"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, May 15

ALAHAI MAKCIK ZAINUNG

Pheww walaupun penat Ujang puas hati dapat pergi ronda-ronda dengan Makcik Zainung. Sa tu hari bersama terasa sekejap sangat masa berlalu. Ujang amat riang kali ini kerana dapat bawa Makcik Zainung jalan-jalan di KL. Puas hati juag sebab Shakira tak pergi sama. Tau lah kan.. kalau ada si panyangak tu Ujang pasti akan di anak tirikan. So alhamdulillah Shakira tak ikut muahaha.. Kejam-kejam.. alasan Ujang sebab Shakira sekolah tak boleh nak ambil cuti sewenang-wenangnya. Lagipun mak ayah dia ada .. suruh lah bawak pi jalan-jalan kan??
Nak di jadikan citer.. ini ragam Makcik Zainung. Biasalah kan.. kalau naik flight ni kita mesti check ini awal. 45 minit sebelum berlepas jadi gopoh-gapah juga lah Ujang dengan amakcik Zainung pergi ke airport. Walaupun tak jauhs angat airport dengan rumah ujang namun boleh jugak basah ketiak tau.. ehhee cuaca yang panas dan hujan yang tak menentu kini. Adus!! Sampai jer sana.. pulak.. flight delay. Makcik Zainung nih tanya Ujang apa tuh "delay". Ujang cakap ler .. kapal terbang lewat sampai. Barulah faham.. Tak per lah itu boleh ler di maafkan. Semasa Ujang balik dari buang air kecil nih.. Ujang cari kelibat Makcik Zainung tak ada. Kemana pulak?? Akhirnya... adoi.. nak tahu dia pi mana?? Dia pi kat tempat counter AirAsia.. tanya kenapa lewat dan sebagainya..

Aduss.. ini lah perangai Makcik Zainung yang Ujang tak gemar nih, Tapi bila Ujang pikir semula apa yang Makcik Zainung cakapkan pada juru counter airasia tu pun ada logiknya. Ye la betul juga apa yang makcik zainung kata "untuk apa kita naik kapal terbang?? Pompuan tu diam.. Terus makcik zainung cakap lagi.."kita naik kapal terbang sebab nak cepat.. kalau macam ni lebih baik naik bus..." Hmm logik gak kan?? Terus Ujang capai tangan makcik Zainung bawa masuk ke dalam. Dalam kabin ada hal pulak makcik Zainung buat hal lagi... Di mintanya air masak dengan pramugari.. adoi.... sabar je lah.. Ujang buat tak tahu jer.. pejam jer mata.. sehinggalah sampai KL. Ujang memang penat dari LCCT terus Ujang ke KL sentral.. Mujur lah hotel kat KL Sentral tu banyak.. jadi tak lah jadi beban sangat.
Malam tu terus Ujang tidur. Esok nih awal2 pagi Makcik Zainung kejutkan Ujang nih. Pertama tempat Ujang pergi Mid Valley.. banyak juga Ujang habis... rm300 dah hangus.. nampak barang yang di beli pun bukan banyak sangat. Tapi Ujang betul2 puas tengok Makcik Zainung happy... Biarlah... sisa-sisa hidupnya yang berbaki ini lah Ujang nak isikan dengan kebahagiaan. Flight dari KL ke terengganu jam 8.05pm.... jam 6ptg Ujang dah ada kat LCCT. Ujang lihat Makcik Zainung pun puas bershopping nih. Yang Ujang geram dia beli rantai kucing untuk JOHN?? Tapi serius Ujang tak bagi pun duit untuk beli rantai tuh.. sebab?? Ujang tak suka... Sampai rumah pun dah jam 10mlm... Makcik Zainung kepenatan, Ujang pun sama.. apa lagi dua beranak terbungkang lah ehehe!!zzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/15/2007 11:14:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.