"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, May 7

NEW BLOG!!

Sekarang Ujang ada sediakan kemudahan untuk para Blogger mengubah design blog. Banyak design-design terkini Ujang sediakan untuk Para Blogger. Semua coding dalam bentuk HTML code. Sila layari http://designlayout.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Kehidupan. Satu tempoh ujian yang susah untuk Ujang terangkan bila Ujang melalui rasa suka dan bila Ujang melalui masa duka. Yang pastinya, Ujang melaluinya tanpa diketahui bila datang dan pergi. Dan Ujang antara insan terpilih untuk menerima ujian ini. Satu ketika Ujang merasakan hidup ini terlalu indah buat Ujang dan pada satu ketika lagi Ujang bagaikan mahu dilahirkan semula untuk menempuhi segala yang positif sahaja dan Ujang sedar ianya bukan satu ‘mimpi’ yang baik.
Ujang suka belajar dari pengalaman insan lain. Ujang cuba memahami, Ujang cuba melalui untuk keperluan diri Ujang sendiri tapi secara jujurnya Ujang masih gagal membawa diri. Ujang masih punya daya untuk tersenyum, sekurang kurangnya pada mereka yang ada di sekeliling Ujang kerana tanpa semangat mereka Ujang tak mungkin terus di sini.
Hari demi hari Ujang kongsi segala kasih dan sayang yang ada dalam diri Ujang dengan harapan kasih dan sayang yang Ujang taburkan itu akan kembali pada diri Ujang…ianya kembali tapi hanya untuk sementara kerana kasih tak lama. Biar berjuta tahun sekalipun Ujang gembira, ianya mudah terhapus bila sesaat Ujang berduka. Setiap kali diziarahi rasa kecewa, Ujang sembunyikan dengan hilai tawa. Namun jauh di sudut hati Ujang, tak ada sesiapa yang mungkin dapat membacanya.
Biarlah Ujang hadiahkan senyuman pada semua, sekurang kurangnya Ujang melakukan sesuatu untuk kebahagiaan insan lain. Bila rasa sunyi begini, Ujang teringat pada mereka yang mencuri hati dan membawanya pergi. Mereka pergi tanpa ada sedikit rasa belas untuk Ujang. Bila difikirkan…kejamnya manusia! Ujang mahu terus hidup, Ujang tahu Ujang punya semangat untuk itu. Ujang mahu terus berdiri bukan tidur diulit mimpi.
Ini bukan coretan biasa tapi catatan kehidupan dari hari hari suka melangkah penuh duka. Hari ini bukan semalam untuk diuliti rasa pedih dan sedih. Teman, doakanlah agar hidup Ujang ini terus disinari cahaya kebahagiaan kerana Ujang tahu selama ini Ujang disatukan dengan rasa keikhlasan dalam persahabatan yang tak mampu dilihat mata tapi bisa dirasa jiwa.

Posted by Ujang_MD :: 5/07/2007 07:03:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.