Perasaan manusia cukup unik dan cinta manusia itu sendiri penuh abstrak. Terkadang terkeliru dalam menilai erti sebuah rindu dan kasih yang sebenar. Aneh! Mana mungkin Ujang boleh mengasihi dan merindui seseorang yang tak pernah Ujang kenal tanpa Ujang tahu siapa dirinya yang sebenar.Tapi itulah yang terjadi. Seringkali hati ini mengingatinya. Barangkali perasaan itu wujud adalah kerana keakraban antara kami, keserasian dan kemesraan yang bertahun di larik bersama melalui alam maya ini. Ya...kebarangkalian itu tetap ada kerana perasaan sebegitu tidak akan muncul dalam sekelip mata cuma. Benarkah perasaan ini? Apakah mungkin ini hanyalah sebuah mimpi yang hadirnya di kala mata terpejam, jiwa melayang? Mungkin sang rembulan yang mengambang dan si bintang yang berkedip di suram malam turut tertawa lucu melihat keletah sukma Ujang. Ah biarkan saja tertawa itu, kerana perasaan itu bukan dusta. Ianya nyata wujud dalam jiwa, tetap ada setiap masa. Terkadang rasa rindu itu begitu kuat padanya. Adakah ini keterlaluan? Ohh itu tidak mungkin Ujang! Hidup ini kekadang aneh bukan! Begitu jua dengan diri Ujang, sering menyatakan perkara yang sama. “Perasaan ini sesungguhnya benar wujud. Walau bukan di dunia nyata, tapi di maya ini Ujang bercakap dalam hati, berbisik dalam hati, rindu dan sayang jua di rasai dalam hati, jadi segala apa yang terluah itu adalah lahir dari hati bukan dari kepala yang boleh menipu hati” Betulkah begitu? Ah..Ujang terkeliru lagi. Ingatlah wahai Ujang, kita hidup di dunia yang nyata, jadi berpijaklah di bumi nyata” Seringkali jua ayat itu berlegar-legar di kamar hati kecil ini. Tetapi salahkah sekiranya Ujang saling mengasihi dan merindui antara satu sama lain tanpa mengenal zahirnya secara nyata? Sesungguhnya perasaan rindu itu benar wujud dalam hati dan Ujang tidak boleh membohonginya. Kadang-kala sesuatu yang maya itu adalah lebih baik dari yang nyata. Menyayangi dan merindui tidak semestinya Ujang memiliki bukan! Apakah ada di antara kalian yang pernah mengalami situasi yang sama seperti ini?
Posted by Ujang_MD ::
5/27/2007 07:40:00 AM ::
1 Comments: