"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, October 15

Seperti Dulu...

Bukan mudah untuk melupakan seseorang atau suatu kenangan yang begitu bermakna dalam hidup kita.Semua orang ada kenangan masing-masing,mungkin pahit atau mungkin juga teramat manis.Pernah Ujang bertanya soalan bodoh pada seorang teman."Boleh ke kita lupakan seseorang tu.Lupakan terus?".Dan dia menjawab "Mana mungkin Ujang,Mustahil la nak lupa,hanya orang yang hilang ingatan je akan terlupakan segala kisah-kisah lama". Ujang diam,memang benar kata dia.Mana mungkin terlupa.Suka atau tidak,kenangan yang kadangkala menjeruk hati itu tetap kita usung kemana-mana.Kekuatan diri sahaja yang mampu buat kita melupakan sedikit demi sedikit.Ataupun,hanya sesekali teringat.

Seringkali kita berpesan pada orang-orang yang kecewa."Lupakan je dia,lupakan semua kenangan".Hanya mudah di kata tapi sukar nak di kota.Payah. Ujang mengaku yang Ujang ni jenis yang payah nak melupakan seseorang atau sesuatu yang meninggalkan kesan di hati Ujang.Ambil masa berbulan-bulan atau bertahun. Ujang memang hidup dalam kenangan sejak dari dulu.Dan itu yang membuatkan Ujang lebih berhati-hati.Kalaulah segala yang tersimpan dalam kotak memori itu boleh di servis, Ujanglah orang pertama yang akan buat begitu. Tapi,seandainya kenangan itu terlalu manis,kenapa pula harus dilupakan walaupun insan yang turut berada dalam kenangan itu entah kemana menghilangnya.

Hati yang sentiasa memujuk kotak fikiran supaya terus menyimpan kenangan,bukankah begitu sebenarnya?Orang selalu berpesan begini "Buat apa la kita ingatkan orang yang tak pernah ingatkan kita langsung?".Harapnya tidak begitu,kadangkala Ujang rasa bila kita ingatkan seseorang,mungkin dia pun teringatkan kita juga pada masa yang sama.Dan begitu juga sebaliknya.Ia umpama jantung berdetak hebat tiba-tiba dan hanya satu nama yang melintas dalam fikiran.Sepuluh tahun,biar berapa tahun telah berlalu,takkan pernah terlupa selagi kita mengizinkan segala kenangan yang tertinggal bersarang dalam fikiran.Hanya satu yang pasti,hanya ini sahaja yang boleh menenangkan hati.Ingat padaNya selalu.Takkan pernah timbul kekalutan dalam diri bahkan ketenangan yang akan kita dapati.

Ujang patut terima bulat2 keputusan ujang ini.. Segala kenangan biarlah ia berlalu bagaikan angin bayu..Kekadang terasa adakah diri ini terlalu kejam kerana tinggalkan sal?? Entah ujang tak pasti.. cuma satu yang ujang harapkan moga sal beroleh apa yang di hajatinya selama ini.

Ujang mahu jadi seperti dulu. Terkasima mencari realiti di dalam fantasi. Atau mungkin juga masih tercari identiti Ujang sendiri. Siapakah Ujang? Bagaimanakah sifat Ujang? Hahaha…. Ujang sendiri tidak tahu jawapannya. Betul kata orang… kita tak mungkin dapat menilai diri kita sendiri. Jadi? Haruskah Ujang teruskan pencarian Ujang itu? Perlukah Ujang memburu sesuatu yang Ujang sendiri tak pasti akan jawapannya? Entah. Entah? Adakah itu sahaja jawapan yang Ujang dapat? Entah. Ah… Hentikanlah. Sia-sia semua itu.

Jawapannya adalah mudah. Kau ialah kau sekarang. Biar kau berubah… biar kau merantau…. Itulah diri kau wahai Ujang. Kau tak pernah bertukar jasad bukan? Ha… kan Ujang dah cakap, kau ialah kau. Kau bukan Mahathir. Kau bukan BradPit. Haha… tak perlu kau ikut mereka. Sia-sia. Mengapa? Kerana kau ialah kau dan mereka ialah mereka. Emm… aku mengerti sekarang. Ujang ialah Ujang. Peduli apa Ujang dengan kata-kata mereka. Biar Ujang jahat di mata mereka. Biar Ujang hina pada pandangan mereka. Yang penting… Ujang ialah Ujang. Kan?

Pernah ujang tertanya...Adakah insan-insan yang mempunyai secebis kasih sayang untuk dikongsi semakin kurang di dunia? Atau, adakah mereka lebih suka menyimpannya buat hidangan sendiri? Atau, adakah mereka juga sebenarnya seperti Ujang? Terlalu berat untuk Ujang meminta kepada mereka. Ujang tak mahu membuka pekung di dada. Tapi, Ujang juga tidak mahu luka di hati bernanah selamanya. Jadi apa yang harus Ujang lakukan? Seperti tadi. Jawapan yang Ujang ada hanyalah entah.

Kawan ketawa mudah ditemui, kawan menangis jarang dijumpa. Itulah kata pepatah. Dan hari ini, sekali lagi Ujang terpaksa mengakui hakikat kebenaran kata-kata ini. Sudah puas Ujang bersabar. Sudah acapkali Ujang mengalah. Tapi adakah ini balasan yang Ujang terima? Ujang tidak pernah menyimpan keinginan untuk berdendam. Malah ketika Ujang menyakiti hati Sal dahulu, Ujang jadi serba tak kena dan rasa bersalah menghantui Ujang. Lantas Ujang cuba sedaya upaya untuk menebus kesalahan Ujang dengan segera. Bukan Sal sahaja. Malah Ujang rasa, dengan semua orang Ujang begitu. Tetapi kenapa ini balasan yang Ujang terima? Insankah mereka? Tidak cukupkah keinsanan Ujang? Ini yang membuatkan hasrat Ujang semakin luluh. Insan… tidakkah kau mengerti hati seorang insan yang lain?

Rumah kampung.. bila sunyi pasti kedengaran bunyi2 cengkerik.. dan juga ujang seorang lelaki kampung yang tiada apa kemajuan.. seorang lelaki yang kurang pelajaran.. yang selalu di pertikaikan.. hmmm apalah nasib ujang. Ujang rasakan...Rengekan cengkerik di luar kamar Ujang seolah-olah mengejek Ujang. "Krek-krek-krek-krek…..krek-krek-krek-krek…." Agh!!! Diam!!!! Suasana hening seketika. Kemudian kembali bunyi ejekan tadi. "Krek-krek-krek-krek-krek-krek-krek….. krek-krek-krek-krek-krek…" Ah.. pedulikan saja si cengkerik. Memang patut dia mengejek ujang. Siapalah ujang berbanding dengan si cengkerik. Ujang hanya si huma berterbangan di tiup bayu. Terumbang-ambing. Tidak pasti arah tujuan. Itulah Ujang. Si cengkerik? Dia bebas. Dia boleh melompat ke sana-sini. Dia boleh terbang ke situ-sini. Dan… dia boleh mengejek Ujang!

Kenapa Ujang dilahirkan begini? Hidup Ujang langsung tiada kemanisan kasih sayang atau pun kenikmatan kebahagiaan. Adakah ini semua satu dugaan? Tapi sampai bilakah dugaan ini akan berterusan? Adilkah? Atau Ujang ini manusia yang tak reti erti syukur? Ya Tuhan! Tabahkanlah hati Ujang ini untuk berhadapan dengan ujian-Mu ya Allah! Tapi… mampukah Ujang hadapinya? Adakah Ujang bersedia? Agh…. Kenapa mencurah-curah soalan di benak Ujang ini? Ceh.. soalan lagi. Ujang bosan!!!!

Apakah harapan dan impian Ujang? Sudah pasti Ujang ingin berjaya. Meneruskan kecemerlangan seperti mana yang telah Ujang lakukan satu tika dulu. Menaikkan imej Ujang di mata ramai. Itulah impian Ujang. Itulah harapan Ujang. Ringkas, tetapi sukar dicapai.Keinginan. Ya. Semangat untuk mencapai cita-cita sudah hampir UJang pupuk. Biarpun masih belum membara, tapi Ujang yakin azam Ujang semakin kuat berbanding dengan beberapa purnama lepas. Ujang akur bahawa Ujang perlu berubah dan menuju ke arah cita-cita Ujang.

Berpeluangkah Ujang? Mengapa tidak. Jalan terbuka luas mengalu-alukan kedatangan mana-mana musafir sekalipun. Hatta mereka yang cacat dan luka juga tetap diterima. Jadi mengapa tidak diri Ujang? Ujang masih bernafas. Ujang tidak cacat. Mungkin cuma luka. Tapi luka Ujang masih boleh diubati. Siapa tahu penawarnya bakal kutemui di penghujung jalan?

Apalah gunanya sebuah kapal yang tidak pernah berlayar? Umpama sepohon kayu tidak berbuah dan tidak berdaun. Seperti rerama yang tidak berkepak. Tiada erti baik untuk dirinya mahupun kepada alam sekelilingnya. Begitukah Ujang? Inginkah Ujang jadi begitu? Atau Ujang begitu ingin tidak jadi begitu? Atau Ujang begitu dan begitu tidak ingin jadi begitu? Ujang tidak begitu. Ujang juga tidak ingin jadi begitu. Jadi?" Don't get tangled up with 'maybe… maybe someday.' "


Ujang nekad.. ujang telah buat keputusan dan ujang patut terimanya dengan hati yang terbuka.. Ujang patut tanggung risiko apa yang telah ujang putuskan.. ujang harus teus melangkah ke depan.. yang patah akan tumbuh dan yang hilang pasti akan berganti... yang pergi biarkan lah ia pergi tak perlu di ingati.. muadahan suatu hari bahagia kembali... amen.. Makcik Zainung.. i need u............

Posted by Ujang_MD :: 10/15/2006 08:36:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.