Di kiri dan kanan ini ada jalan yang terbentang luas, terpulang pada diri Ujang sendiri jalan mana yang mahu Ujang pilih untuk masa depan Ujang sendiri, ingin saja Ujang persetankan setiap manusia di kiri dan kanan ini yang hanya menunggu masa bertepuk tangan meraikan kegagalan Ujang dalam kehidupan, yang mahu memimpin tangan hanya segolongan, namun Ujang bersyukur kerana masih punya insan yang sudi berkongsi rasa kasih ini. Jalan terindah, itu yang Ujang mahukan, di dalam saki baki masa ini dengan waktu yang terlalu terhad mengejar yang di hadapan, sempat Ujang ciptakan satu angan yang Ujang harapkan ianya bukan kosong, Ujang mahu terus di sini mencipta sebuah kejayaan yang mimpinya tak pernah putus Ujang ciptakan di dalam lena tidur Ujang. Sejauh mana pun kasih manusia itu pada Ujang, nyatanya telah Ujang sematkan ianya tak akan kekal selamanya, Ujang simpulkan, biar masa yang menentukan segalanya, Ujang yakin andai ada kurniaan Tuhan, andai surat tertulis takdir suratan, segala yang terindah pastinya dalam genggaman Ujang. Biarlah siapa juga yang mahu menipu Ujang dengan segala lakon mereka, akan Ujang terima, namanya sudah kehidupan di mana ini adalah pentas dunia, sejauh mana lakonan itu Ujang mahu diam menyimpul tangan melihat keberkesanannya, cuma andai tiba saat itu bilamana lakonan itu gagal di kaki Ujang, tahulah manusia itu di mana letaknya diri mereka sendiri. Bukan dendam yang mahu Ujang ciptakan tapi diri ini sudah bosan dengan setiap manusia manusia plastik yang berselerak di mana saja. Saat ini hati dan perasaan ini sudah terisi, setiap hari Ujang melihat gerak tingkah yang seakan setia namun belum tentu hujungnya bila. Tiada janji untuk setia kerana kita tercipta untuk menerima takdirNya. Bukan mudah sebenarnya untuk Ujang melalui satu pusingan hari ke hari, setiap saat penuh dengan cabaran dan dugaan, pelbagai perkara perlu Ujang fikirkan, kata teman Ujang... jangan difikirkan pada satu perkara yang boleh menyebabkan fikiran kita terganggu! Hmm tapi nyatanya diri Ujang ini seorang yang terlalu mengambil berat tentang apa jua hal, bagi Ujang setiap yang Ujang lalui punya kepentingan yang tak boleh Ujang abaikan. Hmm salah siapa sebenarnya ni? Mengenali teman Ujang ini, banyak membuatkan Ujang berfikir tentang seorang manusia misteri ini, tentang seorang manusia terindah ini, sesekali Ujang gunakan semangatnya, fikiran positifnya untuk Ujang terus melalui hidup ini tapi sesekali Ujang tercabar dan rasa hipokrit kerana Ujang adalah Ujang dan tak mampu untuk menjadi orang lain. Dengan usia sebegini pastinya Ujang mahukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan Ujang dan Ujang harap semuanya akan berjalan sebaik mungkin, sudah puas Ujang lalui kekecewaan dalam kehidupan dan skarang Ujang mahu jadi seorang manusia yang lebih tabah dan terus tersenyum dengan apa yang Ujang capai. Saat ini wajah- wajah yang tersayang muncul satu persatu, terima kasih kerana pengalaman yang dikongsi bersama..biarpun tiada di sini tapi Ujang yakini, korang juga berada dalam dunia korang sendiri, jauh di mata kita tak bermakna hilang juga di jiwa!
Posted by Ujang_MD ::
4/26/2007 08:40:00 PM ::
1 Comments: