Hari ini uajng jauh di samping makcik Zainung.. apa yang mak tngah buat sekarang ek?? Kesian mak duduk sorang2 kat rumah.. tak ada sesiapa nak teman.. Risau jugak uajng.. time musim tengkujuh nih... apapun makcik zainung tetap di hati ujang huhu. Wah.. Taiping dah berubah sedikit rasanya.. hari tuh time meronda dengan abg shidie 1/2 tahun yang lepas lain infrastrukturnya.. tapi kali nih ujang pergi.. ada jugak kelainan. Arghh.. boring.. rasa nak balik sajer kat terengganu time nih jugak.. tapi apakan daya.. kene kerja.. huhuhu..
Ujang rasa kehidupan selalunya diakumulasi oleh dua suara yang selalu berkelahi dalam diri manusia. Iaitu suara hati dan suara nafsu. Hati yang selalu didampingi dengan perasaan dan raut wajah. Nafsu yang selalu didampingi dengan akal dan lidah. Namun selalunya suara hati itu kalah oleh nafsu yang tidak pernah putus. Betul tak??? Ini tafsiran bagi diri ujang.. Blog ini pun hadir sebagai ungkapan2 hati ketika bersuara di dalam dada, namun tak sulit untuk dikatakan dengan lidah.. so faham lah korang kan??
Hati ini merintih lagi tatkala sepi bersarang di hati. Mana satu harus Ujang tuju. Setia Ujang sekarang untuk siapa??, sayang Ujang untuk siapa???. Bukan senang untuk Ujang pujuk hati ini supaya menerima hakikat bahawa Ujang terlalu murah. Mengapa perlu menagih cinta pada yang tak pasti. Yang Ujang sayang ada di hadapan, menunggu dan terus menunggu. Tapi, bagaimana cinta yang hadir terlebih dahulu? Adakah semurah itu cinta Ujang?? Jika hati ini sering di pujuk, sering didendangkan lagu, sering di hadiahkan senyuman, mana mampu Ujang berpaling tadah.
Aduhai hati…Kau kata, cinta kau takkan pudar biar apa pun yang terjadi. Ujang terharu dengan pengakuan yang tercalit seribu penyesalan. Aduhai, sayang itu terlalu berharga. Layakkah untuk Ujang yang pandai berpura? Segala nasihat mencengkam seluruh jiwa batin Ujang, siapakah terlalu istimewa di hati ujang??. Ujang cuba uji diri Ujang dengan sebaris ayat, ‘akan ujang bawa diri ini pergi jauh-jauh jika Ujang tidak mampu mengubah kekerasan yang bersarang di hati itu’. Ujang ketawa sendiri, Ujang tahu, hati ujang sedang tersenyum dengan gelagat manja ini.
Posted by Ujang_MD ::
11/15/2006 10:23:00 AM ::
1 Comments: