"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, April 28

BERKONGSI DUKA DENGAN ALAM

Bintang, Ujang kembali di sini, mahu meluah yang terpendam, yang terasa di lubuk dendam. Ujang sudah mula bosan dengan kehidupan bilamana sesekali diuji kesabaran. Ujang sudah puas berfikiran, kenapa manusia lain kurang arif bila memahami hati dan perasaan sedangkan mereka mahu diri mereka dilayan sebaik mungkin, dijaga hati, dibelai jiwa tapi tidakkah mereka sedar yang Ujang juga seperti mereka mahu juga merasai kebahagiaan itu.
Saat ini Ujang diam sendiri. Ujang mahu merasa kosong, tenang biarpun jiwa terlalu kacau, tak mungkin ada yang memahami atau berpura-pura tidak mahu memahami. Datangkan sesiapa sahaja pada Ujang untuk Ujang dengar isi hati luahan rasa, pastinya jiwa ini akur pada suara itu tapi bagaimana dengan Ujang? Adakah Ujang perlu bersuara pada dinding?
Setiap detik yang berputar mendekatkan Ujang dengan usia yang semakin hari bertambah umurnya, Ujang rasa Ujang harus lebih matang dengan setiap detik itu, jadinya Ujang akan lebih peka dengan alam tapi bila Ujang lihat ke belakang, manusia yang tertinggal itu seolah kembali dan terus kembali ke usia yang entah ke berapa bagai mahu jadi anak kecil yang hanya berfikir dengan diri sendiri. Bintang, Ujang terlalu sunyi, saat terlalu letih mengenang nasib diri kerana esoknya pasti akan tiba.
Ujang harus melalui kehidupan ini lagi.Bila termangu sendirian Ujang teringat nota cinta dulu..
Buat awak yang amat Ujang sayang, Ketika warkah ini ditulis, Ujang pasang lagu-lagu ballad romantik kat PC Ujang. Waktu ini lagu Endless Love, Mariah Carey. Lagu tu penuh dengan kata kata indah, itu yang buat Ujang bersemangat nak tulis warkah ini kat awak.Awak....Ujang nak awak tahu yang Ujang sememangnya betul-betul jatuh hati kat awak. Awak betul-betul dah memiliki hati Ujang. Pertemuan demi pertemuan kita bertemu dan mengenali diri masing-masing. Dan setiap detik pertemuan itu Ujang tahu awak memang benar-benar ikhlas menyayangi diri Ujang. Ujang dapat lihat dari mata awak dan menilai dari kata-kata awak. Gerak hati Ujang juga berkata supaya memiliki
awak sepenuhnya.
Dan Ujang kini telah pun terima diri awak seadanya. Pada mulanya Ujang agak ragu-ragu untuk jatuh cinta dengan awak disebabkan kerjaya awak yang begitu glamour yang membuatkan Ujang takut. (Awak pun fahamkan!) Ye la awak banyak jumpa orang tapi bila Ujang fikir semula, Ujang tak kisah dengan semua tu. Ujang percaya awak seorang yang yang ikhlas dan boleh dipercayai. Pandai-pandai la awak jaga kepercayaan Ujang ni. Ujang tahu awak menjadi rebutan tapi Ujang tahu awak tetap sayang Ujang. Betul kan? Ujang rasa bertuah gak awak pilih Ujang walaupun Ujang tak der rupa sangat! Ujang harap awak tak menyesal kenal Ujang.
Terimalah Ujang seadanya.Baru sebulan kita kenal tapi rasanya banyak kenangan dan memori indah yang kita lalui. Pastinya Ujang tak akan lupakan saat ini. Dan Ujang amat berharap banyak lagi saat-saat indah yang bakal kita lalui. Ujang nak spend time banyak ngan awak bila Ujang ada masa terluang. Ujang nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat awak kerana menyayangi diri Ujang dan terima Ujang seadanya. InsyaAllah kita akan lalui suka duka bersama, Ujang harap hubungan ini akan berkekalan lama. Dan Ujang nak awak tahu Ujang sayang awak.
Terima kasih atas kata-kata indah ini, akan Ujang simpulkan menjadi sesuatu yang abadi, jauh di sudut hati. Patutkah Ujang patuh pada kata-kata ini.. "Bila kita selalu mengingatkan kisah silam kita akan menjadi semakin tua, bila kita selalu ingat masa depan kita akan selalu berasa muda".. Patutkah??

Posted by Ujang_MD :: 4/28/2007 12:16:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.