"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, August 13

(PART III) : ASYIK SAYA JE YG JAGA HATI DIA...

Alangkah indahnya hidup kalau pendamping kita itu ialah seseorang yang bergelar kekasih (suami/isteri). Semua perkara, susah-senang dikongsi bersama, betul tak? Lebih daripada sekadar kawan, tubuh badan dan nafsu pun boleh dikongsi bersama...hehehehe... Dalam pada masa yang sama ada pulak tolak-ansur, hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan tanggungjawab menjaga kekasih. Memang bahagia sangatlah....

Bila disebut mengenai pendamping yang bergelar kekasih, sudah pasti ia melibatkan perasaan. Kadangkala, kita mengatakan hanya kita sahaja yang menjaga hati pasangan kita tapi dia langsung tidak menjaga hati kita. Erm...pendapat ni mungkin ade benar dan mungkin ada salah. Nak tau jawapannya? Senang sahaja. Cuba kita muhasabah diri kita balik. Nilai balik baik-buruk peribadi kita. Nilai balik latar belakang kehidupan kita. Kemudian kita bandingkan dengan apa yang kekasih kita ada. Bagi sesetengah orang, bertanya khabar setiap hari tu dinamakan sebagai "menjaga hati". Tidak membuat perkara yang tidak disukai oleh pasangan juga dinamakan sebagai "menjaga hati". Menerima teguran juga ialah sesuatu yang "menjaga hati". Si pasangan tidak akan melarang itu dan ini sesuka hati sekiranya ianya tidak bersebab. Tambahan pula si pasangan tadi ada banyak pengalaman yang telah mengajarnya tentang erti kehidupan, peribadinya pula sentiasa bersabar, tenang dan terima sahaja keadaan yang ada. Sudah pasti apa yang dilarangnya tidak mengandungi unsur2 jahat kerana dia sendiri seorang yang mudah menerima teguran, nasihat serta sentiasa bersabar walaupun dipersenda dan dihina. Perlu diingat, "menjaga hati" ini skopnya begitu luas. Katakan si A tidak langsung memarahi atau menerima sahaja kata2 makian dan tuduhan pasangannya iaitu si B, itu juga boleh dipanggil sebagai "menjaga hati". Kalau tak jaga hati, sudah pasti si A akan membalas balik dan mengeluarkan kata2 yang akan mengguris hati si B. Tapi realitinya si A tetap tidak melawan, hanya membiarkan sahaja. Itu juga sebahagian daripada "menjaga hati".

Jangan kita sewenang2nya menuduh pasangan kita itu tidak memahami diri kita sepenuhnya. Muhasabah dan nilai balik apa pasangan kita dah buat pada kita. Bila kita tuduh pasangan kita hipokrit kerana hanya nak tunjukkan yang baik2 sahaja, cuba kita lihat balik ada tak kita pernah tunjukkan yang jahat2 sebelum ni? Ada tak pasangan kita marah bila kita buat macam tu dulu? Kalau dulu kita pernah buat macam tu dan pasangan kita tak marah pun, ini bermakna terang-terangan kita dah menuduh pasangan kita itu sesuatu yang bukan dirinya sendiri iaitu "hipokrit". Selepas itu, bila kita dah tersedar kita terbuat silap, cepat2lah kita meminta maaf dan bukan lagi dengan menegakkan benang yang basah dengan berkata.."eh, hipokrit itu saya yang cakap, bukan awak... ".. Aduh....dah terang2 salah lagi tak mahu mengaku. Tak pasal2 si pasangan tadi dah dicop sebagai hipokrit...tidak terfikirkah kita tentang hati pasangan kita yang dah terguris kerana dituduh hipokrit? Adakah itu dinamakan sebagai "menjaga hati"?


Bila kita memaki-hamun, sumpah seranah, merajuk tak bertempat sampai berhari2 lamanya, adakah ini dinamakan sebagai menjaga hati pasangan kita? Adakah dengan hanya menutup laman web yang terang-terangan lucah dan berbaur sex itu dinamakan sebagai menjaga hati? Adakah dengan membuang semua kenalan yang berkawan atas dasar sex itu sebagai menjaga hati? Sebenarnya, itu bukan menjaga hati tetapi sudah menjadi TANGGUNGJAWAB untuk berbuat macam tu. Sanggupkah kita tgk pasangan kita berkata2 lucah dengan orang lain walaupun pasangan kita tu tiada niat untuk buat sex? Sanggupkah kita biarkan pasangan kita diraba2 dan dipegang2 oleh orang lain walaupun pasangan kita tu tiada niat untuk buat sex? Katakanlah memang betul pasangan kita tu tiada niat untuk buat sex, adakah kita tahu bahawa orang yang berkata2 lucah dan meraba2 pasangan kita itu juga tiada niat sex? Mampukah pasangan kita itu menahan gelora nafsu sekiranya orang yang berkata2 lucah dan meraba2 dia tu lebih cantik/hensem dari diri kita dan berjaya pula mengayat pasangan kita baaekkkk punya? Adakah pasangan kita itu malaikat yang langsung tiada hawa nafsu?... huhuhuhu....

Perlu diingat, kita ni manusia yang terlalu lemah dengan nafsu. Kita bukannya malaikat yang terhindar dari hawa nafsu. Tambahan pula jika nafsu kita memang kuat tahap dewa sex. Kita ialah manusia yang sentiasa dikekelilingi oleh syaitan yang sentiasa menghasut agar tewas dengan nafsu. Sebab itu kita perlu menjauhi perkara yang kita sendiri sebagai manusia tidak mampu untuk melawannya. Bukan hanya membiarkan diri kita berada dalam situasi macam tu dan bila dah terbuat silap kita hanya mampu untuk berkata..."eh, saya tak sangka jadi macam tu....saya minta maaf ye".... Macam tu je ke penyelesaiannya? Tak terfikirkah kita ada hati yang dah terguris? Adakah ini bermakna kita menjaga hatinya?....


Dari itu, janganlah sewenangnya kita berkata "asyik saya je yang jaga hati dia..". Sebab sebenarnya, ada byk perkara yang dia dah buat untuk menjaga hati kita tanpa kita sedari. Dan kita juga sudah byk melakukan perkara yang sebenarnya tidak menjaga langsung hati pasangan kita...... fikir2kanlah....


Posted by Ujang_MD :: 8/13/2006 06:04:00 PM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.