Dunia oh dunia. Dunia Ujang gelap membawa lari kecerahan dulu, tiada sinar yang mampu menerangi hidup ini. Ujang melarikan diri ini dari dia bagaikan satu tamparan hebat buat diri Ujang. Bersusah payah Ujang teruskan perjalanan tanpa menoleh ke arahmu. Kau pula bersusah payah menjejaki Ujang setiap malam, musykil dengan aktiviti Ujang. Maafkan Ujang. Teratak itu mencabul kehormatan Ujang, maruah Ujang tercemar seperti dulu. Maafkan Ujang, kesucian Ujang hilang di mata dunia. Bumi mungkin sedang jelek memerhatikan Ujang, pokok-pokok mula membisikkan sesuatu, mencemuh Ujang yang hina. Ujang sedar, tapi nafsu itu buas.
Rasa macam diri ini banyaks angat dosa dengan orang... yer.,. ujang mengaku uajng ada buat silap... Manusia mana tak pernah buat silap.. Tapi mungkin silap ujang nih.. kesilapan yang sering terjadi kut ... entah lah.. Mungkin dia selalu beranggapan yang bukan-,bukan terhadap ujang.. entah lah.. Ujang sendiri pun pening.. mungkin dia beranggapan macam nih kut pada ujang....
Hurmmm.. Awak sedar tak apa yang telah awak lakukan? Di mana maruah awak? Tak malu ke?Apa yang awak nak sesalkan? Hanya kerana kejadian tempoh hari saja yang menyebabkan awak rasa menyesal? Untuk apa hidup awak sebenarnya? Oh, saya tahu, itukan dunia lama awak dan awak sendiri bangga menjadi diri awak yang dulu, sebab itulah awak rasa menyesal kerana saya dan bukan kerana teratak itu! Saya kata! Saya nampak dan saya dengar dari rakan-rakan awak sendiri. Rakan-rakan lama kita. Awak sendiri berada di depan mata saya. Apa lagi yang hendak di nafikan? Jangan jadi naif! Mungkin itu anggapan dia pada Ujang... Tapi sedarkah??? Lusuh? Macam bajulah pula. Baju yang saya pakai ni pun agak lusuh.Iyalah, saya seriuslah ni. Kenapa pula saya yang di persalahkan dalam hal ni? Sayakah punca segalanya? Hurmmm... mungkin saya bersalah, saya tidak sempurna mana. Niat saya untuk mendidik awak.Tidak sangka, begini pula jadinya. Langkah saya tak kena. Saya sedar bahawa cinta ini terpaksa di kongsi dan kadang-kadang cinta kita terpencil. Saya bukan sengaja. Saya cuba untuk membawa arus perubahan diri, dan cuba alirkan pada awak. Fahamkah awak akan keadaan yang sedang saya hadapi ini?Entah lah..ini yang ujang andaikan... Terpaku Ujang di hadapan Tuhan, Bertafakur memikirkan nasib Ujang yang hanyut kembali ke dunia lama. Ujang kalah dengan ego Ujang sebagai lelaki. Air mata ini tak dapat di bendung lagi, terlalu sedih, teramatlah sedih mengenangkan semula kisah-kisah hitam dahulu. Ujang bersalah, Ujang tidak sepatutnya memaksa. Ujang tidak sepatutnya meminggirkan. Ujang tidak sepatutnya membawa haluan tuju Ujang sahaja dan melupakan kau terpinga di dunia sementara ini. Ujang silap, Ujang tersilap langkah. Mungkin Ujang tidak layak, belum layak, tiada kelayakan untuk dirimu. 'Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa Ujang. Kesilapan Ujang memberi kesan padanya. Kesan yang mendalam itu akan membawanya ke lembah hitam yang mungkin sukar untuk di kikis. Pengalaman dulu telah mengajarku erti gentar, gentar pada kemurkaanMu. Sehingga kini, bayangan gelap itu seronok mengejar Ujang, mematahkan semangat Ujang dan mengagungkan keegoan dulu. Ujang takut untuk mendekatinya lagi. Oh Tuhan, Ujang memohon padaMu, teguhkanlah secebis iman yang masih ada dalam diri Ujang. Jangan kau biarkan syaitan-syaitan itu merobek segalanya melainkan dengan kehendakMu. Tak rela Ujang melihatnya dalam keadaan sugul tak bermaya, melawan nafsu buas itu seorang diri. Andai Ujang punca segalanya, jauhkanlah dia dari hidup Ujang, moga dia selamat dunia akhirat. Andai Ujang dan dia berpeluang ,selamatkanlah hubungan ini dengan sesucinya. Ya Rahman, moga perkenankan doa Ujang. Ameen. Malam ini Ujang ke KL.. ujang nak berjumpa Sal.. biarlah.. banayk perselisihan faham ujang dengannya.. Mungkin cara berjumap macam nih boleh eratkan balik hubungan ujang dengannya... Ujang pergi cuma sehari, hanya untuk pergi berbuka puasa dengan Sal.. Harapan uajng moga hubungan ujang kembali tenang.. amen..
Posted by Ujang_MD ::
10/12/2006 09:18:00 AM ::
0 Comments: