"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, May 20

LUAHAN RASA

Malang betul nasib hari ini.. Nak update blog tak dapat sebab line internet rumah Ujang ada problem.. Entahlah Ujang pun tak tahu apa yang tak kena. Nak kata ada bil tertunggak tak pulak.. dekat tempat kerja pun sama tetap tak dapat nak buka internet..Entah kenapa hari ini Ujang mahu bercerita tentang seseorang. Bukan Makcik Zainung.. ataupun mangkuk hayun si Shakira tuh.. tapi tentang seorang perempuan. Jeng jeng jeng… Kepala otak korang mesti duk piker perkara yang bukan-bukan kan?? Lantak ler janji Ujang nak luahkan juga.
Mesti kalian semua tahu bukan tentang Kak Red. Yeah.. sebilangan besar mengetahui tentang kewujudan beliau di muka bumi anbia ini,, hehehe. Siapa yang tak kenal kan??? Alamatnya berbelah dua lah langit kalau tak kenal dengan Kak Red nih. Entah lah.. Ujang cukup senang dengan Kak Red. Kehadirannya sedikit sebanyak membawa kebaahagian dalam diri Ujang. Seingat Ujang.. Ujang mengenali Kak Red semasa pertandingan Blogger Idol.. di situlah bermulanya perkenalan antara Ujang dengan Kak Red.
Sehingga sekarang Ujang masih lagi berhubung dengan Kak Red.. sementelah lagi.. sekarang Ujang dengan Kak Red sama-sama menjadi penaru utama dalam menyelesaikan Program BKS. Dari ditu lagi.. hubungan Kak Red dengan Ujang semakin rapat...Ujang dapat rasakan gurau senda seorang kakak dengan adiknya. Ujang tidak tahu kenapa Ujang senang dan mudah sangat bergaul dengan Kak Red.. Mungkin Kak Red seorang periang.. Mungkin Kak Red seorang yang peramah sebab itulah Ujang mudah bergaul dengannya. Ujang pun pelik, kenapa ada rasa perasaan begitu.. iaitu perasaan yang mudah di dampigni walaupun Ujang dengan kak Red tidak pernah sama sesekali......... hmmm kan kak red kan??
Walaupun Ujang selalu kena maki dengan Kak Red gara-gara Program BKS.. Ujang tetap tersenyum.. Kenapa entah hati ini sedikitpun tidak rasa terguris dengan kata-kata Kak Red.. Yang pasti Ujang pasti akan ketawa berdekah-dekah apabila Ujang kena makin hamun bertubi-tubi oleh Kak Red.. Perkataan "Lahanad" " Ngok" "Gila" dan macam2 lagi sudah Ujang lali.. sedikitpun tidak rasa kecil hati.. malahan Ujang akan tersenyum sendiri.. Lupa sekejap masalah yang membelenggu diri.
Ada ketika bila Ujang tension Ujang akan sms Kak Red.. tetapi cercaan juga yang Ujang dapat. Ada jer perkara yang timbul membuatkan Ujang dan Kak Red bergaduh.. Ujang suka keadaan macam ini.. Gaduh sambil bergurau.. cukup indah..Terus terang Ujang amat menyenagi kehadiran kak Red dalam kehidupan Ujang. Serius juga Ujang cakapkan.. di kala Ujang kesepian jika ada Kak Red dia jugalah pengubat kepiluan walaupun sms dari Kak Red berbaur SETAN!
Kadang- kadang Ujang suka menyakat Kak Red... Ujang suka sangat.. sebab Kak Red tak pernah melenting.. Bila2 masa Ujang sms pasti dia akan reply.. cuma lambat atau cepat sahaja. Walaupun muka Kak Red bengis cam singa.. walaupun perangainya macam orang gila, walau peribadinya tak tentu hala, Ujang amat menyenangi beliau.. Hahahaha. Mampus Ujang kali nih.. ehehe...
Ujang ingin berterima kasih kepada Kak Red kerana sudi meluangkan masa dan bergembira bersama Ujang walaupun dia dah ibu orang dan ada dua anak huwaaa... Kak Red.. Ujang harap hubungan kawan nih terus kekal sampai bila2 yer.. dan kegilaan Kak Red untuk muda sentiasa akan Ujang doakan selalu hehehee( tak sedor diri dah tua bangka).. Puas.. hati Ujang.. sekian!!

Posted by Ujang_MD :: 5/20/2007 10:39:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.