"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, November 20

Oh masa lalu.....

Telah lama Ujang memerhati disini. Ternyata terlupa untuk Ujang berpaling. Seharusnya Ujang berpaling dan mengimbas seketika sekeliling. Tersedar Ujang dari mimpi, berlari seiring masa dan usia Ujang. Tak perlu Ujang melemparkan keluh kesah, alasan dan sesalan. Masa terus meninggalkan, mungkin detik waktu semakin hampir penamatnya. Terasa berat untuk tinggalkan segalanya yang pernah berada di belakang. Tapi Ujang perlu sedar, walaupun Ujang tidak berganjak, masa tetap berlalu pergi dan terus meninggalkan Ujang. Tiada alasan lagi untuk Ujang terus memerhati dan menanti. Jika dulu ada janji yang terperi Ujang nanti berhari-hari, bermusim-musim, namun tidak pernah Ujang kesal atau ingin Ujang buangkan dari kenangan.

Cuma Ujang harus belajar memberi dan menerima agar melengkapkan setiap masa yang hilang dan datang. Kerana Ujang tidak pernah cuba melupakan semuanya, namun masa yang sering memutarkan semakin jauh dan jauh kehadapan. Bukan niat Ujang untuk melambaikan kenangan kerana setiap detik yang lalu adalah sebahagian dari kebahagiaan Ujang akan datang. Andainya suatu hari nanti Ujang berpaling lagi, tersinar detik lama yang tertinggal, mungkin di saat itu detik waktu Ujang tidak berkesempatan untuk mengapainya. Mungkin di saat itu Ujang hanya mampu melambai dan berkesan dipusara...Mungkin juga????

Kata orang kalau kita merindui seseorang, insan itu turut merindui kita. Tapi itu kata orang, payah bagi Ujang untuk mengesahkannya. Hipotesis-hipotesis yang Ujang ciptakan barangkali boleh menjawab persoalan rindu merindui ini. Rasa rindu ini bukan mudah untuk Ujang buat eksperimen(wah-wah.. ,macam time sekolah dulu.. duk wat eksperimen kat makmal hehee), lantas mendapat jawapan yang objektif. Bagi Ujang.....Rasa rindu akan muncul bila Ujang bersendirian. Rasa rindu akan muncul bila melakukan sesuatu yang pernah sama-sama Ujang lakukan bersama, kini Ujang lakukan seorang diri. Itu hipotesis yang Ujang cipta untuk mengkaji rasa rindu Ujang. Barangkali Ujang boleh menolak andaian yang Ujang ciptakan bahawa rasa rindu akan muncul bila seseorang mengingati k Ujang???. Itulah eksperimen rindu Ujang.

Jawapanya terlalu subjektif. Akhirnya Ujang tewas jua setelah lama bermain rindu. Dada Ujang selalu berkocak, menahan rindu padanya. Hampir pecah dinding hati Ujang bila tidak mampu menahan kocakkan laut rindu yang berombak kuat. Hari ini baru Ujang mengerti, cuma Ujang sahaja yang merinduinya sedang dirinya mungkin sudah bahagia mencipta impian disana. Jarak yang memisahkan.... Cuma kejujuran yang selalu Ujang pertahankan. Ujang juga yang degil.
Sayang, jarak bukan penghalang sebenarnya. Kesetiaan, kejujuran itu menjadi tembok-tembok untuk menahan tugu cinta . Kini di pelabuhan ini Ujang sendiri lagi. Kapal-kapal yang singgah agak bosan menerima layanan Ujang lantas mereka beralih ke pelabuhan lain yang mampu menerima mereka seadanya.

Maafkan Ujang kerana tidak mampu memberi cinta ini. Kerana cinta ini sebenarnya cuma milik dia seorang. Tapi sudah ketentuanNya, kini dirimu tidak lagi Ujang kenali. Yang tinggal kini cuma rindu...dan hipotesis rindu yang Ujang ciptakan dahulu.Dialah satu-satunya insan yang pernah dicintai dengan begitu mendalam. Ada sesuatu dalam dirinya yang buat Ujang tak mungkin dapat lupakan dia dengan mudah.Tapi kenapa begitu payah untuk diungkapkan kata-kata rindu dan sayang seperti dulu? "I miss you"…. ARRGGHHHHH!!!! Apakah dia takut akan terluka seperti dulu lagi? Lalu kenapa dahulu meluahkan rasa cinta?

Saat yang paling menyedihkan dalam hidup adalah menemukan seseorang dan jatuh cinta, hanya untuk satu pertemuan bahawa dia bukan untuk kita dan kita telah menghabiskan banyak waktu untuk orang yang tidak pernah menghargainya.. ouch.. sengsara wooooo.....

Posted by Ujang_MD :: 11/20/2006 09:25:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.