"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, October 11

Jahat sangatkah diriku??,,,,

Alhamdulillah ujang diberi nyawa untuk menyelusuri hidup ini..moga nyawa ini akan terus mendiami tubuh hingga akhir bulan ini, sekurang-kurangnya.Rasanya terlalu ingin cepat beredar meninggalkan tahun 2006.Tahun ini merupakan tahun yang begitu melemaskan dan menyesakkan kantung hati dan serabut fikiran. Dari awal tahun hinggalah ke saat ini, hanya dua rasa yang Ujang bawa setiap hari - sedih dan pilu.

SEDIH dan PILU.Apa perasaan kalian jika orang yang kita taruh kepercayaan lebih dari kita mempercayai diri sendiri tergamak menodai kepercayaan itu?..Apa perasaan kalian jika orang yang kita harapkan terus tidak mengendahkan? Ujang tak tahu apa rasa di hati kalian.Tapi di hati ini masih bersarang kesedihan dan kepiluan.

Ada pembaca yang menulis di sini mengatakan sukar sangatkah untuk Ujang mengusir perasaan itu. Ujang terus mengiyakan - YA.Mungkin kalian akan mengatakan betapa bodohnya Ujang menaruh setinggi itu sebuah harapan. Tapi itulah Ujang. Ujang hanya memandang pada janji.Mungkin di hati ini sudah tidak seperit dulu, tapi kesan itu akan Ujang ingat selagi nyawa ini mendiami tubuh Ujang.Kesan itu akan sentiasa menjalari hingga menjerat diri ini. Bukan mudah untuk Ujang melupakan apa yang telah berlaku.Mungkin Ujang pinta difahami. Dan Ujang diminta untuk memahami.

Ujang sudah cuba untuk memahami hingga sanggup melupakan keselesaan hati. Ujang sanggup jika itu untuk orang yang Ujang sandarkan kepercayaan. Biarlah dia menemui kebahagian walaupun Ujang sendiri perit diselubungi kekecewaan. Itu hasrat Ujang.Tapi Tuhan, Engkau masih ingin menguji Ujang. Sifat memahami Ujang, sifat merelakan dalam diri Ujang tidak cukup untuk membiasakan dia mengucapkan terima kasih, malah ditinggalkannya kesan yang pahit di hati ini. Biarlah....Tuhan, moga cepat tahun ini beredar...moga cepat 2007 mendatangi..moga 2007 akan aku temui kebahagiaan.

Acapkali, manusia selalu mendambakan pemahaman orang lain terhadap dirinya. Tetapi, manusia sering lupa, adakah dia juga cuba memahami orang di sekelilingnya. Mungkin di sini, nampak seperti Ujang terlalu mengagungkan diri. Tapi itulah perasaan yang ingin Ujang luahkan. Bukan untuk mendabik dada -Ujanglah yang paling bagus - Ujanglah yang paling setia. Bukan. Ini hanyalah luahan dari rasa hati. Kerana yang memahami bukan kalian, tetapi Ujang, dan Tuhan.Kerana hanya Ujang dan Tuhan yang memerhatikan setiap keadaan dan waktu yang sudah berlalu itu.Memang dulu Ujang bodoh. Terkejar-kejar ingin menyelamatkan silaturrahim.
Membuat pengorbanan yang terlalu besar, melepaskan dia pergi bila cita-cita dipuncak utama. Mengiyakan walaupun Ujang pedih dan dia gembira. Tak mengapa. Biarlah.Tapi, rupa-rupanya, ada kisah di sebaliknya. ada anganan disebaliknya. Bukan cita-cita perkara utama, hanya kenangan lama membataskan segalanya. Mungkin segala ini adalah musabab kejadian. Ujang relakan Tuhan. Kerana Ujang tahu, dia mungkin berbahagia saat ini. Hanya Ujang pinta pada-Mu Tuhan, kurniakan Ujang azimat pada bulan ini. Kurniakan Ujang kekuatan pada bulan ini. Dan tolong kurniakan dia jua kekuatan. Andai dia sedih di kala ini, hapuskan kesedihannya Tuhan. Andai dia buntu di kala ini, tunjukkanlah dia jalan yang lurus. Andai jalannya payah dan berliku, pimpinlah dia Tuhan.Ujang hanya ada Engkau untuk terus membimbingnya. Ujang hanya ada Engkau untuk terus memberkatinya. Ameen.

Memang tepat jangkaan Ujang. Di kiri tidak mahu yang itu. Di kanan belum lagi memberi kata putus. Ujang di tengah bagai terhimpit. Besar sangat kah masalah ini? Pada Ujang tidak. Perkara ini kecil, tetapi dibesarkan oleh kedua belah pihak. Di kiri mahukan adat, di kanan mahukan kelainan. Ujang? Ada dia tanya? Ada dia tahu? Kalau begini caranya, malas betul Ujang nak teruskan. Ujang tidak mahu pun berdepan, mahu sahaja kaki Ujang lari.

Terbaik untuk Ujang, tidak semestinya baik untuk yang lain. Setahu Ujang, dia mahukan terbaik untuk Ujang? Mungkin inilah yang terbaik. Mungkin Ujang yang tidak tahu berbincang. Mungkin Ujang suka ambil jalan senang dan ringkas. Mungkin, kerana Ujang adalah Ujang.
Restu itu perlu. Pembaziran itu tidak. Ujang hanya buat yang mampu. Jika di kiri dan kanan tetap berdegil dan ungkal, Ujang akan lari. Ini Ujang pasti.

Posted by Ujang_MD :: 10/11/2006 09:38:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.