"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, February 11

SAKIT

Sejak Ujang sampai ke kampung sampai sekarang.. Kesihatan Ujang agak terganggu. Di Terengganu 4hari Ujang terlantar. Ujang alami demam panas.. Mak yang banyak bantu Ujang.. supakan makanan.. jaga Ujang siang dan malam.. Ujang rasa lega sebab Ujang sakit semasa di kampung.. Tidak macam dulu Ujang terkial-kial seorang di KL.. Kali ini demam Ujang agak teruk... Terima kasih Yeo yang banyak membantu Ujang. Yeo.. jasamu Ujang akan kenang sampai bila-bila. Sanggup Yeo tinggalkan kerjanya semata-mata hantar Ujang ke klinik. Sanggup dia menunggu hampir 2 jam.. selepas Ujang habis rawatan. Dia juga yang membayar kos rawatan.. terima kash yeo..

Setiap malam Ujang muntah... pantang apa jua di suapkan pasti akan terhambur keluar semula.. Ujang pun pelik dengan diri Ujang ini. Selalu demam.. Mak pun naik pening.. sampai sebulan2 kali Ujang demam. De mam Ujang pulak bukan macam demam biasa.. kalau dah demam pasti Ujang tak dapat nak bangun apatah lagi nak makan.

Ujang terpaksa juga pergi ke KL.. walaupun kesihatan Ujang masih tidak terjamin. Mak banyak bagi perangsang pada Ujang.. yeo juga tidak putus... Kak Mayang pun sama.. Terima kasih semua. Di dalam bus.. Ujang terpaksa tebalkan muka mintak plastik dengan seorang perempuan.... kerana Ujang termuntah... Makin malam.. makin kuat demam Ujang.. Mak tak putus-putus call. Ujang tahu mak bimbang dengan kesihatan Ujang.. Jalan pun terhuyung-hayang... sampai sekarang ujang masih demam.. Ujang jumpa doktor lagi tadi sebab bila Ujang muntah pasti akan keluar darah beku.. entahlah Ujang pun bingung.. doktor sarankan Ujang test blood esok... Ujang agak takut tapi Ujang terpaksa pergi.. kalau tak Ujang tak tahu apa penyakit Ujang... doakan Ujang yer kawan2...

Posted by Ujang_MD :: 2/11/2008 09:19:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.