"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, February 13

PASRAH

Alhamdulillah kesihatan Ujang beransur baik. Syukur pada Allah. Semalam Ujang pergi buat pemeriksaan darah.. cukup berdebar Ujang.. result yang Ujang terima sedikit menggembirakan.. walaupun bukan sakit yang agak berat tapi bagi Ujang penyakit nih cukup-cukup buat Ujang jadi serik. Doktor sahkan Ujang ada jangkitan kuman dalam darah... Mungkin mengambil sedikit masa untuk sembuh..

Orang yang pertama Ujang hubungi ialah makcik Zainung. Betapa gembira mak.. Dalam masa yang sama terdetik di hati Ujang pengorbanan mak pada Ujang tatkala Ujang sakit.. Entahlah.. hati Ujang betul-betul tersentuh bila mengingati kembali saat-saat itu. Tabahnya hati seorang ibu pada anak.. tapi adakah anak setabah itu jua memelihara ibunya apabila tua kelak??

Ujang bukan nak memuji siapa itu makcik zainung. Bagi diri Ujang yang merasainya.. Ujang cukup bertuah kerana mempunyai mak yang setabah Makcik Zainung. Ujang gembira walau tiada ayah di sisi membesarkan Ujang.. Ujang riang walaupun hidup Ujang tidak di limpahi kemewahan. Seorang anak kampung yang tinggal hanya beratapkan staif dan berdindingkan kayu. Ujang bangga menjadi anak makcik Zainung kerana Ujang dapat mengenali erti pengorbanan dan ketabahan.

Ohhh... mak.. Ujang rindukan mu saat ini.. Bila lagi kita dapat tidur bersama yer mak??? Ujang teringin sekali.... mengulang kembali saat kita dulu.. Ujang tak kisah apa orang nak kata pada Ujang mak.... "Anak manja".. lantak lah.. kerana hanya kita berdua sahaja tahu liku-liku hidup kita kan mak??

Posted by Ujang_MD :: 2/13/2008 09:33:00 PM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.