Malam ke Pagi ke? Ujang bingung. Sejak kebelakangan ni memacam perkara datang dalam hidup Ujang, puas Ujang cuba cari jalan memahami setiap apa yang mendatangi Ujang. Makin Ujang cuba fahami makin Ujang rasa seksa sangat jiwa Ujang ni apatah lagi Ujang ni jenis yang suka memendam hanya kerana mahu menjaga hati dan perasaan orang lain. Ujang tak pasti samada sikap Ujang ni baik untuk Ujang ke tidak, yang nyatanya Ujang semakin tertekan sekarang. Ujang cuma harap orang-orang yang ada sekeliling Ujang ni faham dengan kata hati Ujang tapi Ujang tengok sengaja Ujang tidak difahami hanya kerana ego masing-masing. Sebenarnya Ujang ni jenis terasa hati kejap je pastu dah ok balik. Ujang malas nak pikir lama-lama tapi sampai bila Ujang nak jadi cam ni? Makan dalam sesangat rasanya. Ujang tak suka la keadaan macam ni, buat Ujang tension jer. Orang boleh buat Ujang itu ini tapi kalau Ujang buat sekali itu ini kat orang, hanya Ujang je yang nampak! Apa ingat Ujang ni tak ada perasaan agaknya. Saat ini Ujang terlalu bingung. Boleh Ujang percaya pada makhluk Tuhan yang bernama 'manusia' ini? Adakah Ujang harus percaya untuk dipermainkan lagi? Bingung....oh Tuhan, jangan Kau dekatkan Ujang lagi pada manusia yang penuh dengan wajah seribu bayang. Sesungguhnya Ujang hanya mampu melihat satu wajah pada hati mereka sahaja.
Yang amat pahit dalam hidupku ini Sebuah kisah yang terjadi Dan kini terbayang siapa lawan siapa kawan Disaat aku memerlukan
Mujurlah seorang insan yang ku temukan Mengerti apa yang ku alami
Kalau dahulu semua indah mekar Tetapi kini semua hambar Sungguhku membencimu Di atas perbuatan Yang benar melukakan perasaan
Saat engkau jatuh dahulu Akulah insan yang membantumu Sebaliknya pula terjadi padaku Kau hanya membisu dan berlalu Tahulah aku sekuat mana perhubunganmu
Kau biarkan ku berdarah Sedikit pun kau tak kisah Kau memandang aku bagaikan sampah Apakah kau terlupa Satu kisah dulu kala Cahaya yang kau miliki Aku yang beri dari hati yang tulus
Ada baiknya Ku ini bersendiri Tanpa percaya sesiapa lagi Sejarah kisah lama Membuatku berhati Agar diri tidak tertipu lagi Paling penting ku percaya diri sendiri
Ujang suka sangat bait-bait lirik kat atas tu, Ujang rasa la kan, manusia ni bezanya adalah HATI, dah banyak benar Ujang jumpa manusia, yang paling pasti hati memasing berbeza sangat. Yang paling Ujang takut sekali ialah manusia yang tak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain, hmm kes bahaya giler ni, doa Ujang selalu jangan la sampai Ujang dibutakan hati, tak sanggup rasanya dikatakan manusia tanpa perasaan. Sebenarnya Ujang dah jumpa manusia tanpa hati dan perasaan ni, selalunya bila 'terbukti' dia orang jenis macam tu Ujang akan jadi 'manusia bengong' jap hehehe, Ujang suka berpikir, seringnya Ujang pikir : apasal la dia orang ni tak tahu jaga hati manusia lain sedangkan hati tu kan anugerah pada makhluk yang bernama manusia. tapikan, Ujang selalu jaga hati orang, seringnya hati Ujang yang sakit pulak! macam mana tu? takkan karma gak kot? karma apanya, kekadang tu macam nak lari jauh- jauh duduk sorang diri, itu yang Ujang rasa kalau mengikut kehendak hati la. Soal hati dan perasaan ini kalau nak dikongsi sampai mati pun tak habis, yang Ujang tahu sekarang ni Ujang nak jaga hati Ujang, Makcik Zainung Ujang dan hati orang di sekeliling Ujang!INSYA-ALLAH
Posted by Ujang_MD ::
4/29/2007 08:38:00 AM ::
0 Comments: