Dah lama sangat tak makan hasil tangan Makcik Zainung. Jarang sekali Ujang akan dapat merasainya sekarang sejak berjauhan. Tidak seperti dulu lagi.Tapi, sesuatu yang terjadi tadi buat Ujang menyuap santapan di depan mata dengan hati yang sebak. Air mata menitik sedikit tapi Ujang tetap teruskan makan. Tak nak menolak rezeki di depan mata.
Geram bila perasaan begini datang lagi. Datang dan pergi hingga buat Ujang rasa mahu menjauh dari semua. Mahu menjauh walaupun dari dunia maya ini kerana tak mahu hanya menitip nota emosi sebegini. Tapi apa yang terjadi kelmarin, semalam dan tadi….. buat Ujang menjadi yang bukan Ujang sekarang. .
Walaupun mistik itu dah berkurangan dari semangat dan kematangan diri, namun Ujang belum kuat untuk berdepan dengan semuanya walau nampak zahirnya diri ini tak serapuh itu…Ujang masih bertahan dalam senyuman kerana segalanya datang dari DIA yang Esa dan Ujang tahu segalanya akan pergi jua dengan kehendak DIA.
Dan selagi hati bersih dan penuh penerimaan, insyaALLAH.. Ujang takkan jadi gila dihimpit keadaan!!! Fantasi manusia yang punya persamaan dengan realiti hidup Ujang satu masa dulu. Realiti hidup Makcik Zainung.
Kesihatan masih kurang baik. Kepala masih sakit. Kotak fikir teramat kosong. Rasa kepingin sekali melihat bintang-bintang bertaburan di dada malam tika ini sambil menghirup secangkir kopi panas. Pastinya menyegarkan. Namun sayang, tiada satu pun bintang yang kelihatan...
Posted by Ujang_MD ::
8/18/2007 09:47:00 PM ::
1 Comments: