"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, October 14

Penghujungnya....

Letih betul ujang hari ini... Balik dari KL cepat2 ke tempat kerja.. mujur flight tak delay..kalau tak sure lambat ke tempat kerja.. Dah 2 minggu ujang terpaksa kerja hari sabtu. Banyak keje yang kene selesaikan before raya. Hari ini mungkin hari paling sedih bagi ujang.. Hari ini mungkin dah terjawab segalanya. Hari ini mungkin ujang dah bagi kata putus dan hari ini juga mungkin ujang nekad dengan keputusan ujang kali ini. Walau hati perit.. walau hati gundah.. ujang kene tetap kuatkan semangat menempuh hidup seharian ujang seperti biasa.

Akhirnya 2 hari lepas ujang jumpa jua Sal.. setelah hampir sebulan lebih tak bersua muka,.Rindunya ujang tidak terkira. Ujang rasa selesa sangat ketika itu.. rasa cukup lengkap hidup ini.. rasa diri ini girang gembira tak terkata. Sal pun sama... dari riak wajahnya ujang tahu dia cukup gembira. Ujang kucup pipi sal.. agak malu dirinya..Malam itu begitu manis sekali buat kami berdua...

Namun kegembiraan hanya seketika..ada sahaj perselisihan faham antara ujang dengan Sal.. Ujang pun bingung kenapa sekarang uajng mudah sangat bertengkar dengan sal.. dan pada masa yang sama juga mudah untuk kami berbaik..Entah.. ujang betul2 tersinggung dengan Sal... Ujang rasakan sal makin berani ikut lepas mulut bila bercakap. Ujang tak salahkan dia.. mungkin dia buat macam tu coz dia betul2 meragui kejujuran ujang. Tapi semalam.. time berbuka puasa dengannya kat Time Square ujang betul2 makan hati dengan sal.. bukan kali ini sahaja.. tapi sebelum ini pun.. selalu di banding kan itu dan ini... Yer sal.. abg kalah kalau nak lawan sal...dan abg sedar abg tak layak.


Ujang penat sangat. nak menaip pun malas.. Ujang telah buat kata putus.. biarlah hubunagn uajng dengan sal berakhir di sini.. Itu yang terbaik untuk diri ujang mahupun sal. Memang pahit.. mmang pedih.. hubungan yang di bina dan di semai bersama tiba2 hancur sekelip mata. Bukan tidak mahu selamatkan hubungan dah berkali2 uajng cuba.. namun ujang juga yang merana. Ujang tak tahan.. biarlah luka sekarang daripada kelak akan meracuni badan pula. Maafkan abg Sal...Abg harap sal bahagia dengan kehidupan baru nanti.. moga sal jumpa seorang lelaki yang sekelayakan dan berfikiran orang bandar seperti yang sal hendakkan?? Maafkan abg andai selama hubungan kita ini abg banyak lukakan hati sayang. Maaf atas segalanya...

Ingat sayang,... abg bukan kejam, abg bukan tiada belas kasihan.. Abg cukup faham betapa pedih andai berlaku perpisahan.. Bukan abg sengaja mahukan perpisahan ini.. abg sudah fikir sedalamnya.. ini untuk kebaikan bersama.. maafkan abg sayang... abg harap sayang jaga diri baik2.. cari seorang yang betul2 menyayangi sayang... orang yang sedudukan dengan sayang..Maaf....

Posted by Ujang_MD :: 10/14/2006 10:48:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.