"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, October 31

Life So Simple??

Hidup kadang2 terlalu mudah untuk di fikirkan, tapi hidup kadang terlalu sukar bezakan antara realiti dan fantasi.. mungkin selama ni Ujang terperangkap dalam dunia fantasi khayalan Ujang semata, terasa dengan apa yang berlaku bagaikan mimpi yang menyakitkan.Mampukah untuk Ujang teruskan, setelah apa yang berlaku. Segala kekusutan bertambah kusut. Korang letih tapi tahukah korang, Ujang lagi letih. Hanya mata yang terpejam akan membuat hidup tenang tanpa bermain dengan perasaan lagi. Esok bila bangun pagi, rutin itu akan Ujang terus kan. Ujang hidup kini bagaikan hilang tujuan. But when you think easy, life so simple what!!!! so who care... I felt dying when I think it about u... sweet misery......

Semalam Ujang tak dapat menahan sebak lagi. Apa lagi yang ada, dan setiap benda tu Ujang dah tak mampu.. haruskah Ujang pergi begitu saja?? Ujang pernah melakukannya dulu, satu ketika dulu ketika Ujang mahu lari masalah yang membebankan tapi kesan itu datang pada masa sekarang. Ujang dapat rasakan betapa Ujang telah menghancurkan harapan orang yang pernah mencintai Ujang.. bagaimana penangan cinta yang begitu menyakitkan diri Ujang dan dia.. ketahuilah bahawa Ujang menyintai dia sepenuh hati Ujang tapi bila sampai masa itu Ujang terpaksa. Bukan kerana cinta yang pernah Ujang bina dulu tapi Ujang gagal memberi yang terbaik pada dia.

Hari Ujang terus, menjadikan Ujang begitu terus menebus segala yang Ujang hilang. Ujang dah tak sanggup. Biarlah apa Ujang alami ini takkan berulang lagi.. Ujang dah serik.. biarlah Ujang jalani hidup Ujang seadanya.. biarlah Ujang bunuh saja rindu dalam jiwa Ujang.. akan Ujang bunuh rasa sayang Ujang.. akan Ujang bunuh segala cinta yang datang pada Ujang.. Ujang takkan biarkan dia kembang lagi seperti dulu. Ujang dah tak mahu kerana cinta Ujang menghancurkan sesiapa lagi.. Ujang tak rela.

Takkan Ujang benarkan cinta itu datang dalam jiwa Ujang.. cukup lah apa yang Ujang alami sekarang.. maafkan Ujang.. Ujang tak dapat menerima dia kembali walaupun Ujang tetap setia menanti cinta yang dulu dan Ujang berharap sudah tiada cinta itu lagi. Ujang begitu percaya, cinta Ujang pada dia adalah yang terindah buat Ujang, hinggakan Ujang berjaya lupakan setiap detik silam Ujang dulu dan ujang gantikan setiap detik itu bersama dia.. dan Ujang akui dia adalah anugerah terindah yang pernah Ujang miliki dan dia yang terbaik dan Ujang percaya ini adalah yang terakhir.

Tapi keindahan yang Ujang harapkan hanyalah sementara dan semalam Ujang terima apa yang dia katakan. Terima kasih di atas sms semalam...akan Ujang tanam dan semat dalam-dalam...

Abg tak pernah fikir ayat2 yang keluar dari mulut abg membuatkan saya cukup terseksa dan sedih???

Abg tak pernah fikir yang saya menangis bila dapat report miscall dari abg setiap kali abg dial number2 hp yang sengaja saya off kan.??

Abg tak pernah fikir saya terpaksa berpura-pura gembira pada malam dan pagi raya semata-mata nak lupakan rindu pada seseorang yang sepatutnya saya dengar suaranya pada masa itu??

Abg tak pernah terfikir betapa luluhnya hati saya bila abg buang terus nama saya dari blog??

Abg tak pernah terfikir betapa saya akan jadi gila setiap kali abg jadi gila.??

Abg tanya pada Abg Din apa yang berlaku pada pagi selepas abg balik ke KT. Saya rasa lost. Hilang arah.

Abg tak pernah fikir betapa hinanya saya bila abg suruh saya berambus dan abg mintak tolong pulak pada orang lain. Seolah-olah saya nie haiwan yang tak der tanggungjawab???

Abg tak pernah fikir bagaimana risaunya saya bila abg hilang kat KL. Segala macam penyangak, pengepau ada kat Bukit Bintang??

Abg suruh saya fikir masalah yang abg timbul sendiri?? Abg sendiri yang pilih supaya kena pau. Abg sendiri yang buat saya tak nak tengok awak time nak pulangkan baju.

Abg buat saya macam patung. Abg lari. Kemudian abg suruh saya jumpa abg selepas abg suruh saya berambus. Abg sendiri tak fikir kesan perbuatan abg pada saya.Saya langsung tak boleh buat apa2. Semua kata putus abg buat sorang2 tanpa fikirkan perasaan saya.

Abg buat saya macam hampas yang tak de nilai. Macam patung yang langsung tak ada perasaan.

Abg buat saya risau, panik, sedih, terhina, terseksa dalam satu masa. Abg sedaya upaya hancurkan hati saya. Abg langsung tak hirau hak saya pertahankan diri.

Abg selalu meleret-leret. Perlu ker nak lari2 menyorok?? Kemudian suruh saya ambik balik lepas suruh saya berambus. Abg buat saya macam orang bodoh yang langsung tak ada perasaan.

Pernah ker saya hina abg?? Cuba cakap ke lubuk mana saya tak sanjung dan junjung abg?? Abg tak pernah fikir ke yang abg salah faham dengan apa yang saya cakapkan kat Time Square.?? Kalau saya malu dengan abg, tak perlu saya jemput abg datang konvo master saya.

Abg langsung tak terfikir salah abg yang ambil rezeki melimpah ruah, kemudian tak habis dan buang bersepah-sepah. Alasan abg sebab abg bayar. Kemudian cakap pulak menengking2 dan hempas kunci kereta atas meja. Abg fikir orang keliling tak ada mata dan telinga ke? Abg main2kan maruah saya.Abg buat style macam kat rumah,macam kat kampung. Saya pun orang kampung jugak tapi tak der lah makan sampai membazir dan cakap menengking2. Saya tahu setakat mana nak jaga maruah abg dan maruah saya. Saya bukannya makan dengan budak umur 5 tahun. Saya makan dengan orang yang berumur 26tahun.

Dan Ujang berjanji pada diri Ujang ketika ini takkan benarkan air mata dia mengalir lagi kerana Ujang. Cukuplah... jangan sedih lagi. Ujang takkan dapat maafkan diri Ujang jika kamu menangis lagi.. akan campakkan diri Ujang jauh2 dari dunia kamu semua. Biarlah ia berlalu dengan tenang.. Kadang2 ada baiknya Ujang tak perlu kenal dan hadir dalam hidup kamu semua hanya menyusahkan dan menyakitkan hati kamu semua. Maafkan Ujang kerana kewujudan Ujang tak dapat memberikan kamu semua bahagia.

Dan hari ini Ujang melutut memohon ampun pada dia yang Ujang cintai, andai kehadiran Ujang ini menyakitkan. Bukan mahu sesuatu tapi kerana dah tertulis yang dia ditemukan orang yang salah untuk disakitkan dan terima kasih kerana memainkan peranan yang begitu baik dalam persembahan hidup Ujang. Semoga dia bertemu orang yang betul untuk memainkan peranan dalam hidup dia.. Yup.. dalam blognya ujang dapat rasakan dengan kehadiran insan baru di sampingnya.. mudahan kalian bahagia. Dan Doa Ujang sentiasa bersama dia. Ujang berharap sangat pada diri uajng terutamanya agar ini kali terkahir entry buat dirinya.. ujang tak mahu ingat lagi semua ini.. Akhir sekali. TERIMA KASIH

Posted by Ujang_MD :: 10/31/2006 09:12:00 AM :: 7 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.