"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, May 26

MENITI HARI

Awan berarak mendung di langit kelabu ketika ini. Barangkali akan memuntahkan hujan ke bumi. Kalau bukan sekejap lagi, mungkin jua tengahari atau petang ataupun mungkin tiada langsung akan menitiskan gerimis nanti. Semua itu adalah kebarangkalian atau kemungkinan. Kerja Tuhan siapa yang tahu. Ujang kadang-kadang teringat sewaktu kecil dahulu, memang selalu dimarahi Makcik Zainung kerana sengaja membasahkan baju bermandikan hujan. Katanya takut akan demam nanti. Tapi teriakan Makcik Zainung tidak dihiraukan juga kerana terlalu seronok berkejaran bersama kawan yang lain. Begitulah kasihnya seorang insan yang bergelar ibu.
Walau sering memarahi Ujang, dalam masa yang sama Makcik Zainung membelai Ujang dan memberikan kasih sayang yang seutuhnya buat Ujang. Ya.. zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh dengan keseronokan tanpa perlu memikir segala kecelaruan yang menyesakkan. Sungguh Ujang rindu untuk kembali ke zaman itu.Bila menempuh alam remaja, banyak pula perkara lain yang di lalui. Terlalu banyak kenangan. Sungguh indah zaman bergelar remaja. Cinta adalah salah satu agenda hidup diketika itu. Satu cinta telah pergi, cinta yang lain pula datang mencari. Ya..ianya boleh juga disebut sebagai cinta monyet yang sering bertukar ganti. Maklumlah zaman si manis 17…hehehe. Bila hati disakiti cinta, pernah Ujang berlari menangis dalam kehujanan. Ah lucunya bila diingati saat itu.Alam remaja adalah alam yang diulit keasyikkan.
Pengaruh lain juga tidak kurang hebatnya. Kalau tidak dibendung segala perasaan, diri sendiri yang akan rugi dan barangkali tidak akan menjadi seorang manusia seperti hari ini. Alhamdulillah syukur, berkat didikan Makcik Zainunglah yang menjadikan diri ini seorang insan yang tahu untuk menjaga segala batasan walaupun iman yang ada tidak seberapa.Kini, berlalu sudah zaman remaja Ujang. Peralihan hidup ke alam dewasa rupanya lebih rumit keadaannya. Semakin menginjak usia, semakin banyak pula dugaan dan bebanan yang melanda. Gelora kehidupan semakin dirasa. Rupanya hidup tak seindah apa yang diimpikan. Semua impian yang diangankan hanyalah sebuah bayangan indah di persada awan. Aduhai..mana silapnya aturan hidup yang dirancang dulu. Kalaulah dapat dikembalikan masa itu, akan disusun sebaik mungkin segala agenda untuk melayari dunia nyata yang penuh tanda tanya ini agar episod kesudahannya disusuli dengan sinar bahagia.

Posted by Ujang_MD :: 5/26/2007 01:47:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.