"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, April 27

MAAFKAN AKU TEMAN

Satu nyawa, satu badan telah pernah Ujang korbankan untuk kebahagiaan insan-insan dalam kehidupan Ujang ini. Ujang biarkan hari siang dan malam Ujang jadi pengisi kesempurnaan mereka hanya kerana atas satu nama : KEIKHLASAN. Ujang kongsi rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, segalanya ... dengan penuh prihatin agar tiap insan di sekeliling Ujang ini tahu yang mereka punya Ujang untuk berkongsi segala rasa. tapi, yang Ujang perolehi hanyalah derita semata.
Bukan balasan sebagaimana yang Ujang berikan namun cukuplah dengan satu ingatan yang berdirinya Ujang di sini juga seperti korang semua : seorang insan yang punya hati dan perasaan.mujur Ujang 'lelaki' yang tebal semangat biarpun kadangkala tersungkur jua. mujur aku 'lelaki' yang mampu berfikir biarpun kadangkala terjerumus jua.Saat ini wahai insan-insan, maafkanlah Ujang kerana Ujang bukan seperti dulu lagi yang boleh korang kongsi hati dan jiwanya.
Ujang kini bagai seorang pejuang yang meniti jerangkap dengan penuh ketelitian, cukuplah bila beberapa kali Ujang 'mati' dulu. Tak tertanggung azabnya bila disentap sebuah rasa hipokrit manusia. Ujang sedang senyum dari dalam jiwa. Ujang bahagia dengan apa yang Ujang miliki saat ini, jangan diganggu diri Ujang kerana Ujang tak pernah mengganggu korang. Ujang senyum di sini atas ukiran diri Ujang sendiri, Ujang korbankan segalanya bagi melihat diri
Ujang tersenyum dengan lebih bermakna kali ini. Maafkan Ujang sekali lagi, hati ini bukan lagi untuk dikongsi oleh sesiapa ... hanya untuk mereka yang Ujang tahu hati budi. Biar sejuta tahun untuk Ujang mengenali. Buat insan-insan yang telah pergi dari dalam hidup Ujang, yang tinggalkan Ujang dalam kebingungan, yang kini kembali mencari ruang ... MAAFKAN UJANG : di sini tiada lagi harapan buat korang kerana hati ini telah bersempadan.

Posted by Ujang_MD :: 4/27/2007 12:11:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.