang_MD ::
10/31/2006 09:12:00 AM ::
7 Comments:
Bak kata orang sesuatu benda yang bermula dengan baik tak semestinya berakhir dengan baik...bak kata kali ini jiwa Ujang betul2 terpukul...entah la mana silapnya Ujang...kadang2 hidup nih terlalu sukar untuk diduga perkara yang mendatang...Ujang mulai binggung setiap kali Ujang memandang keadaan sekeliling....Ujang amat harap tahun nih menjadi satu tahun yang indah sebab tahun nih Ujang harap segala yang Ujang inginkan Ujang dapat tunaikan....entah laa...Ujang hanya manusia biasa dan Ujang tak mungkin memuaskan hati semua orang... kadang2 Ujang bosan dengan keadaan sekeliling yang asyik nampak salah Ujang...baik di opis baik dimana2....kadang2 Ujang rasa macam nak lari dari dunia kehidupan Ujang.... tapi selagi Ujang lari semakin hampir dekat ngan jiwa ujang...Ujang buntu....seriussss....
UJang tak pernah rasa perasaan yang begini tertekan.... bulan October menyaksikan Ujang kehilangan banyak orang yang begitu penting dalam kehidupan Ujang.... segalanya pergi dengan begitu cepat dan sekali gus....bermulanya dengan kawan rapat dan satu kepala ngan Ujang... satu2nya kawan yang Ujang yang tinggal di kl yang paling boleh diharap... Ujang dah tiada lagi kawan2 yang betul2 boleh diharap...semuanya dah pergi meninggalkan Ujang.... pastu kat opis lak...Ujang kehilangan dua orang rakan sekerja yang paling banyak membantu Ujang dalam kerja.... banyak membimbing Ujang.... memotivasi Ujang untuk Ujang terus kuatkan semangat kerja dan masa depan Ujang......
Pastu Ujang rasa semacam Ujang dah semakin nak kehilangan orang yang Ujang sayang yang semakin nak jauhkan diri dari Ujang.. Ujang dah kehilangan banyak tulang belakang Ujang.... kehidupan dah nak mula jadi zero... segalanya berlaku begitu pantas..... dan sekaligus... tak terdaya Ujang.... sungguh Ujang tak berdaya lagi.... Ujang buntu... Ujang tak tau mana Ujang nak mula... nak merangkak pun Ujang tak terdaya... kehidupan nih bak kata orang bagaikan perjudian... tak semestinya kita akan menang kalau kad ditangan baik...dan tak semestinya kalah kalau kad ditangan buruk..
Ujang rasa dah sampai masanya Ujang mesti fokus... Ujang dah target tahun depan adalah tahun terakhir UJang kalau tak der nak buat cam ner... dan kalau ader rezeki lebih Ujang akan settlekan semua yang tertangguh selama nihhh... mintak2 ler rezeki Ujang lebih...Ujang tunggu duit KWSP jer lagik nihhh... Ujang rasa Ujang dah cukup puas ngan hidup sekarang... Ujang dah rasa sudah tiba masanya untuk Ujang tamatkan segalanya jiwa muda Ujang dan sudah seru Ujang untuk memikul komitmen pulak...
Ujang dah bosan dengan hidup Ujang sekarang... betul kata makcik Zainung... sampai bila.... Hidup tanpa matlamat.... belajar terima komitmen masa tu kita akan tahu sejauh mana kita mampu atau tidak... walaupun Ujang rasa banyak lagi yang Ujang belum dapat dalam hidup Ujang... Ujang rasa sudah cukup.... nak tunggu cukup sampai bila weiiii... tah ler tunggu dan lihat jer ler... cam ner....kita mungkin boleh merancang ketetapan hanya Tuhan jer yang mampu.....
Tapi kenapa satu benda nih selalu sangat menjengah kehidupan Ujang.. ujang cuba mahu lari tapi tetap dia iut ujang walau tanpa kerelaan ujang sendiri.. Ujang kalau boleh mahu lari........ bila sesuatu yang melibatkan perasaan."ehmm.. entah kenapa.. tetiba jer rasa nak meluahkan sesuatu.. sesuatu tentang perasaan.. tak tau mengapa dan kenapa.. tetiba jer nak luahkan semua ni kat sini..eh..! korang perasan tak.. antara sedar ataupun tak.. dalam kehidupan kita ni.. kadang2 kita akan rasa sunyi dan sepi yang teramat sangat.. walaupun kita ada kawan, teman,teman istimewa, sahabat dan keluarga disamping kita.. kita masih rasa sunyi.. kita seolah-olah mencari-cari sesuatu.. sesuatu yang kita sendiri tak pasti..?
Mencari dan terus mencari.. hingga kita sendiri tak tau ke mana hala tujunya pencarian tu sebenarnya..kalau korang nak tau.. itulah yang sering Ujang alami.. Ujang ada segala-galanya.. kawan, teman, si dia dan sahabat yang baik serta memahami.. malah, Ujang juga dianugerahkan olehNya.. keluarga yang bahagia.. ibu yang penyayang.. adik-beradik yang memahami.. anak-anak saudara yang comel.. tapi, mengapa Ujang masih rasa kesunyian.. kesunyian yang teramat sangat.. hinggakan, satu tahap tu.. Ujang menjauhkan diri daripada semua orang.. Ujang rasa seperti diri ini bersendirian dan disisihkan.. hanya sendiri.. sendiri.. tanpa sesiapa disisi... hingga kini...."
Posted by Ujang_MD ::
10/30/2006 09:22:00 AM ::
5 Comments:
Tahun ini rasa seakan tiada manisnya... Bukan tak gembira.. tapi hati ini terus terang ujang rasa ksong sekali. Bukan tiada kawan di sisi bertandang kerumah... Tapi perasaan ini entah seakan kehilangan sesuatu..Entah lah bila hal melibatkan perasaan ujang begitu sensetif sekarang. Raya tahun ini juga banyak mengajar ujang tentang erti kehidupan.. penghargaan, pengajaran dan sebagainya.. Terima kasih Tuhan semakin usia meningkat tua.. di berikan akal ujang semakin matang..
Memang senang untuk kita tidak memahami perasaan orang lain kerana kita tidak pernah berada di tempat mereka. Tidak menghadapi situasi yang sama. Tidak ditimpa perkara yang pada kita boleh dielak tetapi tidak pada mereka. Tidak punyai tekanan peribadi dan bebanan sekeliling yang serupa. Merasai seperi apa yang mereka rasa.Memang amat mudah untuk kita mengata. Apatah lagi mengeji kerana ucapan di bibir bertalu-talu seperti mata yang cepat menghukum, tanpa diperiksa dulu alasan dan keperluan sesuatu perkara itu berlaku.
Ada masa Ujang seakan mahu dimatikan dan hidup semula. Ujang mahu buka bab baru dalam lembaran hidup Ujang. Kerana terlalu banyak perkara yang Ujang tidak dapat tanggung.Bila orang cakap abaikan saja, buat macam ia perkara biasa ataupun hadapinya sekuat mana sekerah daya, Ujang rasa itu semua Ujang tidak mampu. Bukan Ujang tidak mahu. Ujang selalu persoalkan kenapa dan mengapa ia (kejadian) awal-awal lagi harus berlaku.Jikalau semua yang ditakdirkan untuk Ujang benar, adalah ia bakal menjanjikan Ujang apa yang Ujang tidak gemar?
Setulus manapun hidup ini dilalui, masih songsangkah tapak yang Ujang bina ini?Orang selalu fikir ia perkara mudah. Sedikit usaha, dengan sedikit kemahuan, segalanya boleh berubah. Cuma mahu atau tidak mahu saja. Ia tidak semudah itulah makcik Zainung.Wajarkah kita menyelimuti hidup ini dengan rasa bersalah dan kalah kepada desakan orang lain. Bagai nilai diri sendiri dan hidup yang diberi adalah sumpahan Tuhan kepada hambaNya yang dijadikan untuk dinistai.Wajarkah juga selama mana kita hidup, kita menyelubunginya dengan rasa takut dan gementar, kaget menanti apa lagi kesalahan dan kehendak kita yang bakal dibubuh cacian dan diterjah makian.
Alangkah baiknya jika perkara yang sebenar seringkas sesenang sesungguh seperti apa yang mereka kata. Alangkah hancurnya hati bila mereka dengan mudah memanah cemuhan bisa, meludah hukum alam yang dilaknat tuhan kepada manusia-manusia seperti Ujang.Tapi adakah mereka pernah berada di tempat Ujang, menjadi manusia yang sama kekuatannya dan berbilang kelemahannya, sepanjang masa berperang dengan diri sendiri dan juga dengan pandangan orang, mencari kedamaian dan ketenangan yang tak kunjung datang, menagih kasih sayang yang acapkali malang, menjadi manusia seperti Ujang, seperti Ujang, seperti Ujang?!!
Pernah ujang cakap dalam hati....Mereka cakap Ujang hidup dalam dosa. Ujang tanya "korang pasti masuk syurga?"Mereka cakap kami ahli semua neraka. Ujang tanya "berapa pasti korang suci dan mulia?"
Ujang mendongak ke atas, mengagumi ciptaan tuhan yang luas, mencongak kuasaNya yang tidak terbatas. Ujang lihat, bulan dari jauh bagai rupawan, bintang dalam pandang tidak berbayang, tidak terbilang.Ujang terfikir, ada pernah bulan dan bintang berbicara? Apa pernah mereka berpegangan tangan menampung angkasaraya? Memerhati, selama mana manusia akan bertahan. Selama rahmat doa dan nikmat dosa, dibeza-bezakan?Suatu hari, Ujang tahu, tuhan akan menjunjung Ujang ke muka langit dan meraikan kepulangan Ujang.
Kepulangan yang seluruh angkasa tunggu-tunggu, yang dirindu-rindu.Sudah cukup rasanya kesusahan yang menimpa Ujang di bumi. Ia harus pergi. Ujang sesungguhnya layak untuk kehidupan yang baru, tenang dan hakiki.Ujang mahu kedamaian di situ, yang pandangannya sejauh infiniti, yang atmosferanya harum semerbak kasturi dan yang petala langitnya tertinggi, dicipta untuk Ujang.Tidak akan pernah wujud kerisauan, tidak akan pernah ada kesedihan. Ujang inginkan semua itu TUHANNN......
Posted by Ujang_MD ::
10/29/2006 10:00:00 AM ::
4 Comments:
Di kesempatan ini UjangMD & Makcik Zainung ingin mengucapkan Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin sekiranya sepanjang penulisan UjangMD dalam blog buat korang semua tersinggung. UjangMD menyusun Sepuluh Jari minta ampun dan Maaf andai ada keterlanjuran. Terutama Pada teman-teman rapat.. pada si dia yang pernah bertaut di hati Ujang.. Ampun maaf di pinta..Pada Makcik Zainung pun Ujang nak minta maaf jugak... MAAF MAK!! Tahun nie ujang beraya kat Dungun.. Raya ke-4 baru balik ke Kuala Terengganu. Selamat Berhari Raya!!
Posted by Ujang_MD ::
10/23/2006 10:39:00 AM ::
1 Comments:
Ujang tidak pasti sama ada Ujang harus membiarkan hati ini rentan ataupun mula merawat kecederaan Ujang dari ramuan pengalaman. Ujang mungkin telah terlalu biasa dengan perkara sebegini hingga hati enggan memikiri apa yang telah terjadi. Adakah hati terlalu letih hingga luka ini tidak lagi pedih?Apa yang Ujang rasai sekarang tidak penting, kerana apa jua yang bakal datang, Ujang harus jua tempuh. Bagai tiada pilihan, Ujang semestinya kena berdepan.Teman-teman cakap Ujang ada kecenderungan untuk jatuh cinta pada orang yang salah. Adakah dia suatu kejadian yang salah? Ujang tidak rasa begitu.
Ujang telah sahut cabaran yang dilaungkan Ujang sendiri. Bukan dia yang datang tetapi Ujang yang undang. Ujang yang berjanji kepada diri bahawa jika ditakdirkan kami tidak menjadi, Ujang sanggup.Setidaknya Ujang telah buat yang terbaik untuk menyayangi dia dan menguji diri Ujang. Menguguhi dugaan dan mencabar kesusahan perhubungan. Ujang telah perjudikan kemampuan Ujang, kemahuan Ujang dan kekuatan emosi Ujang. Ujang citakan yang terbaik dan terindah untuk dia. Tetapi mungkin apa yang terbaik dari Ujang tidak cukup baik untuk dia.Ada Ujang kecewa? Mungkin ya. Mungkin Ujang sedikit kecewa. Tetapi bukan kerana Ujang ditinggalkan dan dia mengambil halatuju yang berlainan. Ujang kecewa kerana Ujang gagal.
Ujang kecewa kerana Ujang gagal mengotai janji dan membuktikan kepada diri bahawa Ujang mampu.Sampai saat ini Ujang belum lagi meratapi kekalahan ini. Belum menangis kerana dia telah tiada. Air mata Ujang masih ego. Masih sombong terkandung dalam kantung.Ada seribu macam perkara yang bergelutan dalam minda Ujang. Ada seribu macam perasaan yang merancun hati Ujang.Seringkali, bila Ujang ingin luahkannya satu persatu ke sini, untuk Ujang tatap dengan mata dan untuk Ujang baca ceriteranya, entah mengapa Ujang tidak berdaya. Semuanya tidak pula mahu menjelma.Adakah Ujang sendiri gementar dengan perasaan yang tersembunyi dalam hati?Entahlah.
Ketahanan yang Ujang ada sekarang hanyalah dengan menahan diri dari terus melawat memori. Membiarkan sikap evasif Ujang mengambil tempat dan mencuba sehabis daya untuk terus menghindar. Menghindar dari terus kalah.Tetapi, terjauh di sebalik jiwa yang pasrah, Ujang terfikir, dapatkah Ujang ulangi lagi memori yang pernah Ujang kecapi, segala kenangan yang telah pun pergi?Adakah semua yang akan Ujang alami selepas ini, bakal menjadi kenangan yang tidak dapat Ujang simpan?Kini, bila dia tiada lagi, bila bahagia hanya mimpi, dapatkah Ujang sedar semua ini. Adakah esok ia akan terus serupa? Adakah esok Ujang akan terus berduka?
Esok adalah hari raya... Yup... entah kenapa syahdu betul bila ujang dengar bait-bait lirik lagu raya aishah...Setitis Cahaya Di Aidilfitri...
Setitis Cahaya Di Aidilfitri (Aishah)
Di sekitar suria yang menyinar Hadirnya mendung meliput cahaya Di sebalik senyum tawa riang Timbul tangis hiba di fajar mulia
Kekosongan melanda diriku Bak sembilu menyayat di kalbu Mengenang nasib diri sebatang kara Mengharungi cabaran berliku
Takbir menusuk jiwa ku Terkenangkan kisah-kisah lalu Keinsafan menghantui diri Berkekalan 'kan ku ulang kembali
Sepatah doa mengiring diri Setitik cahaya untuk meniti Pedoman buat di hari muka Moga ketenangan teman yang setia
Posted by Ujang_MD ::
10/23/2006 09:43:00 AM ::
1 Comments:
Semalam. ujang tersedar daripada lamunan yang panjang. terjaga dari mimpi. tersentak dengan waktu yang berlalu. Rupa-rupanya Ujang hidup dalam berpura-pura, kepura-puraan dan tiada realistik. Ujang manusia bosan. bosan dengan kerja, bosan dengan rutin, bosan dengan masalah, bosan dengan susah, bosan dengan senang, bosan dengan segalanya. cis! Tiada seinci pun ujang mengucap syukur. Dengan apa yang diberi, dengan apa yang Ujang ada, dengan apa yang Ujang dapat, dengan apa yang Ujang lalui. Ujang manusia bosan dan juga manusia yang tak bersyukur. Lalu sedetik terkemudian, Ujang berfikir. tentang segalanya. tentang kerja, tentang rutin, tentang masalah, tentang susah dan senang dan tentang hidup. adakah hari ni lebih baik dari semalam?
Ujang manusia bosan, Ujang manusia yang tak bersyukur dan Ujang juga manusia yang berfikir. Lantas Ujang rancang, ujang susun, Ujang teliti, Ujang halusi. idealis or realis? angan-angan atau wawasan? cakap kosong atau perancangan? Ujang manusia bosan, Ujang manusia yang tak bersyukur, Ujang manusia berfikir dan Ujang juga manusia yang mahukan matlamat. Orang lain dah hebat, orang lain dah berjaya, orang lain dah hidup senang, orang lain dah kaya, orang lain dah mampu tolong orang lain. Ujang dimana? Ujang kemana? Ujang masih disini, tak banyak ubahnya. cis! masih sama. Ujang bangun, Ujang pandang depan, Ujang langkah ke depan. Ujang temui jalan buntu. arghhh! esok saja.
Ujang masih tercari2 apa sebenarnya yang Ujang cari..pelik kan? Bilamana hati berkata YA tetapi akal TIDAK..Hmm..Bila difikirkan semula, Ujang gagahi jua melayan hati yg ntah apa2 nie..tetapi, nun jauh disudut hati..ini bukan jalan yang azali..bukan jalan yang harus Ujang pilih..tapi, bak kata orang..bila yang salah menjadi GAH, dan yang betul merasakan MASALAH...inilah jadinya..diri umpama tenggelam dalam punca..Kini..Ujang gembira begini, gembira atas apa yang berlaku dalam masa yang sesingkat ini..rasa seolah apa yang Ujang cari sebelum ini telah Ujang temui..tetapi bila hati menjadi satu pada Yang Maha Esa..Ujang jadi keliru..keliru yang selalu Ujang war2kan...Argh..Hati ini......
Sukar Ujang memahaminya..rasanya...biarkan Ujang dalam dunia Ujang sendiri untuk sementara..dunia yang pada mulanya Ujang rasakan bahagia, tapi tidak untuk selamanya..Ujang akur, sementelah diri sedang gembira, hargailah ia..Ujang akur..cumaa...UJANG, Ujang bukanlah orang yang terus leka dengan kebahagiaan yang sementara..Ujang suka bahagia yang seketika, tetapi pada yang sama..
Ujang jua terbayangkan akan natijah2nya kebahagiaan yang seketika ini..Arghh..betapa susah..Duhai hati..mengapa mesti berbelah bahagi? adakah ini dugaan atau ada hikmah disebalik apa yang berlaku? Ujang tunggu..dan pada masa yang sama, Ujang tetap celaru..Kini, apa yang Ujang bayangkan adalah....akan berbaloikah apa yang bakal berlaku esok? Setelah seribu satu rasa yang meruntun jiwa, setelah kekeliruan yang datang tak terhingga2..akan berbaloikah?
Ujang tunggu...tetapi..Ujang tak mengharap...tak perlu mengharap pada sesuatu yg tak pasti..takut kelak diri yang merana..Ya Allah,berikan Ujang masa untuk Ujang ubah semula haluan yang tak bertepi ini..tetapi..Sempatkah Ujang?? hanya KAU yang mengetahui..Ujang atur, Ujang susun, Ujang rancang...agar segalanya berjalan dengan rapi di esok hari...tapi tak bermakna, Ujang mengharap pada sesuatu yang Ujang tak pasti......... Ujangkah itu...
Posted by Ujang_MD ::
10/22/2006 11:31:00 AM ::
0 Comments:
Ujang terpanggil bila banyak kali ditanya kenapa tulisan Ujang berbaur kesedihan, putus harapan dan kesunyian. Ujang juga sering ditanya tentang itu dan ini, apa maksud di sebaliknya? Sebenarnya, tulisan Ujang dan "Dunia Ujang" adalah seiringan. Kalau merungut tentang kesedihan dalam penulisan Ujang kenapa masuk kedalam "Dunia Ujang". Setiap manusia mempunyai caranya dalam melepaskan perasaan yang tersirat atau terselindung dari pandangan mata kasar manusia. Manakala "Dunia Ujang" mempunyai caranya dalam kesedihan dan kesayuan. Ada seorang teman Ujang berkata, kenapa bila sedih saja ditulis kenapa tidak kegembiraan.
Dalam kehidupan kita, realiti kehidupan kita adakah kita akan menyuarakan kegembiraan. Ibarat lagu-lagu yang sering diputar dan menjadi idola sekitar adakah lagu kegembiraan. Kita boleh nampak betapa lagu-lagu tersebut dengan kesedihan kehidupan, bercinta dan lain-lain.Bagi Ujang tiada yang perlu diseriuskan dalam "Dunia Ujang". Ibarat hiburan dikala sepi dan kesedihan dikala kita gembira itu sahaja. bagi tidak perlu siapa sahaja meneroka lebih jauh kedalam mengenai "Dunia Ujang". Hanya mainan perasaan yang ditemui jika semakin jauh diterokai. Cukuplah bermain dipermukaan "Dunia Ujang" dan tidak diteroka jauh ke dasar.
Ujang harus teruskan perjalanan yang tergendala ini, walau Ujang tahu destinasinya masih tidak pasti, tidak Ujang ketahui.Ada kuasa yang kuat dalam diri Ujang sebenarnya, untuk tidak digantung atas harapan, agar tidak melayang menghempas jagat dan hasrat yang terbentang.Ujang sudah sampai suatu tahap di mana kebolehan Ujang mempersoalkan kerja tuhan, terlantang dan terbaik. Jika Ujang di zaman sejarah melayu dulu dan tuhan itu adalah sultan melaka, sudah lama rasanya kepala Ujang dipenggal dan tubuh jijik Ujang ini dicincang lumat menjadi makanan khinzir di hutan.
Ujang sudah hampir tidak percaya kepada manusia, bahkan lagi dengan perkataan cinta. Mungkin Ujang gemar sangat mengorbankan diri untuk lihat insan lain gembira. Atau Ujang terlalu buta untuk mengenal kasih sayang dan palsu asmara. Biarlah.Ujang tidak mampu untuk duduk di sini lagi. Jiwa Ujang kosong. Ada berjuta perasaan yang ingin Ujang luahkan ke sini, namun bila kata demi kata yang terkeluar dari minda Ujang ini di susun dalam ayat, ianya berderai dan berkecai, sebagaimana perasaan Ujang.
Ia bertaburan dan kemudiannya terpelanting ditiup angin. Haruskah ia hilang?Mungkin Ujang harus berhenti seketika. Untuk tegur pendirian dan untuk kenal kembali diri sendiri. Ujang secara langsung, sudah mula faham ungkapan ini. Mungkin kerana ujang merasainya. Mungkin kerana jiwa kami senada.I have learned to love that which is meant to harm me, so that I can stand in the way of those who are less strong. I can take the bullets for those who aren't able to. Hmm mudahan aidifitri tahun nie bawa seribu kemanisan dalam hidup Ujang amenn..
Posted by Ujang_MD ::
10/21/2006 10:39:00 AM ::
0 Comments:
Argh.. hari ini liat betul nak bangun pi kerja...Pagi yang dingin ini kekadang tidak mengerti keadaan. Setelah ia rentap tirai malam dari tidur Ujang, buruk lakunya makin terserlah. Bayu sejuk menerpa masuk mencelahi ruang tingkap, menyentuh dan menyuntik organ terluas tubuh Ujang hingga rasa gigilan. Seraya, seangkatan tentera hitam yang kurus-kurus di betis Ujang menegak(apa tu ek???), mengerah keringat membanting usaha. Cepat-cepat Ujang kaut kerumun udara yang ada, membarisi tiang-tiang roma dan melapisi struktur tebat, melawan kedinginan pagi.Tidakkah Pagi tahu Ujang mahu terus lemas dalam pelukannya.
Usah Ujang dikejutkan biar hari sudah membuta. Abaikan manusia ini seketika. Atas pentas beradu, yang Ujang tidak mahu berlalu, yang Ujang damba diteruskan kehangatan dakapan itu. Ujang ramas dan Ujang alihkan dia ke sana sini, mencari "sweet spot" untuk Ujang meneruskan kemalasan Ujang sambil separa lena. Bukan semua kelemasan itu menyiksakan, yang ini amat membahagiakan. Ujang eratkan lagi lingkungan pelukkan Ujang. Ujang genggam kuat-kuat tubuhnya(bantal lol) agar dapat Ujang lepaskan segala yang dirindu dalam jiwa.
Ujang usap lengkuk tubuhnya mengingat saat akhir dirinya Ujang belai.Dia bagai dalam kebiasaan, sekadar terdiam dan membiarkan semuanya berlaku. Tanda kebenaran Ujang perlakukan dia. Mungkin dia faham perasaan Ujang yang dipenuhi harapan, tinggi dan melintang luas. Tiada salah jua untuk Ujang meluahkan isi-rasa pada kala yang sesuai begini. Aduhai Makcik Zainung, Ujang gamit melangit saat ini.Alangkah indahnya jika perasaan, dalam keadaan ini tidak hilang selamanya. Immortal seadanya. Semangat syukur Ujang yang diselangi haba aliran tubuhnya membuatkan Ujang hilang masalah. Membawa Ujang bebas, terlepas ikatan duniawi yang mencabar dan celaka. Ujang mengumpama Ujang sudah sampai di sana.Terima kasih atas kesudianmu bantal kerana menemani diri ini, dalam lena atas mesra. Bawa makna.
Arghh di tempat kerja lagu di tempat kerja. Mungkin hati Ujang telah boleh disamakan seperti batu. Pernah dulu Ujang pernah berkata hati ini amat sensitif dan bila terluka memang amat payah diubati. Mungkin itulah kelahiran Ujang, menjadi manusia yang begitu. Mungkin ternampak seperti Ujang terlalu mementingkan diri, tapi dalam hati ini siapa yang tahu. Pengorbanan Ujang, masa Ujang, semuanya adalah penting bagi Ujang. Ujang mungkin gagal mempertahankan hak Ujang, tapi perlukah Ujang tahankan hak yang bukan milik Ujang. Betapa selagi kita mempertahankan, selagi itu dia semakin jauh.
Mungkin ini pengajaran yang perlu Ujang ambil. Ketika ini, segala yang Ujang lakukan adalah untuk kebaikan semua pihak disekeliling Ujang. Ujang tidak mahu wujud sebagai orang tengah atau apa-apa yang berkaitan dengan dunia Ujang lagi. Ada ketika Ujang begitu malu dengan diri Ujang sendiri. Benar kata Makcik Zainung, kadangkala yang kita harapkan mungkin itu bukan harapan kita. Ujang mula mengiyakan kata-kata itu. Mungkin ada hikmahnya, dan yang terbaik untuk Ujang buat kisah masa depan Ujang bukan dia. Dan mungkin akan muncul yang lebih indah dari itu.
Bagi Ujang masa dan pengorbanan Ujang amat penting bagi Ujang. Ujang bukan lagi yang dulu. Ujang bagaikan kelahiran semula, segala kenangan dan memori Ujang dulu akan Ujang tanam sedalam-dalamnya dan Ujang takkan benarkan sesiapa untuk membukanya kembali. Bukan menambah gembira dihati tapi menambah gundah yang sedia ada. Biarlah dia kenal diri Ujang yang baru. Sebagai Ujang yang dilahirkan semula. Dan kisah untuk masa depan Ujang akan UJang buka yang baru.Tiada lagi harapan lama, akan ujang bina harapan baru ditapak baru dan takkan tanam ditapak yang lama.
Segalanya telah mengajar Ujang menjadi lebih dewasa dalam memikirkan yang terbaik untuk Ujang. Ibarat batu, akan Ujang campakkan jauh di tengah laut kenangan yang akan Ujang simpan selamanya. Akan Ujang sisipkan segalanya di dalam hati Ujang.Terimalah Ujang seadanya dan itulah Ujang. Kasih Ujang takkan berubah dan itulah yang satu. Ujang tidak mahu menjadi seperti mereka yang lain, dan Ujang bila bercinta, jiwa dan perasaan Ujang adalah pertaruhan Ujang. Jadi jangan sia-siakannya. Seperti dia yang membuat UJang berkecil hati selamanya.
Bila Ujang melangut ke langit melihat bintang-bintang, Ujang tahu ada kemungkinan dalam beberapa jarak, (mungkin sebatu, mungkin beribu) dia juga memandang langit yang sama. Langit yang mungkin tak berubah sejak sedekad lalu.Mungkinkah dia juga sama? Sekelumit perasaan yang tertanam sangat dalam hinggakan ia tak dapat berubah. Atau cuba di buang tapi saki bakinya sangat degil melekat.(fikiran penuh harapan yang hanya memungkinkan apa yang kita ingin percaya, jadi kita buat andaian. Supaya kita tak mati tanpa harapan)Tapi Ujang manusia, yang jangkahayatnya hanyalah sehela nyawa bintang-bintang. Tak mungkin Ujang tak berubah.Kadang-kadang Ujang melihat diri ini seperti gunung-ganang, seperti bintang-bintang, yang memerhati perubahan sementara diri Ujang, menanti dan kekal seperti bila-bila.Malam ini bawalah diri yang dulu, lengkap dengan bau, lengkap dengan rasa kulit, lengkap dengan tabiat, lengkap dengan riak-riak wajah, biar realiti dulu dicipta semula dalam mimpi,sedang tidur Ujang diperhati bintang-bintang.
Posted by Ujang_MD ::
10/19/2006 09:39:00 AM ::
0 Comments:
Kini…Ujang faham,apabila Ujang melemparkan kesedihan pada seseorang,pastinya kesedihan itu akan kembali semula kepada Ujang, Ujang faham…kesilapan yang lalu,pasti sukar menjadi syarat bagi kebahagiaan di masa hadapan, Ujang faham…tiadalah guna menanam harapan,andai tidak diserta dengan logik akal, Ujang faham…apa yang digenggam selama ini hanya bayang-bayang, tatkala cahaya menghilang,baru tersedar yang digenggam hanya angan angan, kosong tiada apa,dan Ujang cukup faham…semuanya hanya angan- angan… dahulu…jika Ujang faham…mungkinkah nanti?!!
Indah sungguh hidup berteman,bermacam ragam,bermacam perangai,ada yang sungguh menggeletek hati,sungguh beruntung memiliki teman,yang membuatkan kita rasa selesa dan sentiasa tersenyum… melihat telatah dan jenaka,sudah tentu senyuman terukir pada bibir ini,walau di dalam hati masih terbuku satu perasaan sedih dan pilu,itulah anugerah dalam hidup berteman.... tidak kisahlah dia itu suka mengepau atau sebagainya,asalkan kehadiran teman itu benar- benar mengubat kelukaan hati,selama 26 tahun hidup di dunia Allah ini,bermacam jenis manusia yang ditemui,dan dari bermacam jenis itu,telah terpilih manusia yang ditakdirkan untuk Ujang berteman…syukur kepada Allah ~atas kurniaannya ini..dan sesungguhnya teman itu adalah kurniaan tuhan dari lambakan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada yang mengenali diri Ujang,samada yang dekat atau yang jauh,ketahuilah bahawa diri ini,menghargai perhubungan yang Ujang curahkan…semoga Allah merahmati Ujang~.. Namun...arGHHH.....
Bila cakap pasal Takdir pulak.. Hmm rasa macam nak mengeluh jer.. Hmm...Siapa yang dapat mengelak dari takdir? Bila Ujang menerima kemenangan Ujang harus bijak memandang kebesaran dari sebuah kata ‘takdir’ kerana ia milik Allah. Dan bila ternyata kalah perlukah penyesalan, mengeluh pada Tuhan kemudian putus asa dan berakhir dirumah sakit jiwa. Kata-kata diataslah yang dapat membuat Ujang bertahan. Bertahan dari apa? Entahlah! Terlalu banyak takdir sudah Ujang hadapi, membuat Ujang terbiasa dan tidak menganggapnya remeh.
Ujang peduli dan tawakkal dengan tidak menyalahkan takdir diri ini. Cuma yang tak suka dari takdir adalah meninggalkan perasaan luka yang dalam dan sulit yang tak sesuai dengan kehendak hati. Kesenyapan dan keheningan di malam bulan Ramadhan selalu membuat Ujang mengenang bagian takdir yang ada. Dan bulan ini cerita ini dimulai. Kenangan manis akan menyusuri di sisi Ujang. Bersamanyalah takdir Ujang selusuri sebagai hikmah tersendiri.Best Mengelamun...
Posted by Ujang_MD ::
10/18/2006 08:34:00 AM ::
0 Comments:
Semalam ujang duduk kat beranda sorang2.. selami hati sendiri,,Bukalah mata,lihatlah melalu jendela hati dan lepaskanlah kaki mata meninjau jauh kedaratan.Kukuhkan pintu hati supaya luas terbuka,biarlah pewarna masa melewati kamar.Bayangkan masa depan penuh dengan cabaran. Yup.. semestinya.Gunakanlah segala apa yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan lagi perjalanan dipadang penghidupan ini.Hati ujang berbisik.. ada benarnya.. kenapa mudah sangat ujang lafazkan?? tetapi begitu susah mahu di ikuti.. kenapa dan kenapa persoalan sajer yang hadir sekarang??
Pernah orang berkata bahawa hidup ini adalah perjuangan dan sesungguhnya perjuangan ini menuntut pengorbanan. Sememangnya tidak dinafikan lagi hakikat ini,perjuangan dan pengorbanan tidak dapat dipisahkan lagi bagai mata hitam dan mata putih.Jangan pula terlalu takut dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku didalam hidup dan masa hadapan kerana ketakutan itu satu kekalahan.Selain itu jangan pula lekas kecewa apabila tewas didalam mengejar cita-cita sebab putus asa itu ibarat orang yang mati sebelum ajal. Yup.. uajng perlu kuat.. ujang pernah cakap kan? Yang tumbuh pasti akan berganti kan??? Yup..
Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.Seandainya Ujang menyedari hakikat kehidupan pasti diri Ujang tidak tenggelam dalam khayalan.Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya. Usia remaja hanya sekali dalam hidup,pelbagai cabaran dan perkembangan sekeliling mempengaruhi kehidupan jiwa dan perasaan yang masih muda.Ketekunan belajar,kesabaran,kekuatan jiwa fizikal dan mental disamping iman yang teguh.Sifat tidak mudah putus asa dalam memenuhi ilmu didada . Pengalaman pahit dan manis menjadi pengajaran dalam kehidupan yang lebih realiti.Dari itu usahlah dipersiakan usia remaja kerana ianya ibarat pohon yang masih muda.
Pernah dengar.. "Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah reban beralih gelanggang, tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang".. Hmm kena sangat kan dengan situasi ujang.Kepentingan atau keperluan...perlukah ada sikap itu dalam sesuatu hubungan...Ujang sendiri tidak faham dengan hubungan yang terbina atas dasar ini...jika kehadiran Ujang tiada kepentingan atau keperluan di situ...adakah insan yang bergelar teman ini ingin bersama dengan ujang???Entahla...sebenarnya Ujang hampir rasa putus asa untuk berteman...tapi...Ujang tidak boleh begitu...perasaan yang sebegitu...jika ada..Ujang terlalu mementingkan diri sendiri...ermmm...Ujang tidak mahu dikuasai rasa itu...jadi Ujang harus melupakan apa yang terjadi...mungkin Ujang terluka...tapi tak mengapala...insan lain juga punya hati dan perasaan...sukar rasanya menjadi Ujang...
Kenapa yer ada perasaan ingin tahu...ingin tahu sesuatu yang bukan hak untuk tahu??...persoalan yang Ujang sendiri tidak memahaminya...perkara ini terjadi pada Ujang dan juga insan yang hampir dengan Ujang...tidak salah rasanya perasaan ingin tahu tu...kalau kena dengan caranya...kena dengan haknya...KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN...bukan hanya untuk sebuah perhubungan atau persahabatan...luas maksudnya dan luas juga bahagian yang dirangkumi oleh KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN...susah sebenarnya menjadi Ujang...semua yang berlaku pada Ujang...bukan pinta Ujang...tapi ianya telah pun ditakdirkan dan keimanan Ujang begitu rapuh bila diuji dengan ujian itu...andai ada insan yang merasa duduk ditempat Ujang...mungkin dia akan merasainya...beruntungla pada insan-insan yang diluar sana tidak diuji seperti Ujang...walaupun diuji...masih dijalan yang sama...
Persoalan demi persoalan sering diajukan tapi seringkali itu jua Ujang tak punya jawapan pasti....aper yang mampu Ujang lakukan hanya senyum dalam tangisan sendiri.....bukan Ujang kecewa mahupun menyesali takdir yang telah ditetapkan untuk Ujang....Ujang tetap pasrah dengan apa saja....bukan jua Ujang pinta untuk jadi begini...tapi tak semua memahaminya.......
Ujang dihujani dengan seribu satu pertanyaan demi pertanyaan ...namun Ujang tak tahu jawapan pasti..... siapa ujang di sisinya...aper hubungan Ujang....huss....maner Ujang tau.....kerana Ujang tak simpan perasaan itu.....kerna Ujang takut kan terluka lagi..... pedih...pedih....rasa Ujang senang dengan status Ujang kini....tapi sampai bila...persoalan lagi.....usah hujani Ujang dengan pertanyaan yang Ujang tak mampu nak jawab...tolong fahami akan Ujang..Ujang dilahirkan bukan untuk dihina mahunpun dikeji..Tolong....
Posted by Ujang_MD ::
10/17/2006 09:01:00 AM ::
0 Comments:
Today is nuthin much changing?but I learned at least sumthing bout life..ahakss? ?u wish to have tomorrow to be there for u...but u don?t realized that today is the day that hopefully only there for u ?because it might be no tomorrow for you??so grab the change today to have what u want to do and what u wish to? To my mum...I luv u mom?thanks for always be there when I need u so much? U can tell and u can know my problem and can read my instinct...even though im not told u before?ahakss..thats my mom?she?s really special to me? Beliau lah ibu yang paling tabah?ibu yang paling penyabar?ibu yang paling berjiwa cekal..ibu yang penyayang?ibu yang paling2 Ujang sayang selama ini..thanx to Allah for giving her for me? This year even though I always make u worry..make u angry..make u sad..make u always..hurt?I still luv u?forever and ever?mum?I luv u alwayssss. Makcik Zainung yang paling Ujang sayangi.. sekarang ujang mengerti.. hanya mak yang layak kasi kasihs ayang untuk ujang.. Dan sekarang uajng loser.. mak lah seorang yang berada di sisi ujang.. thnxx makcik zainung!!
Sekarang ujang dah dapat terima.. biarkan musim-musim kegembiraan berlalu pergi. Yup.. biarkan.. uajng still ada makcik zainung kan? kan?? mak kan?? kita leh hidup berdua macam dulu kan mak??
Ujang pernah menerima sms dan telefon teman2.. bahawa ada teman dan rakan rapat Ujang sendiri bercerita tentang diri Ujang kepada kenalan2 lain.. ah!! biarkan dengan mereka... dunia mereka tak habis2 mencari siapa orangnya.. dunia gossip liar.. tetapi yang hakikat adalah diri Ujang adalah diri Ujang sendiri...banyak yang ingin Ujang lakarkan disini.. banyak yang Ujang ingin taipkan..tetapi Ujang kehilangan kata2.. Ujang kehilangan segalanya kosong minda Ujang .. beku mati hati Ujang... apakah ada harapan lagi untuk Ujang meneruskannya.. ?
Tetapi disini adalah ruang hidup yang Ujang suka sekali..mana mungkin Ujang meninggalkan dunia penulisan Ujang yang telah sebati dalam hati Ujang.. kalau tidak menulis di blog Ujang menulis di kertas2 kosong...kemudian Ujang ulang membaca.. dan membaca apa yang telah Ujang lakarkan.. tetapi kekadang Ujang biarkan ia menjadi cebisan kesakitan yang Ujang longgarkan dari ikatan hati Ujang... teman kadang datang dan pergi..silih berganti... tetapi yang benar2 dekat dihati adalah yang menerima Ujang seadanya.. sebagaimana diri Ujang sebenarnya dan tidak bergossip dibelakang Ujang.. memandang Ujang dengan wajah Ujang yang sebenar..kerinduan datang bertali arus pada orang2 yang Ujang tinggalkan..
Ujang kuat dan Ujang cekalkan hati.. untuk tidak kembali lagi sebelum hati yang tertoreh dengan kata2 bisa akan tertanggal dari hati Ujang.. Ujang ingin lagi melangkah jauh dari itu..akan Ujang tinggalkan semua kesayangan Ujang..masihkah ada kesayangan?? rasa Ujang telah Ujang bebas dan lepaskan semuanya.. yang ada cuma diri Ujang yang keseorangan dalam kamar yang amat gelap dan terkunci.. Ujang mengunci semua pintu kamar Ujang..kini.. jangan lah di godak godek lagi... Ujang sudah menyahkan semuanya... biarlah mimpi itu paling manis.. "memang kebenaran itu tidak membunuh.. tetapi kebenaran itu kadang2 melukakan perasaan..." perasaan yang sangat halus.. kita bukan lari dari kebenaran.. cuma bersembunyi disebalik topeng yang bukan diri kita.. untuk meninggalkan diri kita yang kita sendiri tidak sayangi dan cintai...
Ujang sudah malas bermimpi tentang teman2 yang manis didepan sedang mengopak sayap Ujang dibelakang..selamat tinggal untuk teman2 yang sebegitu... Ujang tidak suka orang mencari siapa diri Ujang.. cukuplah orang kenali Ujang cuma "sumpitt" ... kerana Ujang tidak mencari orang.. yang Ujang cari adalah teman untuk Ujang berbicara seketika..kata teman baik Ujang kenapa perlu begitu...? Ujang mesti meninggalkan semua itu kerana itu adalah janji Ujang...biarpun kaki Ujang terseret..
Ujang bakal meninggalkan juga kesukaan Ujang.. yang sudah menjadi medan tempur untuk memburukkan sesama sendiri... kesian.. aneh nya manusia.. yang dipanggil sahabat@ teman hidup.. tetapi masih lagi berdiri dalam bayang hitam pekat hati benci dendam ..yang amat dalam... iri hati..busuk hati masih bermaharajalela.. sedang sebenarnya kita sepatutnya sudah matang dalam hidup... menerima baik dan buruk seseorang dalam diri mereka.. kepalsuan biarpun menyakitkan.. kebenaran biarpun melukakan...semuanya adalah rencah hidup untuk kita menjadi makin dewasa dalam pukulan ombak kehidupan.. itulah rencahnya menjadi manusia .. kita menerima diri orang lain seadanya.. kerana manusia didalam dunia ini tidak ada yang bersifat dengan sifat sempurna itu cuma adalah sifat yang maha kuasa.. oleh itu kita mesti menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada setiap orang bukan menjebak mereka dalam rencah gossip yang tiada kesudahan... meleraikan masalah dengan baik jangan menambahkan lagi kepada masalah yang baru.. yang itu dalam pemerhatian Ujang tidak pernah ada dalam diri teman2... masing2 menegakkan pendirian memasing tanpa berani membuka ruang diri untuk melihat kebaikkan dan keburukan dalam diri sendiri..
Ujang sesungguhnya bukan orang yang baik2 kerana Ujang sentiasa melakukan kesilapan.. dan dari kesilapan itulah Ujang mahu menjadi matang dalam menilaikan erti sebenarnya orang yang ada dekat dengan kita dan berbaik dengan kita...ruang kamar ini kekadang melemaskan Ujang... tetapi ujang masih mahu sempat bermimpi2 biarpun mimpi itu cuma sementara... dan saat2 manis itu masih lagi didalam sel sel kamar terkunci dalam minda Ujang...Sekarang hanya satu.... Ujang sangat sayang dan menyintai Mak ujang setulus hati Ujang.........
Mak selagi kaki ujang melangkah jauh.. selagi itulah hati ujang semakin dekat dan amat dekat dengan mu mak... Yayayaaa.. ujang ada mak... cukuplah kasih sayang mak...chow...
Posted by Ujang_MD ::
10/16/2006 09:13:00 AM ::
2 Comments:
Bukan mudah untuk melupakan seseorang atau suatu kenangan yang begitu bermakna dalam hidup kita.Semua orang ada kenangan masing-masing,mungkin pahit atau mungkin juga teramat manis.Pernah Ujang bertanya soalan bodoh pada seorang teman."Boleh ke kita lupakan seseorang tu.Lupakan terus?".Dan dia menjawab "Mana mungkin Ujang,Mustahil la nak lupa,hanya orang yang hilang ingatan je akan terlupakan segala kisah-kisah lama". Ujang diam,memang benar kata dia.Mana mungkin terlupa.Suka atau tidak,kenangan yang kadangkala menjeruk hati itu tetap kita usung kemana-mana.Kekuatan diri sahaja yang mampu buat kita melupakan sedikit demi sedikit.Ataupun,hanya sesekali teringat.
Seringkali kita berpesan pada orang-orang yang kecewa."Lupakan je dia,lupakan semua kenangan".Hanya mudah di kata tapi sukar nak di kota.Payah. Ujang mengaku yang Ujang ni jenis yang payah nak melupakan seseorang atau sesuatu yang meninggalkan kesan di hati Ujang.Ambil masa berbulan-bulan atau bertahun. Ujang memang hidup dalam kenangan sejak dari dulu.Dan itu yang membuatkan Ujang lebih berhati-hati.Kalaulah segala yang tersimpan dalam kotak memori itu boleh di servis, Ujanglah orang pertama yang akan buat begitu. Tapi,seandainya kenangan itu terlalu manis,kenapa pula harus dilupakan walaupun insan yang turut berada dalam kenangan itu entah kemana menghilangnya.
Hati yang sentiasa memujuk kotak fikiran supaya terus menyimpan kenangan,bukankah begitu sebenarnya?Orang selalu berpesan begini "Buat apa la kita ingatkan orang yang tak pernah ingatkan kita langsung?".Harapnya tidak begitu,kadangkala Ujang rasa bila kita ingatkan seseorang,mungkin dia pun teringatkan kita juga pada masa yang sama.Dan begitu juga sebaliknya.Ia umpama jantung berdetak hebat tiba-tiba dan hanya satu nama yang melintas dalam fikiran.Sepuluh tahun,biar berapa tahun telah berlalu,takkan pernah terlupa selagi kita mengizinkan segala kenangan yang tertinggal bersarang dalam fikiran.Hanya satu yang pasti,hanya ini sahaja yang boleh menenangkan hati.Ingat padaNya selalu.Takkan pernah timbul kekalutan dalam diri bahkan ketenangan yang akan kita dapati.
Ujang patut terima bulat2 keputusan ujang ini.. Segala kenangan biarlah ia berlalu bagaikan angin bayu..Kekadang terasa adakah diri ini terlalu kejam kerana tinggalkan sal?? Entah ujang tak pasti.. cuma satu yang ujang harapkan moga sal beroleh apa yang di hajatinya selama ini.
Ujang mahu jadi seperti dulu. Terkasima mencari realiti di dalam fantasi. Atau mungkin juga masih tercari identiti Ujang sendiri. Siapakah Ujang? Bagaimanakah sifat Ujang? Hahaha…. Ujang sendiri tidak tahu jawapannya. Betul kata orang… kita tak mungkin dapat menilai diri kita sendiri. Jadi? Haruskah Ujang teruskan pencarian Ujang itu? Perlukah Ujang memburu sesuatu yang Ujang sendiri tak pasti akan jawapannya? Entah. Entah? Adakah itu sahaja jawapan yang Ujang dapat? Entah. Ah… Hentikanlah. Sia-sia semua itu.
Jawapannya adalah mudah. Kau ialah kau sekarang. Biar kau berubah… biar kau merantau…. Itulah diri kau wahai Ujang. Kau tak pernah bertukar jasad bukan? Ha… kan Ujang dah cakap, kau ialah kau. Kau bukan Mahathir. Kau bukan BradPit. Haha… tak perlu kau ikut mereka. Sia-sia. Mengapa? Kerana kau ialah kau dan mereka ialah mereka. Emm… aku mengerti sekarang. Ujang ialah Ujang. Peduli apa Ujang dengan kata-kata mereka. Biar Ujang jahat di mata mereka. Biar Ujang hina pada pandangan mereka. Yang penting… Ujang ialah Ujang. Kan?
Pernah ujang tertanya...Adakah insan-insan yang mempunyai secebis kasih sayang untuk dikongsi semakin kurang di dunia? Atau, adakah mereka lebih suka menyimpannya buat hidangan sendiri? Atau, adakah mereka juga sebenarnya seperti Ujang? Terlalu berat untuk Ujang meminta kepada mereka. Ujang tak mahu membuka pekung di dada. Tapi, Ujang juga tidak mahu luka di hati bernanah selamanya. Jadi apa yang harus Ujang lakukan? Seperti tadi. Jawapan yang Ujang ada hanyalah entah.
Kawan ketawa mudah ditemui, kawan menangis jarang dijumpa. Itulah kata pepatah. Dan hari ini, sekali lagi Ujang terpaksa mengakui hakikat kebenaran kata-kata ini. Sudah puas Ujang bersabar. Sudah acapkali Ujang mengalah. Tapi adakah ini balasan yang Ujang terima? Ujang tidak pernah menyimpan keinginan untuk berdendam. Malah ketika Ujang menyakiti hati Sal dahulu, Ujang jadi serba tak kena dan rasa bersalah menghantui Ujang. Lantas Ujang cuba sedaya upaya untuk menebus kesalahan Ujang dengan segera. Bukan Sal sahaja. Malah Ujang rasa, dengan semua orang Ujang begitu. Tetapi kenapa ini balasan yang Ujang terima? Insankah mereka? Tidak cukupkah keinsanan Ujang? Ini yang membuatkan hasrat Ujang semakin luluh. Insan… tidakkah kau mengerti hati seorang insan yang lain?
Rumah kampung.. bila sunyi pasti kedengaran bunyi2 cengkerik.. dan juga ujang seorang lelaki kampung yang tiada apa kemajuan.. seorang lelaki yang kurang pelajaran.. yang selalu di pertikaikan.. hmmm apalah nasib ujang. Ujang rasakan...Rengekan cengkerik di luar kamar Ujang seolah-olah mengejek Ujang. "Krek-krek-krek-krek…..krek-krek-krek-krek…." Agh!!! Diam!!!! Suasana hening seketika. Kemudian kembali bunyi ejekan tadi. "Krek-krek-krek-krek-krek-krek-krek….. krek-krek-krek-krek-krek…" Ah.. pedulikan saja si cengkerik. Memang patut dia mengejek ujang. Siapalah ujang berbanding dengan si cengkerik. Ujang hanya si huma berterbangan di tiup bayu. Terumbang-ambing. Tidak pasti arah tujuan. Itulah Ujang. Si cengkerik? Dia bebas. Dia boleh melompat ke sana-sini. Dia boleh terbang ke situ-sini. Dan… dia boleh mengejek Ujang!
Kenapa Ujang dilahirkan begini? Hidup Ujang langsung tiada kemanisan kasih sayang atau pun kenikmatan kebahagiaan. Adakah ini semua satu dugaan? Tapi sampai bilakah dugaan ini akan berterusan? Adilkah? Atau Ujang ini manusia yang tak reti erti syukur? Ya Tuhan! Tabahkanlah hati Ujang ini untuk berhadapan dengan ujian-Mu ya Allah! Tapi… mampukah Ujang hadapinya? Adakah Ujang bersedia? Agh…. Kenapa mencurah-curah soalan di benak Ujang ini? Ceh.. soalan lagi. Ujang bosan!!!!
Apakah harapan dan impian Ujang? Sudah pasti Ujang ingin berjaya. Meneruskan kecemerlangan seperti mana yang telah Ujang lakukan satu tika dulu. Menaikkan imej Ujang di mata ramai. Itulah impian Ujang. Itulah harapan Ujang. Ringkas, tetapi sukar dicapai.Keinginan. Ya. Semangat untuk mencapai cita-cita sudah hampir UJang pupuk. Biarpun masih belum membara, tapi Ujang yakin azam Ujang semakin kuat berbanding dengan beberapa purnama lepas. Ujang akur bahawa Ujang perlu berubah dan menuju ke arah cita-cita Ujang.
Berpeluangkah Ujang? Mengapa tidak. Jalan terbuka luas mengalu-alukan kedatangan mana-mana musafir sekalipun. Hatta mereka yang cacat dan luka juga tetap diterima. Jadi mengapa tidak diri Ujang? Ujang masih bernafas. Ujang tidak cacat. Mungkin cuma luka. Tapi luka Ujang masih boleh diubati. Siapa tahu penawarnya bakal kutemui di penghujung jalan?
Apalah gunanya sebuah kapal yang tidak pernah berlayar? Umpama sepohon kayu tidak berbuah dan tidak berdaun. Seperti rerama yang tidak berkepak. Tiada erti baik untuk dirinya mahupun kepada alam sekelilingnya. Begitukah Ujang? Inginkah Ujang jadi begitu? Atau Ujang begitu ingin tidak jadi begitu? Atau Ujang begitu dan begitu tidak ingin jadi begitu? Ujang tidak begitu. Ujang juga tidak ingin jadi begitu. Jadi?" Don't get tangled up with 'maybe… maybe someday.' "
Ujang nekad.. ujang telah buat keputusan dan ujang patut terimanya dengan hati yang terbuka.. Ujang patut tanggung risiko apa yang telah ujang putuskan.. ujang harus teus melangkah ke depan.. yang patah akan tumbuh dan yang hilang pasti akan berganti... yang pergi biarkan lah ia pergi tak perlu di ingati.. muadahan suatu hari bahagia kembali... amen.. Makcik Zainung.. i need u............
Posted by Ujang_MD ::
10/15/2006 08:36:00 AM ::
0 Comments:
Letih betul ujang hari ini... Balik dari KL cepat2 ke tempat kerja.. mujur flight tak delay..kalau tak sure lambat ke tempat kerja.. Dah 2 minggu ujang terpaksa kerja hari sabtu. Banyak keje yang kene selesaikan before raya. Hari ini mungkin hari paling sedih bagi ujang.. Hari ini mungkin dah terjawab segalanya. Hari ini mungkin ujang dah bagi kata putus dan hari ini juga mungkin ujang nekad dengan keputusan ujang kali ini. Walau hati perit.. walau hati gundah.. ujang kene tetap kuatkan semangat menempuh hidup seharian ujang seperti biasa.
Akhirnya 2 hari lepas ujang jumpa jua Sal.. setelah hampir sebulan lebih tak bersua muka,.Rindunya ujang tidak terkira. Ujang rasa selesa sangat ketika itu.. rasa cukup lengkap hidup ini.. rasa diri ini girang gembira tak terkata. Sal pun sama... dari riak wajahnya ujang tahu dia cukup gembira. Ujang kucup pipi sal.. agak malu dirinya..Malam itu begitu manis sekali buat kami berdua...
Namun kegembiraan hanya seketika..ada sahaj perselisihan faham antara ujang dengan Sal.. Ujang pun bingung kenapa sekarang uajng mudah sangat bertengkar dengan sal.. dan pada masa yang sama juga mudah untuk kami berbaik..Entah.. ujang betul2 tersinggung dengan Sal... Ujang rasakan sal makin berani ikut lepas mulut bila bercakap. Ujang tak salahkan dia.. mungkin dia buat macam tu coz dia betul2 meragui kejujuran ujang. Tapi semalam.. time berbuka puasa dengannya kat Time Square ujang betul2 makan hati dengan sal.. bukan kali ini sahaja.. tapi sebelum ini pun.. selalu di banding kan itu dan ini... Yer sal.. abg kalah kalau nak lawan sal...dan abg sedar abg tak layak. Ujang penat sangat. nak menaip pun malas.. Ujang telah buat kata putus.. biarlah hubunagn uajng dengan sal berakhir di sini.. Itu yang terbaik untuk diri ujang mahupun sal. Memang pahit.. mmang pedih.. hubungan yang di bina dan di semai bersama tiba2 hancur sekelip mata. Bukan tidak mahu selamatkan hubungan dah berkali2 uajng cuba.. namun ujang juga yang merana. Ujang tak tahan.. biarlah luka sekarang daripada kelak akan meracuni badan pula. Maafkan abg Sal...Abg harap sal bahagia dengan kehidupan baru nanti.. moga sal jumpa seorang lelaki yang sekelayakan dan berfikiran orang bandar seperti yang sal hendakkan?? Maafkan abg andai selama hubungan kita ini abg banyak lukakan hati sayang. Maaf atas segalanya... Ingat sayang,... abg bukan kejam, abg bukan tiada belas kasihan.. Abg cukup faham betapa pedih andai berlaku perpisahan.. Bukan abg sengaja mahukan perpisahan ini.. abg sudah fikir sedalamnya.. ini untuk kebaikan bersama.. maafkan abg sayang... abg harap sayang jaga diri baik2.. cari seorang yang betul2 menyayangi sayang... orang yang sedudukan dengan sayang..Maaf....
Posted by Ujang_MD ::
10/14/2006 10:48:00 AM ::
0 Comments:
Dunia oh dunia. Dunia Ujang gelap membawa lari kecerahan dulu, tiada sinar yang mampu menerangi hidup ini. Ujang melarikan diri ini dari dia bagaikan satu tamparan hebat buat diri Ujang. Bersusah payah Ujang teruskan perjalanan tanpa menoleh ke arahmu. Kau pula bersusah payah menjejaki Ujang setiap malam, musykil dengan aktiviti Ujang. Maafkan Ujang. Teratak itu mencabul kehormatan Ujang, maruah Ujang tercemar seperti dulu. Maafkan Ujang, kesucian Ujang hilang di mata dunia. Bumi mungkin sedang jelek memerhatikan Ujang, pokok-pokok mula membisikkan sesuatu, mencemuh Ujang yang hina. Ujang sedar, tapi nafsu itu buas.
Rasa macam diri ini banyaks angat dosa dengan orang... yer.,. ujang mengaku uajng ada buat silap... Manusia mana tak pernah buat silap.. Tapi mungkin silap ujang nih.. kesilapan yang sering terjadi kut ... entah lah.. Mungkin dia selalu beranggapan yang bukan-,bukan terhadap ujang.. entah lah.. Ujang sendiri pun pening.. mungkin dia beranggapan macam nih kut pada ujang....
Hurmmm.. Awak sedar tak apa yang telah awak lakukan? Di mana maruah awak? Tak malu ke?Apa yang awak nak sesalkan? Hanya kerana kejadian tempoh hari saja yang menyebabkan awak rasa menyesal? Untuk apa hidup awak sebenarnya? Oh, saya tahu, itukan dunia lama awak dan awak sendiri bangga menjadi diri awak yang dulu, sebab itulah awak rasa menyesal kerana saya dan bukan kerana teratak itu! Saya kata! Saya nampak dan saya dengar dari rakan-rakan awak sendiri. Rakan-rakan lama kita. Awak sendiri berada di depan mata saya. Apa lagi yang hendak di nafikan? Jangan jadi naif! Mungkin itu anggapan dia pada Ujang... Tapi sedarkah??? Lusuh? Macam bajulah pula. Baju yang saya pakai ni pun agak lusuh.Iyalah, saya seriuslah ni. Kenapa pula saya yang di persalahkan dalam hal ni? Sayakah punca segalanya? Hurmmm... mungkin saya bersalah, saya tidak sempurna mana. Niat saya untuk mendidik awak.Tidak sangka, begini pula jadinya. Langkah saya tak kena. Saya sedar bahawa cinta ini terpaksa di kongsi dan kadang-kadang cinta kita terpencil. Saya bukan sengaja. Saya cuba untuk membawa arus perubahan diri, dan cuba alirkan pada awak. Fahamkah awak akan keadaan yang sedang saya hadapi ini?Entah lah..ini yang ujang andaikan... Terpaku Ujang di hadapan Tuhan, Bertafakur memikirkan nasib Ujang yang hanyut kembali ke dunia lama. Ujang kalah dengan ego Ujang sebagai lelaki. Air mata ini tak dapat di bendung lagi, terlalu sedih, teramatlah sedih mengenangkan semula kisah-kisah hitam dahulu. Ujang bersalah, Ujang tidak sepatutnya memaksa. Ujang tidak sepatutnya meminggirkan. Ujang tidak sepatutnya membawa haluan tuju Ujang sahaja dan melupakan kau terpinga di dunia sementara ini. Ujang silap, Ujang tersilap langkah. Mungkin Ujang tidak layak, belum layak, tiada kelayakan untuk dirimu. 'Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa Ujang. Kesilapan Ujang memberi kesan padanya. Kesan yang mendalam itu akan membawanya ke lembah hitam yang mungkin sukar untuk di kikis. Pengalaman dulu telah mengajarku erti gentar, gentar pada kemurkaanMu. Sehingga kini, bayangan gelap itu seronok mengejar Ujang, mematahkan semangat Ujang dan mengagungkan keegoan dulu. Ujang takut untuk mendekatinya lagi. Oh Tuhan, Ujang memohon padaMu, teguhkanlah secebis iman yang masih ada dalam diri Ujang. Jangan kau biarkan syaitan-syaitan itu merobek segalanya melainkan dengan kehendakMu. Tak rela Ujang melihatnya dalam keadaan sugul tak bermaya, melawan nafsu buas itu seorang diri. Andai Ujang punca segalanya, jauhkanlah dia dari hidup Ujang, moga dia selamat dunia akhirat. Andai Ujang dan dia berpeluang ,selamatkanlah hubungan ini dengan sesucinya. Ya Rahman, moga perkenankan doa Ujang. Ameen. Malam ini Ujang ke KL.. ujang nak berjumpa Sal.. biarlah.. banayk perselisihan faham ujang dengannya.. Mungkin cara berjumap macam nih boleh eratkan balik hubungan ujang dengannya... Ujang pergi cuma sehari, hanya untuk pergi berbuka puasa dengan Sal.. Harapan uajng moga hubungan ujang kembali tenang.. amen..
Posted by Ujang_MD ::
10/12/2006 09:18:00 AM ::
0 Comments:
Alhamdulillah ujang diberi nyawa untuk menyelusuri hidup ini..moga nyawa ini akan terus mendiami tubuh hingga akhir bulan ini, sekurang-kurangnya.Rasanya terlalu ingin cepat beredar meninggalkan tahun 2006.Tahun ini merupakan tahun yang begitu melemaskan dan menyesakkan kantung hati dan serabut fikiran. Dari awal tahun hinggalah ke saat ini, hanya dua rasa yang Ujang bawa setiap hari - sedih dan pilu.
SEDIH dan PILU.Apa perasaan kalian jika orang yang kita taruh kepercayaan lebih dari kita mempercayai diri sendiri tergamak menodai kepercayaan itu?..Apa perasaan kalian jika orang yang kita harapkan terus tidak mengendahkan? Ujang tak tahu apa rasa di hati kalian.Tapi di hati ini masih bersarang kesedihan dan kepiluan.
Ada pembaca yang menulis di sini mengatakan sukar sangatkah untuk Ujang mengusir perasaan itu. Ujang terus mengiyakan - YA.Mungkin kalian akan mengatakan betapa bodohnya Ujang menaruh setinggi itu sebuah harapan. Tapi itulah Ujang. Ujang hanya memandang pada janji.Mungkin di hati ini sudah tidak seperit dulu, tapi kesan itu akan Ujang ingat selagi nyawa ini mendiami tubuh Ujang.Kesan itu akan sentiasa menjalari hingga menjerat diri ini. Bukan mudah untuk Ujang melupakan apa yang telah berlaku.Mungkin Ujang pinta difahami. Dan Ujang diminta untuk memahami.
Ujang sudah cuba untuk memahami hingga sanggup melupakan keselesaan hati. Ujang sanggup jika itu untuk orang yang Ujang sandarkan kepercayaan. Biarlah dia menemui kebahagian walaupun Ujang sendiri perit diselubungi kekecewaan. Itu hasrat Ujang.Tapi Tuhan, Engkau masih ingin menguji Ujang. Sifat memahami Ujang, sifat merelakan dalam diri Ujang tidak cukup untuk membiasakan dia mengucapkan terima kasih, malah ditinggalkannya kesan yang pahit di hati ini. Biarlah....Tuhan, moga cepat tahun ini beredar...moga cepat 2007 mendatangi..moga 2007 akan aku temui kebahagiaan.
Acapkali, manusia selalu mendambakan pemahaman orang lain terhadap dirinya. Tetapi, manusia sering lupa, adakah dia juga cuba memahami orang di sekelilingnya. Mungkin di sini, nampak seperti Ujang terlalu mengagungkan diri. Tapi itulah perasaan yang ingin Ujang luahkan. Bukan untuk mendabik dada -Ujanglah yang paling bagus - Ujanglah yang paling setia. Bukan. Ini hanyalah luahan dari rasa hati. Kerana yang memahami bukan kalian, tetapi Ujang, dan Tuhan.Kerana hanya Ujang dan Tuhan yang memerhatikan setiap keadaan dan waktu yang sudah berlalu itu.Memang dulu Ujang bodoh. Terkejar-kejar ingin menyelamatkan silaturrahim. Membuat pengorbanan yang terlalu besar, melepaskan dia pergi bila cita-cita dipuncak utama. Mengiyakan walaupun Ujang pedih dan dia gembira. Tak mengapa. Biarlah.Tapi, rupa-rupanya, ada kisah di sebaliknya. ada anganan disebaliknya. Bukan cita-cita perkara utama, hanya kenangan lama membataskan segalanya. Mungkin segala ini adalah musabab kejadian. Ujang relakan Tuhan. Kerana Ujang tahu, dia mungkin berbahagia saat ini. Hanya Ujang pinta pada-Mu Tuhan, kurniakan Ujang azimat pada bulan ini. Kurniakan Ujang kekuatan pada bulan ini. Dan tolong kurniakan dia jua kekuatan. Andai dia sedih di kala ini, hapuskan kesedihannya Tuhan. Andai dia buntu di kala ini, tunjukkanlah dia jalan yang lurus. Andai jalannya payah dan berliku, pimpinlah dia Tuhan.Ujang hanya ada Engkau untuk terus membimbingnya. Ujang hanya ada Engkau untuk terus memberkatinya. Ameen.
Memang tepat jangkaan Ujang. Di kiri tidak mahu yang itu. Di kanan belum lagi memberi kata putus. Ujang di tengah bagai terhimpit. Besar sangat kah masalah ini? Pada Ujang tidak. Perkara ini kecil, tetapi dibesarkan oleh kedua belah pihak. Di kiri mahukan adat, di kanan mahukan kelainan. Ujang? Ada dia tanya? Ada dia tahu? Kalau begini caranya, malas betul Ujang nak teruskan. Ujang tidak mahu pun berdepan, mahu sahaja kaki Ujang lari.
Terbaik untuk Ujang, tidak semestinya baik untuk yang lain. Setahu Ujang, dia mahukan terbaik untuk Ujang? Mungkin inilah yang terbaik. Mungkin Ujang yang tidak tahu berbincang. Mungkin Ujang suka ambil jalan senang dan ringkas. Mungkin, kerana Ujang adalah Ujang. Restu itu perlu. Pembaziran itu tidak. Ujang hanya buat yang mampu. Jika di kiri dan kanan tetap berdegil dan ungkal, Ujang akan lari. Ini Ujang pasti.
Posted by Ujang_MD ::
10/11/2006 09:38:00 AM ::
0 Comments:
Entah hari nih ujang betul2 kesunyian. Ujang menanti bila saat Ujang akan ketawa riang kembali. Di mana ujang boleh tersenyum semula. Ujang boleh menjadi girang, mungkin Ujang kembali meringankan diri Ujang yang semakin hari semakin berat kini. Kadang2 Ujang rasa tak mampu nak teruskan perjalanan ni. Terlalu jauh tanpa sesiapa di sisi. Mungkin terlalu pendek jika terlalu ramai di sisi. Ujang perlukan dia menemani hidup Ujang yang semakin hari semakin tidak menentu. Tak boleh ujang katakan secara jujur pada dia, Ujang terlalu takut untuk jadi seorang yang jujur. Tak pernah Ujang suarakan, Ujang tidak pasti kenapa. Mungkin tiada apa yang bakal berubah jika itu yg akan berlaku.
Sejak bila ujang berubah Ujang sendiri tak pasti. Rasanya seperti tiada siapa pun yang nak mendekati Ujang. Mungkin Ujang terlalu banyak keburukan berbanding kebaikan. Orang yang selau dengar keluh kesah Ujang sekarang pun dah tak layan ujang.. entah lah!! Hari2 Ujang mendongak ke langit, andai kesemua bintang di langit itu mampu berbicara, sudah pasti Ujang tidak lagi ingin berganjak dari jendela putih itu. Jujur Ujang cakap ujang terlalu setia pada sebuah persahabatan jika itu boleh terjadi. Ujang ingin jadi seperti dulu. Tapi di mana permulaan dan ke mana pengakhirannya? Ujang ingin tahu hujungnya di mana supaya Ujang dapat kembalikan semula keriangan itu. Ujang sendiri tidak tahu. Ujang sendiri buntu.
Ujang bertemankan diri Ujang sendiri. Ujang hadirkan diri Ujang dalam malam, mahupun siang. Ujang masih berjalan, terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Ujang tidak tahu siapa yang mengekori Ujang, Ujang tidak mahu ambil tahu. Ujang terlalu berbeza. Ujang pernah cuba untuk jadi seorang manusia biasa, Ujang cuba. Tapi Ujang tak berjaya. Kenapa? Kenapa masih tidak mampu. Ujang masih menanti masa yang sesuai, tempat yang sesuai, dan sahabat yang sesuai. Tiba suatu masa, Ujang akan temui juga. Tapi bila? Ujang tidak sabar, tapi hati nie merasakan terlalu jauh lagi untuk capai matlamat itu.
Ujang pernah berjumpa dengan orang yang salah. Terlalu ramai mengiringi hidup ini sehingga Ujang jadi serba salah dengan Tuhan. Rasa hidup ini sering di perhati, dan Ujang jadi tak menentu. Ujang mempermainkan hidup manusia???. Inilah akibatnya Ujang tidak berjumpa dengan mereka yang betul2 Ujang percaya. Mereka yang mampu bimbing Ujang. Ujang masih terikat dalam suasana sunyi. Ujang tidak mahu terus hidup dalam kehitaman. Kembalilah kau sinari hidup ini seperti dulu. Ujang hipokrit, itu saja yang mampu Ujang katakan. Ujang hidup terlalu mencari kesenangan, Ujang inginkan kesenangan di akhirat juga. Ujang tidak mahu mengambil sepenuhnya, bahkan Ujang membahagikan pula jalan untuk menanganinya.
Mungkin korang semua tak memahami. Ujang terlalu berahsia. Tak guna Ujang katakan jika tak siapa memahami. Tak guna Ujang merayu jika tak siapa sudi mendengar. Tak guna Ujang memujuk jika tiada siapa yang ingin membantu. Hidup ini terlalu pelik. Ujang tidak tahu ke mana arah tuju, di mana manusia yang mampu iringi hidup ini di bawah sinaran cahaya Ilahi. Mungkin korang lihat Ujang biasa, tidak nampak cacat celanya. Ujang masih bergantung dalam satu kenderaan dakwah. Mempersuarakan kehebatan Islam, melaungkan takbir. Tetapi itu hanya penipuan. Benar, Ujang lakukan keranaNya. Tapi tiada siapa nampak di ruangan sudut hati yang penuh kesunyian ini. Tak siapa NAMPAK! Hanya Tuhan yg tahu betapa Ujang memerlukan seorang insan di sisi. Sayang Please!!!
Hidup ini sungguh mengasyikkan. Di kala memerlukan, terlalu mengidamkan. Di kala kekurangan, terlalu menginginkan. Di kala kesunyian, terlalu mengharapkan. Ujang berbohong pada mereka, Ujang berbohong pada semua, Ujang berbohong pada diri sendiri. Hanya Tuhan boleh membaca apa yang tersirat.
Sesungguhnya Ujang bermohon padamu ya Allah yang hati Ujang berada dalam tanganMu.. Kurniakanlah hati ujang kekuatan, ketabahan, ketenangan untuk menghadapi cubaan dan ujian ini sebagai hambaMu yang bersyukur. Sungguh ya Allah... tidak sekali-kali akan Ujang berpatah balik kerana Ujang sekali-kali tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimurkaimu. Inilah ujianmu.. dugaanmu buat Ujang...buat diri menilai kembali sejauh mana keimanan Ujang kepadaMu. Sungguh Ujang bukan pengecut... akan Ujang hadapi bersamanya ya Allah...berilah kekuatan pada Ujang.Janganlah kau jadikan ujang dari kelompok manusia yang ragu-ragu dan golongan manusia yang lemah keimanannya.
Sungguh ya Allah tidak akan Ujang berpatah balik... ujang bermohon ketetapan hati ya Allah untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri ini ya Allah. Hati Ujang goyah ya Allah... iman Ujang tipis. Kurniakanlah hati ini kekuatan... hatinya juga ya Allah. Kurniakanlah ketabahan buat kami... ketenangan dan kedamaian, kurniakanlah hati-hati kami secebis kedamaian dari taman-taman syurgaMu ya Rabbi. Berilah kekuatan buat diri kami untuk berjihad bermula dalam diri sendiri, juga berjihad untuk mu ya Rabbi. Sungguh ya Allah benar kata kekasihmu "jihad yang paling besar adalah jihad melawan diri..melawan hawa nafsu dan perasaan".
Duhai tuhan yang pengasih lagi penyayang...duhai pemilik hati-hati yang kerdil...dengarlah rintahan hati hambamu ini ya Allah. Kurniakanlah kekuatan buat diri Ujang dan dirinya untuk meneruskan perjalanan kami ini ya Allah.. semoga kami beroleh Nur Mu dipenghujung perjalanan kami...Amen.....
Posted by Ujang_MD ::
10/10/2006 09:26:00 AM ::
0 Comments:
Bagi Ujang, hidup ini bagaikan sebatang rokok. Setiap batang mempunyai alur serta masa tersendiri. Tak jauh berbeza, begitulah hidup. Setiap insan mempunyai alur yang harus dijalani meski dalam alur setiap orang berbeza-beza. Masa, hal itu yang akan kita sertakan dalam mengharungi alur hidup setiap insan. Masa, hal yang menentukan seberapa cepat atau bahkan lamanya Ujang menapak untuk hidup.
Rokok juga mempunyai masa tertentu, tergantung sang penghisapnya. Semakin sering serta semakin dalam sang penghisap menghisapnya maka semakin cepat pula rokok itu akan menjadi sebuah puntung. Kehidupan tak jauh berbeza. Semakin Ujang tidak bergaya hidup sehat, semakin cepat pula Ujang menjadi mayat. Tapi tunggu dulu, ini hanyalah rumus kesihatan Ujang. Kenyataannya mungkin selaras bahkan melencong jauh, mungkin hal ini yang di tegaskan oleh Tuhan. Ya, lagi-lagi Tuhan yang menentukan. Apakah Ujang bukan seorang penentu kehidupan Ujang.. Bodohkan soalan???. Kenapa Tuhan tak membuat semuanya sesuai dengan apa yang Dia inginkan, kalau Ujang tak dapat mengatur apapun yang Ujang lakoni?
Andai Ujang boleh menulis takdir ujang seperti menulis di atas kertas, pasti uajng akan menulis cerita bahagia yang tiada penghujungnya. Andai juga ujang dapat melukis kehidupan ujang seperti melakar di atas kanvas, pasti uajng corakkannya dengan warna-warna yang ceria.. Oh itu hanya mimpi atau realiti??? Entah lah...
Posted by Ujang_MD ::
10/09/2006 10:55:00 AM ::
0 Comments:
Hari ini ujang still tak ada mood.. Bukan sebab gaduh ngan mak atau ngan keluarga. bukan kerana duit ker apa... Duit leh cari.. tapi.. Ujang pelik sungguh ngan Sal.. Kenapa dia buat endah tak endah jer kat ujang? Kadang2 ujang terfikir nak balas dendam kah dia pada UJang?? Tapi nak balas dendam buat apa kan? Ujang ok jer ngan dia.. tapi cara perwatakan dia tuh dah lain macam.. ishh... malas Ujang pikir.. Biarlah.. apa nak jadi- jadi lah ujang tak nak ambil peduli. kadang2 ujang rasa diri ujang nih macam angin jer.. terus berlalu dan berlalu.. Entah lah... Mungkin selama ini uajng pernah buat silap.. tapi tiadakah kemaafan?? Ujang pun sekarang dah hilang seorang kawan yang amat baik dengan uajng.. entah lah.... Takut main dengan mulut.. kerana nanti merana badan.. kan kan??
Entah lah jika Ujang merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... Allah tahu betapa keras Ujang sudah berusaha. Ketika Ujang sudah menangis sekian lama dan hati Ujang masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmata ujang. Jika Ujang fikir bahwa hidup Ujang sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-sama ujang. Ketika Ujang merasa sendirian dan teman-teman Ujang terlalu sibuk untuk bertanya khabar Ujang..... Allah sentiasa berada di samping Ujang. Ketika Ujang fikir bahwa Ujang sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya.
Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan Ujang merasa tertekan... Allah bersama Ujang untuk menenangkan Ujang. Jika tiba-tiba Ujang dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepada Ujang. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan Ujang merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkati Ujang. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan Ujang dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepada Ujang. Ketika Ujang memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...Allah sudah membuka mata Ujang dan memanggil dengan nama Ujang. Oleh itu ingatlah Ujang bahwa di manapun atau ke manapun Ujang berada...Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di samping Ujang. Ujang tahu itu semua.. tapi kenapa uajng masih mahu mempertikaikannya?? Entah lah...
Posted by Ujang_MD ::
10/08/2006 11:28:00 AM ::
0 Comments:
Hari ini ujang agak moody sikit. Entah lah kenapa?? Mungkin sebab masalah kewangan kut.. Tapi kalau nak ikutkan .. hidup nih..kalau tak der duit semua kerja tak jadikan?? Kemana entah duit gaji untuk bulan nih.. ingatkan bulan pose nih leh lah simpan sedikit duit untuk hari raya nih. tapi makin tak ada duit adalah.. Kadang2 pikir terfikir ujang... mujur lah tinggal dengan mak.. makan minum dah lepas.. kalau tinggal jauh dari mak.. apa apatah lagi kan?? Ujang sendiri tak pasti kemana duit uajng pergi... tolak hutang itu.. tolak hutang bank.. member ada pinjam... arghh sekarang dalam poket tak sampai RM150 phew.. setengah bulan tak sampai lagi.... Nih Insya-Allah kaalu ada rezeki ujang nak pi jumpa Sal on friday nih.. nak berbuka puasa dengannya.. biarlah sekali cuma.. asalkan uajng dapat merasai waktu berbuka dan bersahur dengan Sal. Hmm ticekt flight pun stil tak beli lagi... huhuhu nak beli ngan apa?? air liur?? Uwa..... tidakk!!!
Hidup ini serius uajng cakap.. kekadang uajng rasa heppy sangat.. kekadang uajng terasa kosong sangat. Semalam mak ada cakap pasal ayah (ujang lebih biasa panggil BAT). Bat nak ajak kita orang sekeluarga makan bersama.. Korang tahu lah ujang mana join ngan Bat.. sebab dia habis keluarga ujang lintang pukang dahulu. Anak2 pompuan semua balik dengan dia..cuma anak jantan jer yang kurang sikit dengan Bat.. termasuk uajng.. Entah dah lama ujang tak jumpa dia.. bertahun-tahun. Aik.. tiba2 nak datang.. apa ke hal?? Ujang tak marah.. datang lah..Dia ada hak.. mak masih isteri dia.. uajng sebagai anak tak leh masuk campur.. tapi cuma satu.. jangan datang time ujang ada kat rumah.. i dun like him..seriously.
Semalam pun ada hal jugak.. Ujang kan memang kurang kamcheng ngan ABg Long.. semalam ramai2 pakat berbuka rumah dia.. UJang pulak tak nak berbuka kat sana.. yer lah kurang mesra dnegan abg long uajng tuh.. yang menyibuk dalam segenap hal.. pergh.. so uajng mintak tolong bini dia.. merangkap kakak ipar ujang hantarkan lauk sedikit untuk ujang.. Hmm ehh abg long ujang dengar kat corong telefon cakap.. tak usah hantar.. Ujang kan pantang dengar.. haa.. terus letak pone lah.. Tengok jam pun dah kul 6.00petang.. Bawa motor tak tahu hala-tuju.. uajng ke bandar.. singgah bazar Ramadhan dekat Taman Syahbandar Padang Maziah.. banyak Ujang beli makanan.. Ikan bakar, kerabu perut, kuih lagi.. ngan pukat jala.. ngan air tebu. prghh puas hati!!
Sebelum berbuka uajng called Sal.. banyak tadi uajng tukar duit syiling.. Dah lama tak dengar suara manja sal.. Hmm terubat rindu.. pergh!! Tapi kenapa Sal macam endah tak endah jer ujang sekarang? Bila ujang cakap sayang tak ujang lagi?? Dia cakap sayang .. sampai bila2..Tapi kenapa ujang rasakan ada perubahan pada diri sal.. uajng tak dapat nak berkata2 tapi ujang dapat rasakan yang sal seakan mahu ubah cara dia.. entah lah.. Terpulang lah.. janji sayang abg kat sayang tiada limitnya. Indah kan.. kalau hidup kita nih penuh warna-warni kan???
Posted by Ujang_MD ::
10/07/2006 12:09:00 PM ::
0 Comments:
Sakit hati betul semalam.. Kat tempat kerja langsung tak ada connection internet.. Ingat kan server down sekejap jer.. berlarutan sampai Ujang nak balik.. Hmmm memang boring giler... Mujur ada Sal.. hmm dialah yang duk bersms ngan ujang ehehe...." Yang.. suka tak kad raya tuh?? cantik tak?? besar tak?? suka tak bunyi lagu tuh?? ehehhee.. for u k.. selamat ari raya ehhee.....". Eh.. balik rumah cubalah nak online .. ces.. still same.... server is down huhu... sabar je lah.. so terus lelapkan mata ada gak faedah kan kan??? Kadang kala Ujang terasa seolah-olah dunia ini terlalu perlahan buat Ujang.. benarkah? adakah ia suatu permainan yang mengganggu hati dan akal yang ligat berfikir... Ujang melalui perjalanan kehidupan dalam pelbagai resepi pengalaman yang mana ramai mengatakan ia akan mematangkan fikiran. Berapa ramai yang matang dan berapa ramai pula yang kecundang.. adakah wujud formula dalam membina kematangan melalui pengalaman..hati manusia terlalu lemah.. akal yang kerdil tidak mampu mendidik hati agar patuh pada-NYA.. benarkah Ujang ini cuai dalam tanggungjawab.. atau adakah Ujang tidak terdidik untuk patuh.. atau ada makhluk ghaib yang memesongkan hati kepada kelalaian.. kenapa semuanya disandar untuk mencipta kelalaian...??? atau patutkah hati bertindak pada naluri ciptaan-NYA...
Ujang tiada jawapan pada apa yang Ujang tidak faham tentang halnya.. jawapan sebenar ada pada setiap insan yang melalui kehidupan... akal dikurnia untuk berfikir.. hati untuk memilih.. dan naluri untuk membenar atau menidakkan keputusan... dan akhirnya diri Ujang yang akan memberi jawapan.. andai dibenarkan diri Ujang memiliki segalanya.. rasa puas dan seronok.. kerana Ujang tidak perlu memilih lagi.. tidak perlu menghiraukan apa-apa... namun.. sesungguhnya.. apabila Ujang sedar, Ujang telah melukai hati yang lain..antara dua kecantikan.. bolehkan memiliki keduanya.. adakah dibenarkan memiliki keduanya...jika Ujang ingin memiliki keduanya, maka akan menjadi tidak cantik lagi kerana keduanya tidak pernah membenarkan diri mereka untuk bersama... bagi Ujang ia indah... tapi bagi mereka...?
Ujang adalah kerdil, berdiri dengan kaki yang lemah.bertatih dari kecil.. bertongkat bila tua..perlukah Ujang memiliki segalanya jika yang tinggal adalah pahit?kenapa perlu semuanya jika setiap saat dibelenggu perasaan bersalah?kenapa tidak memilih agar yang ditinggal adalah kenangan...kenapa tidak memilih agar yang tinggal adalah bahagia...
Jika Ujang tahu bahwa pada saat ini Ujang sedang bercengkrama dengan api, yang Ujang juga tahu bahwa api itu begitu panasnya dan dapat membakar hangus tubuh Ujang, maka Ujang juga harus mempersiapkan diri jika pada suatu saat api tersebut akan membakar tubuh Ujang,... entah itu hanya jari, tangan, atau seluruh anggota tubuh Ujang....Berwasapadalah!! Dalam hidup Ujang setiap hari belajar dan belajar,.. Jadikanlah semua cubaan dan derita dalam hidup sebagai suatu pembelajaran dengan mengambil hikmahnya...Percayalah bahawa semua itu akan dapat menjadikan Ujang lebih kuat, lebih tegar dan lebih dewasa.... Suatu saat Ujang akan bersyukur pada tuhan atas semua pembelajaran ini... ini adalah pelajaran hidup yang sangat berharga... Ketika Tuhan menguji Ujang dengan berbagai macam peristiwa, Ujang harus berusaha untuk lulus dalam ujian itu, kerana jika Ujang tidak berusaha, maka Ujang akan dapat terjatuh lagi kedalam lubang yang sama, ... Jangan pernah lari dari permasalahan, kerana kehujung dunia manapun Ujang pergi, masalah itu akan tetap ada,... Ingatlah bahawa masalah itu ada untuk Ujang hadapi...Hmm beringat pada diri sendiri... lagi baik kan kan??
Posted by Ujang_MD ::
10/05/2006 10:30:00 AM ::
0 Comments:
Pada pagi yang indah ini.. dihiasi hujan yang membasahi bumi ciptaan Ilahi, terasa sangat segar.. terfikir Ujang kepada keterikan matahari yang menyinari pagi.. haba yang menyentuh kulit terasa perit... cahaya yang membilas mata ini terasa lagi silaunya... namun, itulah kejadian ciptaan-Nya.kalau dihitung-hitung.. Ujang amat beruntung kerana masih memiliki diri yang sejati, tidak diperkotak-katik orang lain, tidak dibuli atau dipermain-mainkan... walau diri ini sentiasa memiliki masalah tersendiri malah kadangkala rumit untuk dirungkai, namun... Ujang harus bersyukur kerana ujang boleh mengharunginya... kerana sesungguhnya ada cahaya yang menerangi kegelapan hati...
Pernahkah Ujang menerangkan kepada seseorang mengenai sesuatu yang sukar untuk dia fahami? sedangkan bagi Ujang ia mudah dan bersifat terang... penat dan letih lebih banyak dirasai oleh akal yang semakin pendek ini, satu persatu cara cuba digunakan untuk menjelaskan dia apa yang Ujang ingin mereka fahami.. tetapi yang jelas, semakin jauh Ujang pergi, semakin lama Ujang cuba... semakin berselerak dan semakin pudar niat yang awal... semakin dia jauh dari Ujang... semakin dalam dia terjatuh dalam kegelapan kekeliruan...Ujang sebenarnya adalah Ujang yang memahami diri Ujang sendiri sebenarnya... tiada daya Ujang memahami yang lain dari ujang dan tiada daya juga dia memahami Ujang..Ujang hanya memahami dia pada pandangan Ujang sahaja dan begitu juga dia.. jadi apa salahnya Ujang menerima jurang antara Ujang dan dia???...
Kadangkala terfikir tentang sesuatu yang entah dari mana datangnya perkara ini.. ia datang dan datang lagi. kenapa Ujang harus terfikir sesuatu yang tidak sepatutnya Ujang fikirkan, adakah Ujang benar-benar ingin ia berlaku atau sekadar menduga bagaimana kejadian selepas apa yang Ujang fikir itu berlaku.. sukar diramal kenapa keinginan berfikir sesuatu yang tidak sepatutnya sentiasa bermain diminda...hati ini sentiasa bergelodak dengan niat-niat yang tidak nyata kebenarannya.. dan hati ini sentiasa resah membelenggu fikir sehingga alpa datang menghampiri... sejak Ujang pandai berfikir.. Ujang jarang mahu menggunakannya. Ujang lebih pandai berkomunikasi dengan nafsu dari fikiran sedangkan hati lebih rela dijajah fikiran. Tapi kenapa harus dibiar nafsu merapati hati sedang iman senipis kulit bawang... apa guna akal... untuk menjadi talibarut nafsu agaknya...hujan yang menimpa Ujang ibarat ketenangan irama... bagi yang mengabadikan timpaan hujan ke tubuh suci, setiap titisannya menceritakan setiap misteri kehidupan... fikir yang hadir dikala Ujang bersedia menerimanya ibarat titisan hujan yang menimpa. Ia datang bertubi-tubi sehingga Ujang gagal mengawalnya.. terasa diri ini gah.. sehebat badang yang merelakan tubuh dihujani... fikir bukan untuk dipaksa ia hadir.. tetapi dibiarkan dalam ruang masa yang seadanya untuk ia hadir.. dan jika ia gagal dan enggan hadir... maka biarkan masa itu berlalu kerana sesungguhnya fikir akan hadir sujud menyerah dikala Ujang jauh menyepi...
Apa pilihan Ujang? Didalam hidup dan mencari kehidupan, Ujang diberi peluang memilih.. memilih jalan yang Ujang ingin lalui.. tapi benarkah Ujang ada pilihan? benarkah Ujang diberi peluang memilih???hidup... antara pilihan yang ada selain mati.. tetapi menghidupkan cerita Ujang sendiri yang lebih penting.. adakah dengan memilih untuk melalui apa yang ditentukan atau menggerakkan perubahan... ini bukan cerita motivasi...seandainya diberi pilihan, adakah Ujang memilih yang terbaik untuk diri Ujang agar Ujang tidak menerima kepayahan atau keburukan? apa kebaikan yang wujud dalam cerita kehidupan Ujang jika Ujang sekadar menerima kebaikan.. pengalaman apa yang Ujang tempuhi jika hidup Ujang semuanya baik-baik belaka... jika difikirkan, itupun jika mau berfikir.. hidup ini jika indah selamanya... Ujang tidak pernah faham apa itu erti menghargai.Sedarkah Ujang sekarang??? Blur?????
Posted by Ujang_MD ::
10/03/2006 10:36:00 AM ::
0 Comments:
Ujang adalah Ujang, berdiri dengan kaki Ujang, patah bertongkat sendiri. ada kalanya hidup ini terasa seperti sebuah cerita yang belum berakhir... kadangkala ingin mengakhiri kisah hidup ini.. kadangkala mengharapkan keindahan di akhir cerita ini.. namun semuanya adalah tersedia buat Ujang dan Ujang sekadar menjalani kehidupan yang ditentukan.. Ujang ingin sekali keluar dari kepompong kehidupan ini dan keluar mencipta sesuatu.. mencipta cahaya baru dalam kehidupan ini... adakalanya berfikir. Hidup ini agak lega, cuma kekadang sempit rasanya dunia.
Berjalan di ruang yang tidak tenang, hati ini selalunya tidak pernah menghiraukan mereka disekeliling.. hanya tertumpu kepada ruang-ruang yang sepi, yang memberikan suatu kelainan pada setiap yang sama. Ruang ini sentiasa tiada ketenangan.. ketenangan yang sekurang-kurangnya meredakan ketenangan hati. Hari yang berlalu semalam tidak mungkin dicapai kembali dan tidak mungkin dibaiki lagi. Ujang sentiasa melakukan kesalahan dan ia sentiasa meninggalkan sesalan hari ini, dan andainya Ujang mampu kembali... mudakah lagi Ujang? atau jiwa Ujang sentiasa muda.. tidak mahu mencapai apa yang disifatkan matang. Setiap kali Ujang berdiri, adakah Ujang berfikir untuk berdiri? setiap kali Ujang berkata, adakah Ujang berfikir untuk berkata? setiap kali Ujang melakukan, adakah Ujang sekadar melakukannya.. niat kadangkala tidak sama dengan perbuatan.. adakah Ujang pernah menghitung berapa sesalan sehari? setiap hari? dan adakah Ujang sesal selepas esok? Oh tidak!!!!
Berlindung dibawah pohon bertahan di landa ribut... pohon mana yang Ujang pilih? adakah pohon yang layak melindungi Ujang atau Ujang berharap ia mampu... membuat pilihan hari ini bererti Ujang memilih sehingga esok. Pernahkan korang melihat pohon yang bertahan walau apa pun yang berlaku? pernahkan korang melihat pohon yang sehebat itu? manusia hanya mampu mempertahankan apa yang disifatkan miliknya.. Ujang sentiasa berusaha bertahan.. tapi berapa ramai yang bertahan hari ini dan masih bertahan esok? apakah esok, ribut yang melanda sama seperti hari ini atau kurang atau lebih teruk dari hari ini.. Ujang buta... menganggar sesuatu yang belum pasti... Ujang celik.. jika sedar bahawa Ujang adalah seorang insan... Esok dan hari ini berbeza atau sama? Ujang adakala sedar bahawa ujang semakin lama berdiri di suatu tempat.. akhirnya Ujang berfikir untuk duduk. namun adakah Ujang duduk kerana letih berdiri atau kerana Ujang ingin duduk? terpaksa atau keinginan, keduanya adalah kehendak dan adakah Ujang selesa berdiri dan duduk ditempat yang sama? adakah setiap hari Ujang duduk dan berdiri di tempat yang sama? dan esok adakah Ujang tetap berada ditempat yang sama.. berubah demi sesuatu adalah perlu, namun berubah demi kebaikan adalah kemestian.. Ujang tidak melihat dengan mata pada kebaikan didepan Ujang tetapi Ujang melihat dengan hati kebaikan yang hilang dari pandangan Ujang... perlukah Ujang sentiasa kehilangan.. peluang yang ada adalah untuk dihargai dan direbut, dan bukan lah dibiarkan ia hilang sehingga hari ini tetap sama seperti semalam..Ujang tahu itu semua tapi kenapa ujang buat juga???
Dunia ini umpama 'pentas' yg luas.. Ceritanya 'berbagai-bagai'.. Kita adalah 'pelakon2 nya'.. Ujang.. adalah 'hero' dlm 'cerita' Ujang.. Korang pulak, 'hero/heroin' dlm cerita korang.. Cerita Ujang 'tidak' akan ada yang 'sama'.. denagn citer korang...kalau ada pun hanya 'hampir sama'.. Dalam cerita Ujang, akan ada 'watak2' yang 'mewarnai' cerita Ujang.. Samada warna yang 'indah' atau warna yang 'suram'.. Adakala Ujang 'di atas'.. Adakala Ujang 'di bawah'.. Itu semua 'dugaan' dari Allah.. Juga petunjuk dariNya.. Dia nak uji Ujang, macam mana Ujang 'tangani' sesuatu 'situation' yang 'muncul' dalam cerita Ujang.. Dia dah beri 'pedoman' dan Dia nak tengok macam mana Ujang 'gunakan' pedoman yang diberikan untuk meningkatkan 'Iman' dan 'Taqwa' Ujang kepadaNya..Ujang tahu itu semua tapi kenapa uajng masih tak sedar?? Itulah kehidupan..
Ujang sering keliru diantara petunjuk dan dugaan.. Kan!? Sebenarnya, hampir setiap masa Allah beri petunjuk kepada Ujang.. Dengan bermacam2 cara.. Cuma Ujang jer yang tak sedar.. Atau tak ambik berat! Beza antara orang yang mendapat 'hidayah' dengan orang yang tak mendapat hidayah ada berkait rapat dengan petunjuk Allah.. Orang yang mendapat hidayah adalah orang yang menerima petunjuk Allah dan mengamalkannya ke dalam kehidupan seharian.. Dan sebaliknya, orang yang dikatakan tak mendapat hidayah pulak sebenarnya adalah orang yang mengabaikan petunjuk Allah..So.. Mcm mana Ujang nak tau samada yang Ujang sedang hadapi itu petunjuk atau dugaan!? Korang pernah dgr tak ungkapan nih? "Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu adalah kelemahan kita sendiri.." Ujang setuju dengan ungkapan tu tapi yer la.. 'Bottom line' nyer, kita kena lah tau membezakan antara yang baik dan yang buruk dulu! Betul tak? Always 'check' yourself Ujang....! Muhasabah diri.. Mana ada org suka perkara yang tak baik jadi kat diri sendiri ujang oii! Fitrah manusia!Dalam Islam, pandai membezakan antara baik dan buruk tu dipanggil 'Mumayyiz'.. Mumayyiz ni sebenarnya adalah stage orang2 yang dalam proses untuk mencapai 'akil baligh'.. Maknanya, sepatutnya Ujang dah kena pandai membezakan antara baik dan buruk sebelum akil baligh lagi la kan!? hmm.. Mungkin untuk pengetahuan secara 'general' dulu.. Dan 'mendalami'nya kemudian sehinggalah Ujang matang.. Ujang bersyukur dengan 'didikan' yang telah Ujang terima.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada semua yang mendidik Ujang..So Ujang beringat lah!!!.. "I respect each and everyone of you!
Posted by Ujang_MD ::
10/02/2006 10:22:00 AM ::
1 Comments:
Ujang sangka panas hingga ke petang tapi hujan pulak di tengahari...Ujang tak sangka semalam ujang bergaduh lagi dengan Sal semalam. Ujang tak tahu nak salahkan siapa?? Ujang atau Sal? Rasanya salah Sal.. tapi rasanya salah Ujang jugak.. confused!! Bukan ujang nak salahkan sesiapa.. tapi ujang pun pelik kenapa ujang boleh bergaduh besar dengan sal semalam... hanya benda kecik sahaja.. tapi sengketanya azab sungguh.
Mungkin jenis ujang kut yang mudah sanga melenting. Tapi kalau Sal tak desak uajng tak jadi macam tu jugak. Entah lah.. uajng tak nak salahkan sesiapa bagi uajng dua-dua salah. Serius uajng cakapkan uajng betul2 merindui Sal.. Sal dah janji nak on web cam nya semalam. Janji nak on web cam petang tapi sampai ke petang tak ada pun.. Ujang tahu Sal ada kerja.. nak bentang dia punya kerja.. tapi y tak sms ujang langsung?? Cakap lah sepatah dua kata.. "Abg, sayang tak dapat onlien lagi.. coz banyak keje".. Tak lah uajng terkilan sangat. Tapi uajng tak kisah lah sangat pasal tuh.. dah Sal ada keje.. mungkin dia lupa nak bagi tahu coz bz sangat.. Ujang pun pernah gak buat silap macam tuh.. So ta kisah lah.
Malamnya lepas berbuka ujang ajak Sal Online.. lagipun Sal cakap dia nak off satu hari pi semayang terawih.. Sp masa macam nih lah uajng ambil kesempatan nak online dan berbual dengan Sal.. Sudah lama bebenor ujang tak online Ym ngan Sal.. rindu giler!! Gembiranya ujang bila dapat tengok sal.. Rasa puas sangat.. Sal agak kurus sedikit sekarang.. Y sayang?? Tak makan ker??? Tapi style rambut baru tuh cun ehehe...
Ujang memang macam nih.. kalau duk depan PC.. selain dari chat ngan Sal uajng suka sangat buat keje lain.. Mula2 leh sabar lagi.. bila Sal duk bilang.. duk chat ngan saper lagi tuh selain dia.. Ujang still cakap elok.. hanya ngan dia sahaja... dans ambil try touch-up pic kakak ujang yang baru dia ambil petang tadi kat pantai.. suruh uajng masukkan dalam dia punyer frenster. Nak lagi comel di suruhnya ujang edit.. Ujang pun baru 1st time belajar nak guna Adobe Photoshop.. so.. Sal pulak duk desak uajng duk wat itu lah inilah.. nak tengok uajng punyer pic yang telah di edit lah.. Nampak sangat macam tak percaya.. Siap leh kata ye ker pic tu kakak ujang?? Sampai macam tuh sekali dia syakwasangka pada Ujang.. Still sabar..!! Eh.. nak pulak ujang hantar pic yang telah di edit.. kite nie bagi tahu bulat2 baru start nak belajar buat guna adobe photoshop.. nie dia pulak desak nak tengok hasilnya. So di sini apa tema Sal? Tak percayalah tu kan??? Yang Sal pulak ingat uajng dah siap.. so benda macam nie leh gaduh.. Ujang tahu Sal tak percaya apa yang uajng buat time tuh. Pic kakak uajng pun dia tak caya.. Maaf sayang coz maki2 semalam... abg geram sangat semalam. Ujang nekad ujang suruh Sal called hp uajng.. lantas uajng kasi kat kakak suruh dia cakap sediri dengan sal.. Kakak pun tak berapa jelas apa yang sal cakap mungkin coverage kut.. ehh tak puas hati lagi... nak cakap dengan anak sedara pulak.. So di sini?? Tak percaya sangat lah kat kita tu kan?? ujang kasi sal cakap dengan anak sedara.. haa... masih tak puas hati.. budak tuh tengah main games..so tak kan nak layan si sal.. entah lah.. ujang masa tuh memang angin sangat.. Sayang abg mintak maaf kalau terkasar bahasa semalam.. abg geram sangat..... Terpikir uajng....boleh ker buang rasa marah.. rasa macam tak boleh jer.. sebab setiap orang pasti akan rasa marah terutama pada perkara2 yang menyumbang untuk kita rasa marah. Mungkin kita boleh bincang bagaimana untuk kurangkan rasa marah.. atau macam mana nak kontrol marah supaya tak over dose kan... heheh....Ujang penah kena marah... teruk gak... tapi time kena tuh.. biasa lah.. malas nak melawan sebab kalau Ujang lawan.. memang masak orang tuh.... heheheh.. so... berdiam diri jer lah...kalau berdepan dengan orang yang memang sah2 akan buat Ujang melenting... time2 dah nak melenting tuh.. Ujang akan tarik nafas panjang2.... pastuh lepas kan... then.. Ujang pejam kata.. cakap ngan diri sendiri. cool... cool.. jangan marah... tapi kalau memang sah2 dah melampau... hehe.. sorry aarrr kawalan Ujang tak bermakna lagik. Yang Kuat Memekik belum tentu pandai, yang sangat pendiam belum tentu baik. Abg Mintak Maaf Sayang!!!
Posted by Ujang_MD ::
10/01/2006 12:19:00 PM ::
1 Comments: