"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, August 13

SUMPAH DAN JANJI

Seperti yang semua kita tahu, manusia berpegang pada janji. Kerbau pula dipegang pada tali. Lihatlah betapa besarnya nilai janji hingga kita manusia disamakan dengan kerbau (binatang) sekiranya kita tidak berpegang pada janji....

Memang manusia kurang sempurna. Kadangkala kita sendiri melanggar janji yang kita buat. Ye, memang manusia kurang sempurna. Tapi adakah itu alasan yang paling sesuai untuk kita melanggar janji? Bagaimana dengan entry "lembut-lidah" sebelum ini? Tidakkah ia berkaitan dengan fed-up nye si penulis apabila janji dan kata2 manis tidak dikotakan? Bagaimanakah keadaannya bila si penulis sendiri tidak mengotakan janjinya?

Alasan yang menyatakan manusia itu kurang sempurna tidak boleh digunakan sekali-kali untuk melanggar janji... Tidak... tidak sekali-kali... Itu jawapan yang paling naif dan paling tak bijak. Tak sepatutnya digunakan oleh pasangan suami-isteri yang dah keluar masuk universiti, yang dah matang dan yang sudah bercinta sebelum berumah-tangga.... hehheehehe....

Janji hanya boleh dilanggar sekiranya terdapat sesuatu yang betul2 penting. Mungkin sesuatu yang melibatkan nyawa atau sesuatu yang melibatkan kehilangan maruah atau harta benda. Tapi, sekiranya janji dilanggar hanya kerana pujuk-rayu seseorang, adakah berbaloi untuk kita melanggar janji yang kita sendiri buat pada orang yang kita cakap kita "sayang sangat2"?...

Dalam soal ini, dimanakah agaknya kita letakkan sensitiviti kita terhadap pasangan kita? Adakah pasangan kita itu hanya sebagai tempat untuk kita meluahkan nafsu amarah, nafsu sex atau segala jenis nafsu? Atau adakah pasangan kita itu menjadi tempat untuk kita meluahkan kata2 cinta tapi bila tibanya masa2 tertentu kita langsung tak menghiraukan perasaan dia yang telah kita guris sedalam-dalamnya? Atau adakah kita masih tetap meletakkan pasangan kita itu di tempat teratas dengan sedaya upaya tidak melanggar janji kita terhadapnya?

Tepuk dada tanyalah selera. Haiwan tidak pernah berjanji. Dan janji itu sekali-kali tidak akan dibuat oleh haiwan sampai kiamat. Janji itu sebenarnya ialah manusia dan manusia itu hakikatnya adalah janji. Fikir-fikirkanlah....

Posted by Ujang_MD :: 8/13/2006 06:49:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.