"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 9

KASIHKU SINAR..

Hari ini Ujang rasa amat bahagia. Ujang dengan Makcik Zainung terasa seakan amat rapat. Ujang suka saat ini.. Ujang tak mahu andai saat ini berlalu pergi. Semalam kebahagian kembali datang menjengah kehidupan Ujang. terus terang Ujang cakapkan.. hidup Ujang sudah cukup bermakna jika Ujang dengan Makcik Zainung senantiasa bersama. Kerana Ujang tahu tiada lain yang dapat berkongsi suka duka dengan Ujang. Tiada lagi orang yang mampu berikan kasih sayang kepada Ujang kecuali Makcik Zainung. Suka duka.. gelak tawa bersama... cukup menghiburkan hati Ujang semalam. Indah Ujang rasakan..
Lagi akan menggamit memory bila Makcik Zainung buat kek coklat 2 biji. Entah kenapa hati ini mahu bergurau dengan Makcik Zainung. Dah lama Ujang tak kacau makcik Zainung.. dengar leteran.. tengok gelagat makcik Zainung mengamuk. Tapi semalam Ujang dapat itu semua bilamana Ujang makan hampir separuh kek coklat yang makcik Zainung buat untuk diberikan pada kawannya.. Hmmm Ujang suka.. walaupun kena marah.. cukup indah walau kena belasah teruk dengan makcik Zainung.
Betullah kata kawan siber Ujang, Ikmal.. terima kasih Ikmal di atas warkahmu... Ujang amat berterima kasih.. menyedarkan Ujang dari lamunan.. terima kasih.


Click Image For Preview

Posted by Ujang_MD :: 5/09/2007 12:25:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.