"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, September 7

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!

Allah selamatkan Ujang.. Allah selamatkan Ujang.. Allah selamatkan Ujang selamanya.. Allah selamatkan Ujang… Hmm nyanyi untuk diri sendiri je la. Maka hari nie genaplah umur Ujang 26Tahun. Alhamdulillah.. berkat hari nih.. hari nifsu Syaaban… yang mana amalan kita yang lalu di angkat ke langit dan di gantikan dengan buku amalan yang baru.. begitu bermakna hari nih!!Setahun lagi melangkah umur.. semakin hari semakin tua. Dah hukum alam macam tuh nak buat macam mana..Masa tak boleh berhenti. Terus menerus tanpa kita sedari yang kita makin hari makin membilang hari bertemu dengan-Nya. Semalam tepat jam 12mlm.. Ujang bukak hadiah yang SaL bagi..Satu persatu di perleraikan..Cantik kotaknya. Wah… Baju.. CANTIK!!! T-Shirt kaler hitam.. bawah tuh pulak sayang letak GAMBAR sayang.. hmm di tambah pulak dengan gambar berbentuk hati… Hmm berapa lama sayang tempah tuh?? Ehhehee… but sedikit small lah.. y tak ambil saiz M?? Ahaks.. macam2 kan?? Terima kasih sayang.. terima kasih banyak2!!

Sedih jugak sebab tahun tak celebrated birthday.. Entah lah semalam mak pun tdo awal.. Katanya sakit kepala… Tak apalah. Maafkan abg sayang sebab tak pick up sayang nyer called.. Entah lah abg rasa baik abg menyendiri.. baik abg menyepikan diri.. itu yang sebaiknya abg rasakan untuk hubungan kita nih yang kian hari abg rasa makin kusut. Abg rasa cara mendiamkan diri nie lah jalan yang paling selamat bagi menjaga hubungan kita nih sayang. Abg bosan bertekak.. abg dah bosan memberontak.. abg dah bosan segala-galanya sayang. Terima kasih kerana cuba called abg semalam.. dan abg mintak maaf banyak2 sebab abg tak angkat pone.. Abg tau sayang nak wish abg nyer birthday seperti apa yang telah kita janjikan.. Bukan abg ego sayang… bukan abg nak tegakkan benang yang basah.. Cuma abg nak leraikan persengketaan kita nih sayang.. abg tak nak kerana perkara kecik yang berlaku kat JB hari tuh hubungan kta retak..Maafkan abg.. abg tahu niat murni sayang nak sambut birthday abg sama2 semalam walaupun kita jauh..Abg hargai… Terima kasih.. Biarkan abg sendiri sayang… Abg tak nak piker apa2 sekarang.. abg Cuma nak menyendiri.. nak cuba selami diri sendiri.. seperti yang pernah sayang cakap terhadap abg dulu kan?? Apalagi yang tak kene abg pada diri sayang?? Abg cuba leraikan.. insyaallah!!

Terima kasih pada kawan-kawan yang wished ujang nyer birthday semalam.. walaupun ujang sorang dalam bilik duk melangut atas katil.. dengan kehadiran SMS korang rasa bahagia sangat.. ada jugak orang yang ingatkan ujang.. terima kasih pada Abg Din… Thnxx abg Din.. awak begitu memahami Ujang.. banyak kasi nasihat dan pendorong.. bertuah ujang mengenalimu.. walauapapun u still my bro.. forever yah. Ijat Tenuk yang menyamar tuh, Hana, Lin, Madshah, Abg Aziz,Abg Shidie,DD, Ady, Azmi dan kawan2 yang lain.. thnxx. Kenapa entah perasaan uajng ketika ini.. agak sensetif..Dalam fikiran rasa malas nak piker hal dunia nih.. buat pening terutama sekali manusia..BOSANNNN!!

Kadang2 bila piker pasal cinta nih.. rasa satu bebanan.. betul kata madshah “Ujang.. senang hidup sorang.. hati pun tak sakit.. jiwa pun tenang.. masalah pun tak datang..ko bebas”… Rasa betul jugak apa yang Madshah cakapkan.. tapi ujang manusia.. manusia mempunyai hati dan perasaan yang ingin di cintai dan menyintai.. argh… entahlah..
Untuk menyatukan perasaan kita tidak cukup dengan cinta sajer kan??? Dan untuk menjadikan cinta itu sesuatu yang indah dan berharga kita harus memeliharanya bukan?? Harus ada saling percaya, pengertian, penghargaan, perhatian dan saling menghoramti masing2.. pernah uajng terpikir.. adakah ujang ada semua itu??? Entahlah!! Konflik!!

Maaflah… uajng Cuma nak luah apa yang terbuku di hati.. Kadang-kadang ujang merasa putus asa kerana ujang tak tahu harus bagaimana nak selesaikan satu perkara.. bingung!!

Jika sebuah perasaan terus dipendam dalam sempitnya ruang hati,

Apapun itu tentu akan terkuak juga suatu saat,

Terbuka dan terlempar keluar ke dunia ini.

Bukannya ingin terus menyendiri dan menyembunyikan semua itu.
Hanya saja, itu lah yang boleh ujang lakukan.

Bukannya ingin menikmati semua indah rasa itu seorang.
Hanya saja, ujang memang tak boleh dan tak mungkin untuk berbagi dengan yang lain.

Bukannya ingin bersikap tegar di depan khalayak, meski duka yang tersimpan erat. Hanya saja, ujang ingin menghadapinya semampuku..



Arghh kenapa perasaan ujang nih asyik duk pikir mahu menyendiri.. Arghh!! Ujang dapat rasa semacam perasaan ini tidak menentu dan seperti mahu berlari-lari sahaja. Tapi Ujang mahu kemana? Ujang mahu buang sejauhnya perasaan ini, namun terasa ia makin pekat dan melekat-lekat dalam jiwa. Sesekali Ujang cuba pasrahkan diri pada yang esa, berdoa dan tak putus-putus berusaha. Namun setakat manalah daya Ujang, kerana Ujang insan yang terlalu lemah dan akan selalunya kalah. Bila Ujang lihat sesuatu-selalunya rasa itu tetap sama-tawar dan masih kosong seperti biasa. Kenapa dengan Ujang? Apa masalah Ujang? Apa yang Ujang cari sebenarnya? ya Tuhan...tolonglah..tolonglah..Ujang mahukan jawapan!

Benarlah kata orang, bila kita biarkan diri ini sepi dan menyendiri, maka perasaan kita jua akan turut mewarisi. Dan seperti itulah yang Ujang rasai saat ini. Mungkin. Sesekali Ujang rasakan diri ini penuh dengan gembira. Sarat dengan bahagia. Dan sesekali seketika juga terasa amat hina dan sengsara. Bila Ujang fikir, bila Ujang renung, betapa berkuasanya Allah mencipta perasaan untuk diri Ujang dan selalunya dalam pelbagai rasa yang berbeza. Ya Tuhan..Kau sangat hebat! Ujang, masih fikirkan-dia. Walaupun cuba untuk melupakan, memadam dan seakan mahu letakkan dia dalam 'recycle bin', namun perasaan ini selalu menyeksa jiwa, seperti datang dan merayu meminta-minta. dia-bukanlah insan yang pernah Ujang fikir dan harapkan dalam hidup semata-mata, namun terasa sangat istimewa-terasa ada suka dalam hati. Walaupun kemunculan dia dalam hidup Ujang membawa sepi dan riang yang tak pernah berhenti melukai-tapi Ujang tak mampu menipu-hati ini!

Apa harus Ujang buat? Benarkah tindakan Ujang, memilih laluan ini..yang datangnya seakan bercabang-cabang, lalu membuat akal Ujang sempit untuk berfikir. Ujang mahukan cari ruang di mana Ujang boleh ketawa dan bersuka ria, tetapi dalam masa yang sama masih sudi menyaksikan Ujang menangis. Ujang terasa sangat kecil ya Allah. Ujang harapkan mereka boleh gembira bersama-sama sambil menyanyikan lagu cinta. Tetapi Ujang.kecewa.dengan menangisi lagu yang luka.

Ujang rasa mahu menangis.mahu menangis di hari lahir ujang sendiri.. huhuhu

Posted by Ujang_MD :: 9/07/2006 10:34:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.