"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, November 21

SAHABAT

Sekarang Ujang berada di Kuala Terengganu. Semalam tidak kemana.. Terengganu di simbahi hujan lagi.. Memang lama Ujang merindui saat macam ni. Ujang ke bilik.. sudah lama benar Ujang tidak mengemas bilik. Lantas tangan ini dengan ringannya melakukan tugas yang sedia menanti. Satu di persatu di kemaskan. Barang yang tak di perlukan Ujang buang.. barang yang masih di perlukan pula Ujang simpan. Ujang terjumpa satu surat.. lantas segera Ujang membaca. Ujang tersenyum, surat bersetemkan United States. Tanpa sabar lagi, cepat-cepat Ujang keluarkan isinya. Yup, memang sah dari kawan rapat Ujang dahulu, Nadira. Ujang membaca. Setiap baris ayat demi ayat.. Senyuman Ujang memanjang, tidak pernah putus.

Ujang,

Aku selamat di sini. Kota raya yang aku tinggal sekarang yang indah dan penuh nostalgia. Oh, ya, kota ini sudah mula di bajui keputihan salji. Aku memang tidak suka musim macam ini Ujang. Gerimis salji memang menyusahkan. Kedinginan yang di bawanya menyeksa!

Ujang,

Aku di sini bahagia di sisi keluarga yang tercinta. Kami mesra sekali. Ujang, barangkali aku jarang pulang ke Malaysia lagi kerana aku di sini terlalau sibuk dengan kerja. Aku bercadang mahu menetap sahaja di sini. Soal kerja tidak timbul. Orang berkemahiran katakan . Aku masih ingat lagi Ujang ketika di zaman persekolahan dulu. Lucu benar jika aku ingati semula.

Ujang, sepanjang persahabatan ini, aku dapat merasakan sesuatu yang sejati. Benar-benar tulus darimu Ujang. Hanya saat ini, aku tergambarkan semula wajah kalian. Sahabat-sahabatku yang sebenarnya. Paling aku tak dapat ingati bila engkau kena gantung dekat kipas syiling oleh cikgu Lim yang mengajar subjek Pengajian Kejuruteraan Awam. Engkau seorang sahaja yang kena denda sebab tak buat kerja yang di amanahkan. Siap engkau menjawab lagi apabila Cikgu Lim memarahi engkau Ujang. Yer lah engkau Pengawas Sekolah ketika itu. Bila di ingatkan ketawa besar aku dengan muka selamba engkau tu. Teringat pantun yang pernah kita garapkan selepas habis SPM dahulu.. jika engkau ingatlah.. Pantun ini masih aku simpan sampai sekarang tau.

Sulaman kebaya cantik menawan,
Di sulam seni indah berseri,
Teman ketawa kiri dan kanan,
Teman menangis seorang diri.

Ujang, aku amat merindui zaman persekolahan kita Ujang. Aku amat merindui kawan- kawan. Hanya kenangan membuatkan aku tersenyum girang. Jika dapat di undur waktu, akan aku habiskan sisa hidupku dengan teman-teman . Sedikit puisi aku sisipkan untukmu Ujang.. Ia khas untukmu. Moga kau hayati bersungguh-sungguh.

Jika kau berpisah dari sahabatmu
Jangan bersedih hati
Sebab apa yang paling kau cintai pada dirinya
Akan lebih jelas pada saat-saat dia tiada
Laksana bukit
Bagi si pendaki kian jelas dari dataran

Sekian, terima kasih tidak terhingga kerana memahami diri ini sepanjang persahabatan. Maaf sekali lagi Ujang, aku cuma manusia. Ya manusia biasa.


Nadira Alias,
Fifth Avenue, New York

Ujang melipat lmpiran surat itu semula. Tersenyum Ujang seketika. Nadira seorang sahabat perempuan yang kental. Sanggup berjauhan demi mencapai cita-cita. Perempuan memang gagah sebenarnya... memang dari segi zahir mereka nampak lemah.. Ujang akui dari segi batinnya perempuan jauh lebih kental dari lelaki. Ketabahan?? Kesetiaan?? Lelaki mustahil dapat tandinginya. Ujang seorang lelaki, namun kenyataan tetap kenyataan..

Posted by Ujang_MD :: 11/21/2007 12:54:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.