Tahun ini rasa seakan tiada manisnya... Bukan tak gembira.. tapi hati ini terus terang ujang rasa ksong sekali. Bukan tiada kawan di sisi bertandang kerumah... Tapi perasaan ini entah seakan kehilangan sesuatu..Entah lah bila hal melibatkan perasaan ujang begitu sensetif sekarang. Raya tahun ini juga banyak mengajar ujang tentang erti kehidupan.. penghargaan, pengajaran dan sebagainya.. Terima kasih Tuhan semakin usia meningkat tua.. di berikan akal ujang semakin matang..
Memang senang untuk kita tidak memahami perasaan orang lain kerana kita tidak pernah berada di tempat mereka. Tidak menghadapi situasi yang sama. Tidak ditimpa perkara yang pada kita boleh dielak tetapi tidak pada mereka. Tidak punyai tekanan peribadi dan bebanan sekeliling yang serupa. Merasai seperi apa yang mereka rasa.Memang amat mudah untuk kita mengata. Apatah lagi mengeji kerana ucapan di bibir bertalu-talu seperti mata yang cepat menghukum, tanpa diperiksa dulu alasan dan keperluan sesuatu perkara itu berlaku.
Ada masa Ujang seakan mahu dimatikan dan hidup semula. Ujang mahu buka bab baru dalam lembaran hidup Ujang. Kerana terlalu banyak perkara yang Ujang tidak dapat tanggung.Bila orang cakap abaikan saja, buat macam ia perkara biasa ataupun hadapinya sekuat mana sekerah daya, Ujang rasa itu semua Ujang tidak mampu. Bukan Ujang tidak mahu. Ujang selalu persoalkan kenapa dan mengapa ia (kejadian) awal-awal lagi harus berlaku.Jikalau semua yang ditakdirkan untuk Ujang benar, adalah ia bakal menjanjikan Ujang apa yang Ujang tidak gemar?
Setulus manapun hidup ini dilalui, masih songsangkah tapak yang Ujang bina ini?Orang selalu fikir ia perkara mudah. Sedikit usaha, dengan sedikit kemahuan, segalanya boleh berubah. Cuma mahu atau tidak mahu saja. Ia tidak semudah itulah makcik Zainung.Wajarkah kita menyelimuti hidup ini dengan rasa bersalah dan kalah kepada desakan orang lain. Bagai nilai diri sendiri dan hidup yang diberi adalah sumpahan Tuhan kepada hambaNya yang dijadikan untuk dinistai.Wajarkah juga selama mana kita hidup, kita menyelubunginya dengan rasa takut dan gementar, kaget menanti apa lagi kesalahan dan kehendak kita yang bakal dibubuh cacian dan diterjah makian.
Alangkah baiknya jika perkara yang sebenar seringkas sesenang sesungguh seperti apa yang mereka kata. Alangkah hancurnya hati bila mereka dengan mudah memanah cemuhan bisa, meludah hukum alam yang dilaknat tuhan kepada manusia-manusia seperti Ujang.Tapi adakah mereka pernah berada di tempat Ujang, menjadi manusia yang sama kekuatannya dan berbilang kelemahannya, sepanjang masa berperang dengan diri sendiri dan juga dengan pandangan orang, mencari kedamaian dan ketenangan yang tak kunjung datang, menagih kasih sayang yang acapkali malang, menjadi manusia seperti Ujang, seperti Ujang, seperti Ujang?!!
Pernah ujang cakap dalam hati....Mereka cakap Ujang hidup dalam dosa. Ujang tanya "korang pasti masuk syurga?"Mereka cakap kami ahli semua neraka. Ujang tanya "berapa pasti korang suci dan mulia?"
Ujang mendongak ke atas, mengagumi ciptaan tuhan yang luas, mencongak kuasaNya yang tidak terbatas. Ujang lihat, bulan dari jauh bagai rupawan, bintang dalam pandang tidak berbayang, tidak terbilang.Ujang terfikir, ada pernah bulan dan bintang berbicara? Apa pernah mereka berpegangan tangan menampung angkasaraya? Memerhati, selama mana manusia akan bertahan. Selama rahmat doa dan nikmat dosa, dibeza-bezakan?Suatu hari, Ujang tahu, tuhan akan menjunjung Ujang ke muka langit dan meraikan kepulangan Ujang.
Kepulangan yang seluruh angkasa tunggu-tunggu, yang dirindu-rindu.Sudah cukup rasanya kesusahan yang menimpa Ujang di bumi. Ia harus pergi. Ujang sesungguhnya layak untuk kehidupan yang baru, tenang dan hakiki.Ujang mahu kedamaian di situ, yang pandangannya sejauh infiniti, yang atmosferanya harum semerbak kasturi dan yang petala langitnya tertinggi, dicipta untuk Ujang.Tidak akan pernah wujud kerisauan, tidak akan pernah ada kesedihan. Ujang inginkan semua itu TUHANNN......
Posted by Ujang_MD ::
10/29/2006 10:00:00 AM ::
4 Comments: