"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, May 28

HATI

Merenung mentari senja yang bergerak perlahan menukar warnanya, begitu mempesonakan. Indah cahaya merah keemasan melimpahi alam semakin beransur hilang di balik awan. Bulan seakan mengerti, lantas hadir membiaskan cahaya menawan menyuluhi malam yang kelam. Dan mentari pagi muncul lagi meninggalkan segala kisah semalam. Indah kan??
Selalu Ujang terfikir apa jua yang Ujang laksanakan adalah dijuruskan oleh hati. Perasaan yang terguris lantas mengalunkan pergolakkan rasa, adalah berpunca dari soal hati. Segalanya terletak di hati. Begitu rumit untuk dirungkaikan. Betapa besar kepentingan persoalan hati kerana dari situ bermulanya segala cerita suka dan duka. Dan kerana dari situ jua boleh mewujudkan sebuah ikatan yang perpanjangan atau berantakan di pertengahan jalan.
Seringkali Ujang terlalu ingin menjaga hati insan sekeliling agar tiada siapa yang terguris dan berkecil hati, tanpa mempedulikan hati dan perasaan sendiri walau pada dasarnya bergelodak memendam sebuah rasa dan terluka. Namun, sampai bilakah Ujang dapat bertahan mengawal segalanya itu sedangkan insan yang selalu Ujang jagai hatinya sering saja mementingkan diri malah tidak tahu menghargai?!
Adakalanya diri Ujang terlalu letih memikirkan soal menjaga hati dan perasaan insan lain. Selalu saja mengalah dan terus mengalah dengan keadaan itu, malah sentiasa mengikut sebaik mungkin setiap alunan rentak yang digerak agar emosi seseorang itu tidak tercalar. Kadangkala rela membiarkan diri sakit tersepit semata-mata kerana ingin menjaga sebuah persahabatan.
Amarah pada diri...lerai sendiri.. Perlukah dianyam tali-tali halus itu untuk di jadikan sebagai alas hamparan?

Posted by Ujang_MD :: 5/28/2007 10:40:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.